Semalam iPad baru dah keluar. Tak sempat tengok pengumuman iPad tu, tertidur kat ruang tamu dengan Moshi. Hujan lebat sepanjang malam, memang syok tidur. Dengar cerita ada tempat dah naik air banjir.
Design iPad baru tak berubah, masih lagi mengekalkan saiz dan bentuk yang sama dengan iPad 2. Kapasiti bateri pada iPad baru of course lebih besar tapi penggunaannya masih sama dengan iPad 2, hanya boleh bertahan sehingga 10 jam penggunaan.
Apa yang berubah adalah resolusi skrin. Skrin iPad baru kini dengan Retina Display. Imej lagi sharp. Kalau baca ebook pun lagi sedap mata memandang. Kalau baca blog ni lagilah cantik.
Macam biasa, Apple upgrade processor dalam iPad baru. Pada saya, benda ni takdelah menarik mana pun. Kalau setakat guna iPad untuk social media, blog, baca ebook dan perkara lain yang dilakukan ketika bersantai-santai, takde guna sebenarnya processor yang kuat.
Kamera (iSight) diupgrade ke kamera 5mp. Saya adalah golongan yang masih janggal kalau tengok orang tangkap gambar guna tablet besar-besar macam ni. Jadi feature ni memang tak menarik perhatian saya.
Tentang support untuk LTE. LTE ni adalah upgrade kepada network 3G (HSPA). Masa fasa pengujian di Russia dulu, speed LTE boleh cecah sampai 40 Mbps tapi saya janji, kat Malaysia tak akan capai speed macam tu, at least dalam masa terdekat ni. Hentikanlah bermimipi. Russia yang cuacanya teruk tu pun boleh kekalkan connectivity, kat Malaysia hujan sikit astro dah tak dapat. Kita memang fail banyak banyak dalam bidang ni.
iPad 2 pula diturunkan harga. Senang cerita, semua iPad 2 kurang RM300 daripada harga sebelum pelancaran iPad baru. More affordable than ever. Kepada yang nak iPad 2, beli sekarang!
Saya akan ke Singapura hujung bulan ni. Kalau dapat pre order hari ni dan bawa balik, ada sesiapa berminat untuk beli tak? Tapi harga premium la. Yang saya cadangkan harga iPad + RM500 untuk menampung segala kos dan buat untung sikit. Kalau pergi Lowyat, silap-silap + RM1000. Ni kalau berminat dan ada bajet la..
Note: Kepada pembeli ebook Nor Hisamuddin, terima kasih atas pembelian anda tapi sila isikan borang tempahan. Duit dah masuk, tapi borang tak diisi, atau mungkin sebab ada teknikal problem semalam kat blog ni. Apa-apa pun, hantar email pada saya di shah.ariff@gmail.com supaya saya dapat hantarkan ebook tersebut. TQ
35 Comments
areliff
27 March, 2012 at 8:48 pmbro ariff..nak gi singapura ke? beli la..nanti kalau menarik bleh sye angkat satu kat bro he3
Ariff
27 March, 2012 at 8:48 pmsingapore trip terpaksa ditangguhkan. esok ada appointment penting
Freepercuma
21 March, 2012 at 9:39 pmSalam bro and sis. Aku orang bagi free, nak lah iPad “3” ni..hehe
aida
13 March, 2012 at 11:36 pmbile ipad baru akan msk malaysia
Ariff
13 March, 2012 at 11:45 pmada ura-ura mengatakan seawal bulan depan.
zamer
9 March, 2012 at 8:28 pmaku pakai ipad2 je yag 3 mcm samer jer takut tak de perubahan :)
faizfakhirin
9 March, 2012 at 12:36 pmbetter beli ipad 2 kalo camni…melainkn mata dh terlalu teruk nk tgk cahaya suram..baru beli TNi ni..
Ariff
9 March, 2012 at 5:33 pmtni? apa tu?
shatilla
9 March, 2012 at 9:06 amhahaha..berkenaan astro tu mmg xleh buat apa ariff.sbbnye measat tu guna C-band/Ku-band..transmission dr pusat astro guna dish (piring antenna) y besar.so its Ku-band.n xde mslh. y transmit ke rumah2 ni guna C-band( yang ni masalah).C band ni, kalau ade hujan lebat akn mnybbkn noise die lebih dr y spttnye (semasa transmit)..sebab tu siaran tak dapt.lg satu, sbb astro disk tu kecik.so klu xnk ade gngguan go for 1.8m dish.tp dat one will cost more than 300.so not cost effective.n mmg smpi bila2 pun astro tu xkn ade siaran klu hujan.not until dia tuka measat tu.hahaha.dr segi calculation,mmg rugilah org y guna astro.nsb baek duk jhr.segala jns siaran dapat (spore n indon lah).bdsrkn ape y diajar lah.=)
