iPad 2 – Segalanya Yang Perlu Anda Tahu

[Baca: Senarai harga iPad 2 untuk pasaran Malaysia]

iPad 2 yang ditunggu-tunggu baru sahaja dilancarkan. Apa pendapat aku tentang iPad 2? Beli. Kalau dah lama merancang nak beli iPad dan ada bajet, maka iPad 2 adalah yang paling sesuai. Kenapa? Baca bawah ni. Banyak kelebihan iPad 2 berbanding iPad versi pertama pada harga yang sama.

iPad 2: Dua Kamera

Ada kamera depan dan kamera belakang. Walaupun aku kurang bersetuju, tapi 2 adalah lebih baik daripada satu kan?

iPad 2: Processor A5

Processor A5 (dual core) yang mempunyai 2 kali ganda kuasa pemprosesan dan 9 kali ganda lebih laju untuk memproses grafik. Kerja video editing boleh dilakukan dengan iPad 2.

iPad 2: Bateri Tahan Lebih Lama

Bateri iPad 2 tahan sehingga 10 jam penggunaan dan lebih daripada sebulan dalam stand-by mode.

iPad 2: Harga Dikekalkan

Macam biasa produk Apple tak akan atau jarang naik harga kalau keluar version baru. iPad 2 tidak terkecuali.

iPad 2: Putih & Hitam

Kini anda boleh memilih samada untuk mahukan iPad yang berwarna putih atau hitam. Kalau aku menang iPad 2 daripada Denaihati, tak kisah pun warna apa yang dia nak kasi. Surprise me.

iPad 2: Bila Sampai Malaysia?

iPad 2 akan mula shipping pada 11 Mac dan 25 Mac ke negara-negara yang terpilih. Macam biasa, Malaysia tak tersenarai dalam negara terawal mendapat iPad 2. Singapura pun tak. Jadi.. tak pasti. Mungkin Julai-Ogos? Tapi aku rasa untuk iPad 2 mungkin lebih awal berbanding masa kita dapat iPad versi pertama dulu (beberapa bulan yang lepas).

What Now?

Bila dah tengok sendiri kehebatan iPad 2 ni, aku lebih bersemangat nak join contest anjuran Denaihati yang menawarkan sebuah iPad 2 sebagai grand prize. Bukan calang-calang hadiah tu dan aku harap iPad yang ditawarkan adalah 32GB dan bukan 16GB sebab 16GB macam kecik je. Kalau 64GB lagi best! Persaingan sudah tentu hebat, tapi kalau tak cuba sedaya upaya dan mengalah terlalu awal memang tak layak la nak menang.

Aku juga dengan ini mengajak blogger semua menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Denaihati ni. Dah lama takde contest besar-besaran dalam dunia blog kita, jadikan ini sebagai contest tersebut. The more, the merrier. Kepada yang sudah menyertai, aku ucapkan selamat berjaya. Jangan main tipu ok?

Source: Apple, Engadget

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

53 Comments