Insurans Kapal Terbang

Reading Time: 2 minutes

insurans-kapal-terbang

Apa korang ingat orang je yang perlu pelan insurans/takaful?

Untuk sebuah syarikat beroperasi, biasanya syarikat kena ambil insurans. Paling ciput, insurans nyawa untuk bosnya. Untuk airline, kena pastikan jugak kapal terbang ada insurans la. Ingat kereta korang je nak ada insurans?

Insurans biasa untuk syarikat penerbangan adalah third party liability insurans atau insurans liabiliti pihak ketiga. Berapa coverage insurans syarikat penerbangan? Untuk sebuah syarikat penerbangan tambang murah, at least USD 500,000,000 coveragenya, bergantung kepada saiz fleet mereka.

Insurans ni berfungsi untuk melindungi pemilik syarikat (pemilik saham) penerbangan daripada sebarang liabiliti yang timbul akibat daripada kemalangan kapal terbang sekiranya berlaku. Macam insurans kereta la. Kalau kemalangan dan kita yang salah, mangsa boleh claim insurans kita.

Dalam bidang kerja saya pula, boleh dikatakn macam insurans juga. Cuma konsep dia lain sikit. Fungsi syarikat tempat saya bekerja adalah berikan pakej di mana kalau kapal terbang ada sparepart rosak, mereka boleh hantar sparepart kepada kami dan kami akan beri satu sparepart yang sama kepada mereka.

Jadi dengan itu, syarikat penerbangan sentiasa ada sparepart yang cukup dan tiada downtime atau dalam bahasa aviation lebih popular dikenali sebagai aircraft-on-ground (AOG). Banyak rugi kalau kapal terbang AOG. Ibarat dia macam pemandu teksi yang teksinya rosak la.

Perlindungan daripada AOG dan ketiadaan sparepart ni lebih kurang sama fungsi macam medical card la. Kita pastika sparepart cukup supaya kapal terbang boleh terbang. Untuk medical card, kita akan pastikan pemilik medical card sihat dengan pihak syarikat takaful mengeluarkan kos untuk pemilik medical card mendapatkan rawatan yang terbaik.

Kenapa ada perkhidmatan macam ni? Sebab kos nak maintain inventori sparepart yang banyak ni adalah terlalu tinggi dan amat merugikan. Bayangkanlah sparepart kadang-kadang boleh mencecah sehingga RM800,000 untuk sebuah unit. Ada sebuah syarikat penerbangan pernah lakukan kesilapan ni dan ini adalah salah satu punca kerugian mereka yang berbillion-billion.

Bila ada perkhidmatan macam ni, kos untuk maintain inventori ni akan dikongsi oleh syarikat penerbangan lain yang menyertai skim perlindungan ini. Lagi sekali, konsep ni sama je macam takaful. Ahli Takaful bayar sikit setiap bulan supaya kos perubatan ahli lain ditanggung bersama. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Jadi tak peliklah bila saya masuk bidang takaful ni sebab tiap-tiap hari saya bagi support kepada pelanggan yang menyertai skim perlindungan daripada syarikat tempat saya bekerja.

Kapal terbang hatta kereta Myvi anda sekalipun ada insurans. Sekarang, adakah nyawa dan tubuh badan anda tak cukup berharga untuk tidak memiliki insurans dan medical card? Baca panduan takaful percuma ini.


Posted

in

by

Comments

14 responses to “Insurans Kapal Terbang”

  1. mai has Avatar

    insurans kapal terbang sgt penting.kita tak tahu apa musibah yang akan berlaku..huhuhu

  2. Laman Perkongsian Wanita Avatar

    Thanks share. Kadang2 insurans ini penting juga untuk perlindungan keluarga atau diri. Tapi kadang2 kita kalau nak bajet2 tu yang tak ambil insurans tu..

  3. TambahKetinggian.com Avatar

    Insurans tu penting. Premiumnya pun tak mahal mana pun. In case something happen, dapatla juga pampasan.

  4. Rujukan PTD Avatar

    memang insurans ni penting. Saya dah lihat kawan yang sakit masuk hospital. Kalau kerja swasta lagi la payah sebab mahal nak bayar kos rawatan, jadi dengan ada insurans ianya membantu

  5. halif Avatar

    Tragedi MH17 dan MH370 tu agak-agaknya insuran bayar ke kerugian diorang?

  6. Hazmin Hamudin Avatar

    Kalau tak buat sistem macam tu mau pening nak membayarnya. Untung banyak, kalau rugi pun bukan calang2 rugi perniagaan kapal terbang ni.

  7. aishah ahmad Avatar

    Mahalnya insurance kapal terbang. Yeah la.barang pon mahal.agak2,1 kapal terbang tu berapa ek harganya? Ada sape2 tahu?

  8. yangbaik Avatar

    elok sangatlah ada insuran sudah tentu memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam bidang penerbangan…

  9. myvitrd Avatar

    memang penting insuran ni.. sedangkan benda tak bernyawa pun ada insurans. inikan pula yg bernyawa

  10. faisal Avatar

    Makin besar benda tu makin mahal kos insuran….haha

  11. Paeh Avatar

    Sembang pasal insurans ni, bini aku baru je sebut. Tangga kat opis dia pun diinsuranskan. Kalau mana-mana pekerja yang dapat musibah disebabkan tangga tu akan dapat coverage sampai 50k. Kakakaka.

    1. Ariff Avatar

      Ko serius ke buat lawak ni? Tak pernah dengar lagi tangga diinsuranskan

      1. Paeh Avatar

        Dah bini aku kabor gitu. Aku pun pelik dengarnya. Dan aku tak tahu kaedah polisi dia macam mana. Tapi dia kabor kat tangga tu ada note yang mengatakan benda tu dipolisikan.

  12. akubiomed Avatar

    Terima kasih dapat sedikit info mengenai insurans yang berkaitan aviation.