izzat zainal
9 March, 2012 at 5:55 amhoho! best2! rasa mcm nak jer..
pharmalif
9 March, 2012 at 5:50 amApple tanpa Steve Jobs? X memikat. Pesona Steve Jobs dah takde.
W.HabibuRahman
9 March, 2012 at 2:16 amhold dulu,sebab nak pegi naik Haji..keh3
segalabenda
8 March, 2012 at 11:46 pmmemang tak jadi lah aku nak beli ipad 3 ni..sebab banyak review kata cuma ada sedikit upgradable dari ipad 2..so aku akan kekal dengan ipad 2..cuma rasenye tak layak dipanggil ipad 3, patut panggil ipad 2S aje
KiD
8 March, 2012 at 11:29 pmhmmmmm… nampak ramai komen macam biasa2 je… stay dulu lah dari beli
beliamuda
8 March, 2012 at 11:17 pmMemang teruja tengok orang lain pakai iPad. Tapi sebab tak pernah pakai barang Apple, semacam ada kekangan untuk memaksimakan penggunaan iPad tu.
noorsyamsul
8 March, 2012 at 10:48 pmKalau steve jobs masih ada, tentu dia kecewa dengan pelancaran new iPad pagi tadi…
Ariff
9 March, 2012 at 12:01 ammesti dia meronta-ronta dalam kubur sekarang..
apple tanpa steve jobs..
yangbaik
8 March, 2012 at 9:32 pmnak beli gak… tapi mampu ke bertahan
kid
8 March, 2012 at 8:42 pmtp ipad 3 ni serius mengecewakan.. tu pada aku la.. sebab takde apa perubahan yang ketara pun. agknya kalau steve job hidup lagi, kemungkinan besar ipad 3 takkan jd mcm tu.. buat masa ni stay dgn ipad 2 je sudah..
Juan
8 March, 2012 at 4:08 pmsaya pakai produk android, hehe
jeff
8 March, 2012 at 3:55 pmiPad ni gadget alternative nak surf internet dan main games jika malas nak bukak laptop atau pc sebab ia boot lebih cepat dan interface simple.
are_rull
8 March, 2012 at 2:20 pmserius ke ni bro <rm300 ??? wah..nak..nak..nak..caner eak??
Ariff
8 March, 2012 at 8:56 pmbeli je kat mana-mana kedai apple atau beli online.
akubiomed
8 March, 2012 at 2:01 pmSaya dengar Adobe akan melancarkan PhotoShop versi touch sreen. Saya rasa molek sangat kerana buat editing mengunakan touch screen. Saya dapat merasakan impian Steve Jobs untuk menghapuskan pengunaan mouse berjaya.
Adam
8 March, 2012 at 12:17 pmBeli, sebab kalau sebelum nih nak beli tapi tak beli lagi ipad 2, sebab harga dia sama
shraqs
8 March, 2012 at 11:33 amConform aku tak beli,.. bukan peminat Apple product :)
Shahrul
8 March, 2012 at 11:01 ammesti beli…memang tak rugi
idamohammad
8 March, 2012 at 10:38 amgambar lebih cantik tu yg best tu kan…
steve
8 March, 2012 at 10:34 amSy brmnat.tp sblm tu,kna tau jmlah hrga msuk caj skli.sbb tkut over budget.
Ariff
8 March, 2012 at 9:00 pmLet’s say harga ipad baru 16GB Wifi S$658 = RM1581. Tambah 500 lagi utk kos saya jadi RM2581.
bubbles182
8 March, 2012 at 10:26 amTak abes bersayang-sayangan dengan iPad 2 pun lagi.. memang x tukar ahh. huhu..
And I agree with the ‘why are they taking pictures with their tablet?’ thinking. kalau ada tablet konfem henfon canggih kamera cun, baik pakai hp je tangkap gambar. huhu..
dlm ipad sendiri pun leh kire je bape gambar. tu pun yg anak2 buah duk main2 tangkap gambar sendiri je. :P
Fazreen
9 March, 2012 at 12:02 ambetter stay dengan ipad 2. tengah tunggu orang buat hadiah ipad 3. mana la tau rezeki kali ni
Izzat Aziz
8 March, 2012 at 9:04 amSesiapa yang nak beli, ada duit lebih amik yang baru, tetapi yang tight budget, amik yang lama, dengan harga yang lebih murah, tak rugi pun.. lebih kurang je.
DaHLia
8 March, 2012 at 7:50 amwahh pre-order? menarik jugak ni :D
sukacuka
8 March, 2012 at 7:48 amentah bila Malaysia nak atasi masalah connectivity ni.. bukan hujan lebat je, kalau mendung je da ada masalah..