Jadi Kontraktor

Sebulan dua ni jadi kontraktor. Macam nilah bila dah tak makan gaji. Macam-macam boleh jadi.

kontraktor-1

Rupa asal unit komersil ni masa sign rental agreement. Alhamdulillah dapat unit best pada kadar sewa yang generous. Savings kat renovation cost mencecah lima angka the moment we got this unit. Cuma, karpet merah macam nak sambut Tahun Baru Cina pulak.

kontraktor-2

Karpet dah buang. Bare unit. Banyak habuk.

kontraktor-3

Siap cat. Pasang internet. Tukar lampu LED. Pasang spotlight.

kontraktor-4

Borong barang kat Ikea. Mana lagi kan.. Semua ada kat sini. Menyampah kalau barang kat Ikea takde stok. Tak rajin sangat nak ulang-alik ke sini.

kontraktor-5

Nak pasang laminate flooring tapi clearance tak cukup beberapa milimeter. Orang yang datang ukur tak alert pasal ni. Dua kontraktor terpaksa dipanggil hari tu jugak untuk betulkan. Satu kontraktor tak reti buat, nasib baik yang satu lagi tu boleh buat. Delay sehari pasang flooring.

kontraktor-6

Betulkan pintu same day pasang laminate flooring. Nekad dah. Kalau tak boleh, nak tak nak terpaksa buat pintu baru. Last-last boleh. 5 mm je. Patut tak jadi isu. Yang tengah duduk tu kaki patah. Bergerak dengan crutches tapi still kena datang buat kerja sebab dia sorang je tau pasal pintu kaca ni. Macam-macam hal.

Flooring guna brand Kronospan (boleh google). Made in Switzelerland. Environmentally friendly. Yelah. Dulu kan kerja dengan MNC from Swiss. Mesti kekalkan kualiti. haha. Tak main cap ayam punya flooring.

Kontraktor yang pasang flooring memang bagus. Kerja teliti dan memang almost perfect.

kontraktor-7

Dah siap.

kontraktor-8

Perabot dari Joy Design sampai. Built-in cabinet lagi 2 minggu siap.

Total spent at least RM50k including built-ins. Lessons learned:

  1. Planning and coordination penting. Cat dinding tu dua kali sebab tak minat dengan color first. Sama jugak dengan spotlight alignment. Kalau libatkan interior designer, cepat-cepat minta plan layout kalau kerja split dengan diorang macam saya ni. ID team buat cabinet je walaupun pada asalnya mereka propose buat semua dari awal.
  2. Benda yang boleh manage sendiri, buat sendiri. In my case, save banyak kat cleaning, cat and laminate flooring sebab buat sendiri. That’s why tak kisah sangat cat dua kali sebab still around the cost kalau ID company yang cat.
  3. Mesti ada reliable contractor. Alhamdulillah. Yang saya ada tak mengecewakan.
  4. Always have ample budget. Maybe dah plan untuk budget tertentu, tapi mesti boleh go over and above untuk benda-benda unexpected. Dalam kerja-kerja construction macam ni, mesti ada benda unexpected.
  5. Mesti rajin monitor. Kadang-kadang bagitau macam ni, tapi jadi lain. Bila dah siap dan kena rectify balik, dah buang masa, tenaga dan duit kat situ. So make sure masa kerja dibuat pun mesti betul.

Seronok jugak sebenarnya kerja renovate ni. Puas hati bila dapat siapkan on-time.

Lepas jadi kontraktor ni, tak tau lah jadi apa pulak. Yang confirm, sebelum hujung tahun ni jadi accounts person pulak. Mampos.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment