iPad 3 & iPad 4 Keluar Tahun ni?

Mengikut sumber berita daripada The Next Web, iPad 3 akan dilancarkan pada bulan Mac manakala iPad 4 pada bulan Oktober tahun ini. Berita yang memang ditunggu-tunggu oleh peminat gadjet. Walaupun hanya ura-ura, tapi iPad memang akan dikemaskini.

ipad 3 ipad 4

Juga berita baik kepada saya yang sedang menunggu je nak beli tablet. Of course bila keluar iPad baru, iPad 2 akan turun harga dan seterusnya boleh dijadikan pilihan yang lebih murah.

Pada saya, tablet bukanlah keperluan tetapi ia adalah lebih kepada kemewahan. Jadi tak perlu sebenarnya tablet yang lebih berkuasa daripada apa yang ada sekarang (kecuali battery capacity yang lebih tahan lama) sebab penggunaannya hanyalah terhad untuk:

  • Main game
  • Baca ebook (konon-kononnya..)
  • Dengar lagu??
  • Tonton music video
  • Bersosial (Facebook/Twitter)

Smartphone adalah keperluan untuk generasi sekarang. Itu tak boleh disangkal lagi. Tablet pula most of the time hanyalah luxury item/toy kepada mereka yang mampu. Kalau boleh, beli yang terbaik dan boleh tahan lama dengan tempoh penggunaan 5-6 tahun.

ipad 3 mock up

Alternatif kepada tablet (iPad, Galaxy tab & sebagainya) adalah smartphone generasi baru yang lebih besar seperti Galaxy Note. Walau bagaimanapun, Galaxy Note dilihat lebih sesuai kepada pengguna wanita berbanding lelaki sebab saiznya yang agak besar – memang agak besar kalau nak letak dalam poket seluar.

Apa-apa pun, sebelum membeli gadjet-gadjet seperti ini, pastikan anda telah melakukan analisis samada betul-betul memerlukannya atau tidak. Lainlah kalau dapat secara percuma betul tak?

 

Comments

  1. says

    jgn terikut sgt arus teknologi lau x mmpu..tu je..sudhnye nti..sndri tercekik..mmg btul ckp bro tu..jgn turutkn kemahuan..tp keperluan..tu lg afdal..dan lbih rasa berbaloi bli ssuatu gadget tu..

    wallahualam~
    Entri terbaru are_rull >> Sesaat yang berharga !!My Profile

  2. says

    Saya menjangka evolusi tablet lebih cepat berkembang kerana sudah ada teknologi untuk menjadikannya lebih nipis dan berprestasi tinggi. Kehadiran Cloud berkemungkinan besar tidak memerlukan kapasiti storan yang besar kerana applikasi semuanya perlu akses Cloud sahaja. Yang penting infrakstruktur penyokong untuk memastikan talian internet sentiasa ada dimana ceruk sekali pun.

    Google sendiri sudah mula perkenalkan Chrome OS.
    Entri terbaru akubiomed >> Ops Ulat Buku Rawang ke 2My Profile