Bagaimana Insurans Melindungi Perniagaan Anda

Selain daripada diri sendiri, kenderaan dan rumah, perniagaan juga boleh dilindungi dengan insurans, malah sepatutnya perniagaan andalah yang perlu diutamakan untuk mendapatkan perlindungan insurans.

Bayangkan, perniagaan yang dibina dari titik peluh dan pening kepala siang malam selama ini boleh tiba-tiba tidak mampu meneruskan operasi akibat daripada sesuatu kejadian yang belaku di luar kawalan.

Kerugian wang ringgit memang dah jadi satu kepastian kalau musibah melanda tapi yang lebih mahal adalah kerugian masa yang telah dilaburkan selama ini untuk perniagaan tersebut.

Objektif melindungi perniagaan dengan insurans adalah untuk memastikan musibah yang melanda tidak mengakibatkan perniagaan ditutup dan pampasan daripada insurans boleh digunakan untuk membina semula perniagaan selepas musibah melanda.

Pemilik pernigaan yang bijak seharusnya mempunyai insurans yang mampu melindungi perniagaannya daripada kejadian yang tak diduga.

Apa Yang Boleh Dilindungi & Bagaimana? Saya senaraikan beberapa pilihan perlindungan yang ada daripada syarikat insurans pilihan saya iaitu Chubb.

1. Bagi yang mempunyai premis, perniagaan tak kiralah sekecil-kecil ofis pun, pastikan anda mempunyai insurans kebakaran sendiri dan ambil sekali perlindungan daripada kecurian.

Sekarang ni kebanyakan SME menggunakan komputer mahal seperti iMac, memang patut sangat ada perlindungan untuk barangan ni di pejabat. Kejadian pecah masuk dan rompakan adalah kejadian yang biasa berlaku di lot-lot komersil.

FlexiGuard melindungi lebih daripada 200 segmen pekerjaan jadi boleh dikatakan majoriti perniagaan dan pekerjaan yang ada di Malaysia boleh diliindungi oleh FlexiGuard.

2. Selain daripada premis, insurans perjalanan boleh diambil untuk melindungi anda dan kakitangan anda sepanjang business travel, tak kiralah dalam ataupun luar Negara.

Lawatan kerja saya membawa saya ke Milan, Italy pada awal tahun ini

Insurans perjalanan adalah satu kemestian sebab kalau berlaku apa-apa masalah, sekurang-kurangnya liabiliti kewangan sepanjang perjalanan tersebut dapat dikurangkan.

Insurans Perjalanan Bisnes daripada Chubb memberikan perlindungan tanpa had untuk kos perubatan kecemasan dan pemindahan pulang kecemasan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini semasa berada di luar Negara. Sememangnya ini akan melibatkan kos yang tinggi yang dilindungi sepenuhnya oleh Chubb.

Risiko kehilangan dokumen dan kad kredit turut dilindungi dalam pakej insurans perjalanan ini. Saya rasa masalah ni selalu sangat berlaku kepada sesiapa sahaja yang berada di luar negara, jadi eloklah lindungi diri anda dengan mengambil insurans perjalanan.

3. Bagi syarikat yang mempunyai kakitangan yang ramai, penyediaan insurans untuk kakitangan anda dilihat sebagai kelebihan untuk pekerja kekal setia di dalam organisasi anda.

Sekiranya ada pekerja yang sakit atau menghadapi kemalangan, mereka tidak lagi perlu bimbang tentang. kos perubatan dan boleh fokus untuk cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas mereka.

Insurans kemalangan peribadi berkelompok memberikan perlindungan menyeluruh kepada semua kakitangan yang merangkumi perbelanjaan perubatan, pampasan kematian, pampasan kecacatan kekal dan pelbagai manfaat lain yang disertakan sekali mengikut keperluan dan bajet anda.

Bagi pekerja yang sudah mempunyai tanggungan, pampasan kematian akibat kemalangan turut diberikan untuk anak dan tanggungan pekerja tersebut bagi meringankan beban yang dihadapi mereka.

Insurans perniagaan adalah perbelanjaan kecil yang sangat berguna kepada pemilik perniagaan. Selain daripada perlindungan yang diberikan, secara tidak langsung menunjukkan yang anda adalah seorang majikan yang prihatin terhadap pekerja anda.

Chubb menawarkan insurans am untuk syarikat korporat bersaiz besar, SME dan individu. Chubb berbeza dengan syarikat lain kerana ia mampu menawarkan polisi insurans yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan anda.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk insurans perniagaan daripada Chubb, anda boleh layari laman web Chubb Malaysia

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment

Leave a Reply