eh camne lak dia boleh tau? :P
Sekarang ni aku merupakan pengguna tegar perkhidmatan pengangkutan awam sekitar Lembah Klang ni. Malas nak amik lesen dan aku tak nak beli motosikal. Tolonglah aku nak jadi bebas dua bulan cuti ni. Kalau amik lesen kena ikut jadual itu ini, tak suka. Berikan aku kebebasan!!
Jadi bantai jelah naik bas. Bukannya bekerja pun sekarang, setakat nak main bowling tunggu bas sekejap dah sampai. Dating pun tak sangat, jadi takde benda yang nak dikejar. Relax jelah hidup aku sekarang ni. Naik bas pun takde hal. Tak stress.
Berjalan-jalan kat KL Sentral tadi, aku lalulah kat area bas AirAsia tu, turun dua pramugari dari atas bas. Tengok pakaian kemerah-merahan tu dah taulah pramugari AirAsia. Tapi ada sesuatu yang tak kena, muka masing-masing style nak makan orang. erk. Takut pakcik.. Yelah dalam kepala semua orang kalau cakap kerja pramugari je mesti terbayang muka ramah dan manis-manis gitu.. Ni muka stok nak makan orang, habis hancur segala fantasi.
Sebenarnya aku kurang bersetuju macam ni. Yelah, kalau dah dalam unifrom syarikat, memang pramugari tu jadi muka kepada syarikat tu. Tak boleh tidak orang akan kaitkan pramugari tu dengan syarikat yang dia wakili melalui uniform yang dipakai. Jadi bila dia pakai uniform tapi pada masa yang sama muka pulak macam hantu, sedikit sebanyak menjejaskan imej syarikat tu. Betul tak? Cuba tanya branding executive syarikat besar-besar dan aku yakin diorang akan setuju dengan statement aku ni.
Penyelesaian? Mungkin pramugari ni tak boleh pakai uniform syarikat selepas waktu kerja atau pun masa training diorang bagi panduan tentang tatacara dan tingkah laku sebelum atau selepas waktu kerja terutamanya kalau pekerja mereka ni berpakaian yang mempunyai lambang syarikat. Imej syarikat perlu sentiasa dijaga.
Lagi satu kalau awek muka masam ni orang lelaki takut. ish.. please.. please la jangan awek aku nanti jenis muka cepat masam. Boleh ye sayang/baby/sweetheart/honey? :D
***
blog.ariff’s premium sponsor July 2010:
lucu rasanya baca …memang nakal ariff nie…
penat kut, tu yg muka masam aje…diorg pun manusia biase gk…tp btul gk ckp en.arif, pttnye tukar la uniform tu br org x mngata mcm2…hehe
en arif..oii..semua tu bergantung kpd attitude…kdg2 org jd pramugari ke ape ke sbb keje tu je…tp if attitude sndri failed..xleh ckp pe la. sbb tu la org akan complain service kite…baik atau buruk depends on mcmana kite serve customer kite.
so kepada sesapa kt cni la aku pon slalu rsa cmtu..time keje tu bkn men la senyum kan..da bis waktu keje..terus jd yg original ni kan nk senyum kalau bleh nk jeling lagi..
aku pon pernah keje dlm bidang2 customer service ni…bkn nk ckp la kan…tp sehabis baik aku akan layan my customer…senyum tu mmg x lekang la kt bibir ni..yela bkn sbb tipoo2..tp mmg itu mmg da kejadian alam la kot..hihi…walaupon kdg2 customer da sshkan kite yg terover2…tp nk ucap thankz pon xdapek…huhu..
tp kdg2 customer ni akan termalu sndir dgn sikap dia tu…
jadi mmg bkn mudah utk bekerja dlm bidang cmne..xsnyum skit org complain…over senyum pon kene complain…yg penting attitude tu sndri yg kene ade…jd xde la kite ter’hipokrit’ di kala bekerja..hihi…
budi bahasa mencerminkan bangsa…adiosss~
sbab 2 la tiket murah..
hahahahaha.. nice one!
jadi wanita ni susah..diorang ada masalah wanita..masalah hubungan..masalah baju..masalah alat solek..masalah kerja dan.. cari masalah..jadi sebab tu muka diorang masham je memanjang
jadi pegawai penjara lagi bagus macam tu
tulah pasal diorang ni. dhlah jd pramugari pastu tak suka senyum…
ntah apa2 ntah…
kita pon xleh nk smile je memanjang, u know, nnt jd x ikhlas plak :P
dh ramai komplen pasal si baju merah ni..even tgh bertugas pun muke ketat.nk buat cmne,hadap jee laaa..nnti time kita nk balik raya, time2 bulan puasa,lagi ketat lerr muke memasing.hadeeei..
ehem2
amboi ayat last tu
hahahaha
dorang dah penat keje lah tu kot
ngeeee
ayat last tu memang disengajakan. ekeke..
uncle tony sila ambil tindakan segera.
semalam masa naik flight pun pramugari dalam flight tu muka serius je, tak senyum2…muka mcm nak makan org je
terfikir gak smlm apa pasal tak mau senyum, bukan ke pramugari kn sentiasa senyum.
shenyOOomm aje ~
hi..aku setuju ngan Chybee…she took the words out of my mouth ^_^ btw, ariff I was also around KL Central yes 27/7..around 11.30am – 12pm…x nampak ko pun? haha….
tp klo Cabin Crew SQ mmg kene smile 24-7 in when they are in their kebaya…im sure my u writing here, uncle toni is watching somewhere there..hehe.
