Isteriku Arkitek

Reading Time: < 1 minute

Kenapa belajar kat Malaysia ni teruk sangat?

Dulu masa belajar kat Russia, final semester adalah semester paling best. Takde class langsung! Mereka allocate satu semester khas untuk habiskan final year project. Subjek utama dan elektif semua dah dihabiskan masa tahun kelima.

Wife ambil Part 2 architecture. Part 2 ni adalah second degree dan saya difahamkan ia sama taraf dengan Master’s. Masalahnya, ia bukan Master’s program, masih lagi degree. Betul-betul tak faham kenapa.

Bila degree level, macam biasa adalah subjek-subjek membuang masa seperti ko-kurikulum dan sebagainya. Apakah?? Kalau subjek-subjek macam ni takde requirement yang melampau ok, ni tak. Kadang-kadang time consuming macam core subjek pulak.

Yang ambil Part 2 ni ada yang dah bekerja 2-3 tahun. Jadi umur mereka ada yang dah nak masuk 30. Tapi mereka kena ambil semula subjek Bahasa Inggeris walaupun graduate daripada school (dan universiti) yang sama. Macamlah subjek bahasa Inggeris yang diambil masa undergrad dulu lain. English is english.

qs-world-university-rankings-2013_14-malaysia

Mungkin tu sebabnya tak ramai yang nak further study dalam Malaysia ni. Tak flexible. Cukup sampai degree, kalau nak further pun carilah biasiswa supaya boleh buat kat overseas. Masuk local uni ni leceh dan susah, ironiknya ranking local uni kita pun entah ke mana. Ingatkan sama tahap macam ivy league universities.

Cuma kesian tengok wife. Saya pun dulu belajar lama jugak. Tapi takdelah sampai tak tido malam awal-awal semester macam ni. Relax je..


Posted

in

by

Comments

17 responses to “Isteriku Arkitek”

  1. nanang Avatar

    Diperlukan upaya dari pihak-pihak yang berwenang untuk merubah sistem pendidikan agara terus berkembang.

  2. Izwan Avatar

    standardize architecture kt malaysia kalau nak dapat position full arkitek kena amik part 2, kat UIA 2 tahun. member saya sama umur buat part 1 selama 3 tahun (level degree) tapi tak leh jadi arkitek, kerja kat setia developer kat johor setahun lepas tu berhenti ambil part 2 arkitek. kenapa tu tak pasti tapi memg sistem architecture gitu kot. dia try apply UTM tp tak dpt utk part 2.

  3. akubiomed Avatar

    Kadang-kadang tidak faham dengan sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Ada beberapa pengajian diluar negara akan menjadi down grade dan tidak diiktiraf sebab tidak cukup masa kredit.

  4. MK Kimi Avatar

    Try not to be general. Architecture mungkin but engineering course not. Final year is the best. Two semesters just for project design and final year project, itu je. About master and phd especially by research, it is heaven. Heaven sini bermaksud bukannya goyang kaki tak buat apa2, tp tiada kelas, tiada assignments.

    Yes, belajar kat oversea mmg best, learning a lot of things tp belajar di Malaysia tidak teruk sangat. Certain courses mungkin agak mainstream utk level degree but some are not. Just to clarify takut ada yg takut nak belajar engineering di Malaysia.

    FYI, aku phd student di Malaysia, master di Malaysia dan degree juga di Malaysia. Dan aku bersyukur belajar di sini walaupun tidak terdedah dgn pengalaman belajar di tempat asing. Yes, jealous tgk rakan2 belajar di oversea tp aku harap bila ada peluang kesana bukan atas tiket belajar tp atas tiket melancong :)

    eh, panjang pulak membebel.sorry

  5. Farid Laham Avatar

    banyak juga subjek yang tak penting masuk…macam tak masuk akal aje dorg ni huhu

  6. Farisya Anastasyia Avatar

    Malaysia perlukan perubahan dalam pendidikan.
    Perubahan yang tak menyusahkan semua orang.

    1. abul Avatar
      abul

      nak ape2 pon dlm dunia ni xde yang senang…..jgn la takut pada perkataan ssah tu….

  7. wan Avatar

    setuju dengan kos yang tidak relevan ketika ambil degree.

    Master/phD kalau by research maybe tak stress/campur dgn kos2 minor yg lain.

    pengalaman saya, even dah ambil MUET dan sampai band tinggi sekalipun, last2 kena ambil juga subjek BI bila masuk universiti. pembelajaran lebih kurang sama sahaja. betul-betul membazir masa. =)

    1. Ariff Avatar

      Yup. Ini yang saya maksudkan. Dah ada MUET, kena repeat balik ambil subjek English. Kenapa kita perlu buang masa macam ni? Yang terbeban, student.

  8. Sangbuddy Avatar
    Sangbuddy

    Tapi..tapi… Saya sambung part 2 hari tu tiada pula subjek-subjek leceh. Boleh buat pengecualian sebab masa 1st degree dah settle. Try tanya pihak atasan kot-kot sebenarnya Uni si isteri tu sebenarnya boleh buat pengecualian.

    Btw, belajar di Malaysia taklah seteruk yang diwar-warkan. Bergantung atas keinginan masing-masing, macam mana nak twist keadaan supaya tak stress & view it as challenge. Peace.

    1. ika Avatar
      ika

      Salah Admin UM, ada problem..biasalah tu…but my batch mmg ada problem sikit. Annoying..but good for you! :)

  9. sweetlife Avatar
    sweetlife

    yups… belajar kat Malaysia.. even buat post grad (Master and PhD) pun tak best…
    yang pelik nyer… budak Malaysia bukan main berhempas pulas nak belajar.. macam tak de life… tapi still yet ranking uni untuk level international tak masul top 10 pun… sebab apa? sistem!!!!

  10. Juan Avatar

    aku setuju dgn apa yg ditulis, cumanya maybe untuk persekitaran Malaysia kita perlu buat semua tuh

  11. Mohd Isa Avatar

    serius, apa yang aku nampak. sistem pendidikan di malaysia masih lemah.

  12. cahaya inspirasi Avatar

    kenapa payah? sy sendiri pun x tahu nak ckp apa. pengalaman sendiri skrg ni tgh buat pjj.. yg sgat pelik wajib ambil matapelajaran BI sedangkan masa dip dulu dah hbiskan sampai level 4. and now, sambung degree kena ambil subjek yg sama (bila nak transfer kredit katanya x boleh sbb ini subjek wajib U utk lengkapkan sijil nt). bila fikir balik seakan rugi masa sbb sepatutnya pihak U perlu utamakan subjek utk course yg kita ambil. tp sgat la pelik bila student antro perlu ambil subjek politik dan ekonomi ( seakan tiada kena mengena dgn course yg diambil)… tp nak buat camner kan? nama pun kita student, kita yg nak sgat degree tu..jd hadap je la apa pun subjek yg dah pihak U tetapkan dan wajibkan ke atas kita :)

    1. ika Avatar
      ika

      I can TOTALLY relate to you! *cheers*

  13. halif Avatar

    Nak rasa enjoy belajar di Malaysia ialah apabila buat Master n PhD. Totally not like degree. It is a self discovery. Tp xtahu kenapa waktu degree mcm tu. Adakah sebab kebanyakkan student yg masuk ke U tak matang?