Insiden di Pagi Maulidur Rasul

Tak semua benda kita plan boleh jadi.

Bangun je pagi terus pergi jogging. Kalau pagi-pagi macam ni tenang je jogging pusing kampung sebab orang semua lambat bangun. Petang macam sibuk sikit dengan budak-budak ronda-ronda naik motor keliling kampung.

Lari sampai hujung kampung, then patah balik. Ingat nak pusing lagi satu round. Sekali nampak mama satu family dah tunggu dalam kereta depan rumah. Rupa-rupanya diorang nak pergi makan lontong kat PJ. Tanpa berfikir panjang, terus masuk dalam kereta. Orang kata rezeki jangan ditolak.

Rasanya ramai tau gerai lontong Che Nor ni. Memang dah lama gerai ni dan masih popular sampai sekarang. Ingatkan nak try lontong dengan rendang la sebab sebelum ni dah selalu sangat amik lauk sotong.

Sampai PJ, gerai tutup. Tak sangka pulak Che Nor nak bercuti Maulidur Rasul ni. Takpe-takpe.. Next option pergi kedai Banana Leaf Raju kat Jalan Gasing, PJ. Tak pernah datang sini lagi.. Katanya kari masala kambing dia memang best!

raju banana leaf

One thing yang tak best pasal tempat ni ialah tempat parking dia yang sempit. Orang pulak ramai, lagilah sesak. Nasib baik tak susah cari parking tadi.

raju pj

Sampai kat Raju, nampak orang DBKL tengah potong pokok kat sebelah kedai tu. Tempat makan yang bawah pokok terpaksa ditutup. Cuti public holiday macam ni pun diorang keje ke? Sebab bising dan takut pokok tumbang atas kedai, terpaksalah membatalkan hasrat makan kat kedai ni.

roti

Last destination, Warong Sri Jala kat Kerinchi yang terkenal dengan roti jalanya. Nasib baik buka, tak penuh dan takde gangguan lain untuk makan kat sini.

nasi lemak telur separuh

Dimulakan dengan nasi lemak and telur separuh masak.

ariff shah makan banyak

Makan banyak macam ni kalau sekali sekala takpe.. tak boleh selalu

Daripada nak pergi jogging 2-3 round, bertukar ke Jalan-jalan Cari Makan Petaling Jaya.

11 Comments