Cerita terbaru pilotHans.. http://www.yohanibrahim.com/blog/my-earthdream-pledge
actually dah tweet to uncle tony pun. hehe..
12 pm tak sampai lagilah. 12pm tadi tengah main bowling lagi kat Summit USJ. nanti bowling datang x?
SQ.. SQ is okay I guess but masa I balik Moscow dulu, flight penuh sangat. hate it!
Pengalaman saya naik kapalterbang si baju merah ni… Mmg menyampah sikit. Muka tak senyum pastu wat derk je kalo kita terkial2 nak angkat barang, anak lagi.
Kalo kpl terbang akak baju batik mmg senyuman tak lekang, peramah, sikit2 nak tolong.
Deyy, murah pun still ai baya tau bukan pree T_T apolah salahnya senyum sikit atas dasar humanity…
maybe tgh stress keje kot. xpon entah2 masa ko tgh usha tu la dia buat muka masam. salah timing kata org. lenguh jugak nk senyum 24/7 kan :p
ayat last tu macam xle blah je. hahaha
pramugari mas pun sama saja..kawan aku pernah tegur seorang pramugari ni..
tapi dia buat ”dont know” je
senyum pun tak..
agaknye tgh menses kot..2 psal muke masam smcm jer..hehe
hahahaha yang last tu tak boleh belah arrr .
deorang nie akan respek oarang lain time dalam flight jer. Time kat luar bukan main kerek n berlagak sgt. Perasan macam bagus n terasa macam semua org nak ngorat die kot…
pernah alami benda ni..kat kaunter macam bz je padahal takde orang. bila tanya sombong mengalahkan artis..ada jugak yg oke..n nasib baik ada dia..kalau tak, sy terlepas flight dah ari tu..
*part sayang/baby/sweetheart/honey tu yg tak tahan..ni buat persediaan ke atau dah ada sorang satu gelaran ni..haha >.<
hehehe.. kalau cakap setiap satu tu ada orangnya?
cukuplah pulak kuota kan.. kan..
Dah name pun keje..kene la ikhlas kan diri…
Lagi la keje dengan orang ramai ni…senyum tu kan sedekah. Taknak pahala free ke? huhuhu
itulah. senyup je mana2, pahala pun dapat.
time training dulu letih gak senyum wlupun just ambik ticketing.. :D
but dun worry.. hehehhe.. i kuat gelak hahahahha… gelak besar lagi tuuu..
ahaha, aku pun ke mana-mana naik transport awam jek.
huhu, hari tu last customer kat kedai aku pun tanya kitorang. nape kitorang tak senyum. hahaha. nasib baik beliau hensem, terus kami cepat2 senyum.
bukannya apa, kgkdg penat da nak balik. nak senyum pun berat je rasa. huhu
cite pasal pramugari ni,
semalam dieorg buat muka kerek dengan aku
mgkin pakaian selekeh kot
tunjuk je macbook
terus sengeh2 mintak belaian
lalala
ekekeke
haha. mintak belaian. ayat ko memang tak boleh blah
bro, tak sangka ko dapat tgk pramugari yg muka masam he aku selalu jumpa yg muka kerek je mcm cantik sgt hu
itulah. biasanya memang macam tu, tapi kali ni memang masam mencuka habisss.
perghh!!! body cntik pun tak guna kalau muka riak muka mcm cilake…ops xpe kn tegakkan yg benar…suruh depa tgk awan dania la…
ariff xnk buah hati yg masam2 muka…
tak mencabar ler ariff…tau tak memujuk org perempuan nie merupakan ujian kekuatan buat kita…
so kalau dari masam2 tu kita boleh buat dia senyum, ketawa dan gelak2 maka kita memang hero di hati mereka…
so kpd awek2 yg muka ketat selalu tu bwk2 ler ubah coz tak lekat rezeki tau muka ketat2 nie…kelat jer org tgk tau…hehe
hehe.. kalau merajuk tak nak cakap boleh tahan lagi, ni kalau merajuk sikit terus buat muka. aish.. elok ada selera nak makan terus hilang selera.
Ayat last sungguh tak boleh blah~
Ha ha ha~
Tapi kan, betul kata kamu. Kalau nampak uniform ni, mesti orang terus kaitkan. Kalau polis muka masam, semua orang akan kata polis sombong. Sama juga dengan pekerjaan lain kan?
Dan aku pun, kalau terlupa tanggalkan nametag time kluar lepas sekolah, memang orang terus cop cikgu itu ini kan? Maka, kena sentiasa berhati2 ke mana2~
:)
AHAHA. senyum selalu itu kan sedekah. cepat buat lesen la nt bile free bole jalan2 senang
tunggu habis belajar la. amik lesen beli kereta je terus. senang nak pergi kerja.
Duk area lembah klang tak de lesen pun tak pe sbb pengangkutan awam banyak dan nak kemana pun boleh.
Kalau kat tempat lain rasanya (mcm bandar kecil) tak boleh cam tu. Kena amik lesen gak, pengangkutan awam tak banyak, dan sesetengahnya kurang efisien.
betul2. Dulu area kampung, jauh gak aku jalan nak menyampaikan ke stesen bas. Sekarang ni belakang rumah je.
Walaupun ada still kena improve la..