It's That Time Again

Lama tak update blog. Hujung semester, macam biasalah kehidupan sebagai student. Nasib baik semester ni tak teruk sangat, sekarang pun aku dah nampak masa depan, berbanding semester dulu yang memang gelap je di awal sesi ‘hujung semester’. Kat sini waktu exam dipanggil ‘sessiya’ atau session dalam bahasa Inggeris. Kena siapkan assignment, submit dan dapatkan approval daripada lecturer sebelum boleh ambil ujian. Lepas ambil ujian, baru ada exam.

 

Rindu nak menulis blog dan rindu nak bersukan. Aku kena bebaskan diri daripada segala exam ni dulu kalau nak buat semua benda tu. Aku masih juga update blog, tapi bukan di sini. Boleh pergi ke live blog aku sebab aku update blog tu kalau keluar pergi mana-mana. Lebih kurang macam jurnal bergambar. Tak dapat tulis kongsi gambar pun jadilah kan. Satu lagi blog adalah rahsia. Anda hebat kalau anda dapat cari.

 

Walaupun lama tak update blog, trafik yang masuk masih lagi pada kadar average. Maksudnya penurunan tu tak ketara. Not bad.. Kebanyakannya SEO la. Pergi baca page SEO aku, lengkap selengkap-lengkapnya. Blog lain pun tak boleh lawan info yang aku share kat situ, siap ada yang nak plagiat lagi.

 

Aku juga aktif di Twitter. Apa aku buat kat Twitter? Aku tweet tentang WordPress, entri berkaitan social media, quotes, cakap mengarut dan apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran aku. Boleh follow kalau berminat, boleh unfollow kalau menyampah. Tapi janganlah baru follow terus suruh follow balik, itu tak beradab. Lainlah kalau dah lama kenal.

 

Cuaca dah mula panas di Moscow ni. Aku berharap sangat tak sepanas 40 darjah Celcius macam tahun lepas, matilah kalau macam tu. Dah la tahun ni tak balik.

 

Keputusan giveaway akan diumumkan di page Facebook blog.ariff dalam minggu ni. Watch that space. Pemenang akan dikehendaki menghubungi aku dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman dibuat. Kalau tak pemenang lain akan dipilih. Jadi kalau sesiapa yang tak Like page tu, maka tak tahulah mereka menang ke tak. Betul?

 

Lagi satu sebelum terlupa, ada tab Rewards kat belah kanan blog ni. Hadiah daripada aku takde lagi, tapi developer plugin tu ada sediakan hadiah ($5 Itunes gift card boleh dijual kepada sesiapa yang menggunakannya). Masih lagi dalam tempoh percubaan, mungkin blogger lain boleh cuba plugin tersebut. Aku suka cuba benda baru dan tahun ni aku berjaya bawa 3 benda baru ke arena blog Malaysia; Triberr, Empire Avenue dan Buffer. Aku tahu aku yang bawa masuk semua tu sebab aku contact developer Triberr dan Buffer tu sendiri di awal pelancaran mereka. Talking about international connection..

 

Apa-apa pun, mengambil  kata-kata Terminator (Arnold Schwarzenegger) kepada perempuan simpanan dan anaknya yang kini berumur 10+ tahun, “I’ll be back”.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

27 Comments