Insurans Kapal Terbang

insurans-kapal-terbang

Apa korang ingat orang je yang perlu pelan insurans/takaful?

Untuk sebuah syarikat beroperasi, biasanya syarikat kena ambil insurans. Paling ciput, insurans nyawa untuk bosnya. Untuk airline, kena pastikan jugak kapal terbang ada insurans la. Ingat kereta korang je nak ada insurans?

Insurans biasa untuk syarikat penerbangan adalah third party liability insurans atau insurans liabiliti pihak ketiga. Berapa coverage insurans syarikat penerbangan? Untuk sebuah syarikat penerbangan tambang murah, at least USD 500,000,000 coveragenya, bergantung kepada saiz fleet mereka.

Insurans ni berfungsi untuk melindungi pemilik syarikat (pemilik saham) penerbangan daripada sebarang liabiliti yang timbul akibat daripada kemalangan kapal terbang sekiranya berlaku. Macam insurans kereta la. Kalau kemalangan dan kita yang salah, mangsa boleh claim insurans kita.

Dalam bidang kerja saya pula, boleh dikatakn macam insurans juga. Cuma konsep dia lain sikit. Fungsi syarikat tempat saya bekerja adalah berikan pakej di mana kalau kapal terbang ada sparepart rosak, mereka boleh hantar sparepart kepada kami dan kami akan beri satu sparepart yang sama kepada mereka.

Jadi dengan itu, syarikat penerbangan sentiasa ada sparepart yang cukup dan tiada downtime atau dalam bahasa aviation lebih popular dikenali sebagai aircraft-on-ground (AOG). Banyak rugi kalau kapal terbang AOG. Ibarat dia macam pemandu teksi yang teksinya rosak la.

Perlindungan daripada AOG dan ketiadaan sparepart ni lebih kurang sama fungsi macam medical card la. Kita pastika sparepart cukup supaya kapal terbang boleh terbang. Untuk medical card, kita akan pastikan pemilik medical card sihat dengan pihak syarikat takaful mengeluarkan kos untuk pemilik medical card mendapatkan rawatan yang terbaik.

Kenapa ada perkhidmatan macam ni? Sebab kos nak maintain inventori sparepart yang banyak ni adalah terlalu tinggi dan amat merugikan. Bayangkanlah sparepart kadang-kadang boleh mencecah sehingga RM800,000 untuk sebuah unit. Ada sebuah syarikat penerbangan pernah lakukan kesilapan ni dan ini adalah salah satu punca kerugian mereka yang berbillion-billion.

Bila ada perkhidmatan macam ni, kos untuk maintain inventori ni akan dikongsi oleh syarikat penerbangan lain yang menyertai skim perlindungan ini. Lagi sekali, konsep ni sama je macam takaful. Ahli Takaful bayar sikit setiap bulan supaya kos perubatan ahli lain ditanggung bersama. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Jadi tak peliklah bila saya masuk bidang takaful ni sebab tiap-tiap hari saya bagi support kepada pelanggan yang menyertai skim perlindungan daripada syarikat tempat saya bekerja.

Kapal terbang hatta kereta Myvi anda sekalipun ada insurans. Sekarang, adakah nyawa dan tubuh badan anda tak cukup berharga untuk tidak memiliki insurans dan medical card? Baca panduan takaful percuma ini.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy. Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers' comments.