Macam Mana Agaknya Jadi Fulltime Blogger?

Nak jadi fulltime blogger memang susah, lebih-lebih lagi kalau blogger tu start daripada platform blog personal. Bukan calang-calang orang kalau mereka ni start dari bawah guna personaliti dan blog sendiri untuk naik untuk berjaya.

Salah seorang blogger yang saya kenal sedang menuju ke arah itu ialah Broframestone.  Bro mula dari bawah di blognya broframestone.com. Sekarang, pendapatan bulanannya semuanya datang daripada blog melalui advertorial dan jemputan ke event.

Kenapa saya cakap susah kalau nak jadi fulltime blogger? Sebabnya mudah je. Kebanyakan blogger adalah pendiam, termasuk saya. Dalam blog memang boleh meriah dan kecoh, sampai ke dunia realiti dan bertentang mata, boleh diam seribu bahasa. Tak hairan pun tentang perkara ni sebab kebanyakan yang pendiam menulis untuk meluahkan kata-kata.

If you can see me.. Program bersama Tun hari tu. Jadi full time blogger boleh dikatakan setaraf dengan ahli media yang lain zaman sekarang

Dan sebab itu kadang-kadang entri yang mereka tulis boleh jadi panjaaannngggg….. Pergi blog Broframestone, tengok entri dia pendek-pendek je tapi in real life mamat ni memang meriah & peramah. Jadi itulah bezanya.

digi award2 Banner

Apa-apa pun Bro ada buat Projek 100 blog. Projek ini bertujuan untuk mengumpulkan 100 orang blogger yang ingin menjada sedikit pendapatan tambahan melalui advertorial. Bro banyak jumpa orang, so dia ada banyak contact yang kadangkala memerlukan khidmat blogger untuk memasarkan produk mereka atau cover event. Syarat kelayakan blog adalah:

  • Minimum 500 uv
  • Minimum 5 komen di setiap entri
  • Blog personal, bukan copy paste/politik
  • Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan
  • Menetap di Malaysia
  • Komited

Saya lihat ini adalah usaha yang bagus untuk memberi lebih peluang kepada blogger. Entri ini adalah tanda sokongan saya kepada usaha Bro. Untuk info selanjutnya, lawati Projek 100 Blogger

P/s. Check out review Toshiba Protege Z830


31 thoughts on “Macam Mana Agaknya Jadi Fulltime Blogger?

  1. Kebanyakkan blogger pendiam? Aku ingat aku je yg pendiam…silencer power sgt…teringin gak nak jadi fulltime blogger..buat masa ni uv pun lemau je..agaknya diorg pun blues gak kot..insyaallah andai tertulis perjalanan idup aku jadi fulltime blogger..maka akan jadi la ia…
    Entri terbaru Pesta Irama Jiwa >> Terima Kasih Kepada Nuffnang.My Profile

  2. Menjadikan blog personal sebagai blog monetize bukan hal yang mudah, kalau kita sukses akan banyak rintangannya. Orang2 tertentu akan berusaha mencari tahu siapa kita dan bagaimana usaha monetizing kita kemudian imbasnya dapat mengarah pada usaha yang tidak menyenangkan untuk kita, saya pernah mengalami itu di tahun 2010 silam dan sekarang lebih suka menggunakan nama penulis tanpa perlu membuka identitas diri berikut pula dengan blog monetize saya.
    Kalau menurut saya kesuksesan seorang fulltime blogger di nilai dari kemampuannya mengelola sebuah blog menjadi ladang $$$$$.
    Info di atas sangat menarik, akan saya sempatkan berkunjung di broframestone.com. Trims Ariff shah..

  3. Menjadi full-time blogger memerlukan kita melupakan blogging sebagai hobi. Tukarkan mindset ia adalah satu kerjaya.

    Saya suka dengan pendedahan entri dan semangat beliau untuk membuka tawaran ini kepada ramai orang. Semoga ia dapat membantu kita semua menjana pendapatan lumayan dengan blog. :)
    Entri terbaru Aqif Azizan >> 2 Mode Produktif Penulis Sepenuh MasaMy Profile

  4. Memang keinginan aku nak jadi blogger full-time ni.tapi, untuk blog personal, aku rasa mcm aku tak berapa sangat nak kongsi apa2.Al-maklumlah, hijau lagi.Tapi, kalau ada peluang, memang aku suka jadi full-time blogger.