Innity Aku Sayang Kamu

Aku buat ni sekali seumur hidup blog.ariff ni je ye nak tunjuk pendapatan blog aku. Biasanya kalau orang cerita pasal duit yang diorang buat kat blog semua orang nak tahu, memang boleh jadi top entri jugak lah. Aku tak gemar sangat macam tu, yelah. Macam berlagak pun ada gak, macam publisiti murah pun ada gak tapi aku tunjuk ni sebab mungkin korang semua tertanya-tanya betul ke tak pilihan hati aku. Setakat ni aku boleh cakap betullah tapi kalau dapat buffered Nuff aku rasa aku boleh buat lebih baik. Cuma rezeki bukan kat Nuffnang kot..

Takpelah, dalam hidup ni kadang-kadang kita kena buat pilihan, jadi kita pilih mana satu yang bertakhta di hati dan mana satu yang boleh pakai dan berguna untuk masa depan kita. Kita mungkin boleh suka sesuatu tu gila-gila, tapi kalau tak berguna dan takda potensi, maka eloklah dibuang. Jangan buang masa because time is money. Dalam kes aku, trafik blog ni telah dibazirkan begitu sahaja.

And no, aku buat blog bukan semata-mata nak buat duit. Aku perlu jelaskan benda ni betul-betul. Konsep aku senang je, kalau aku buat sesuatu aku nak buat benda tu sehabis baik. Lagipun plan asal blog sebenarnya sebagai profile dan portfolio aku, kira macam bila nak cari kerja nanti aku boleh attach kat resume aku. Itu sebab kalau korang pernah baca blog.ariff tahun lepas, segala-galanya memang serius. Semua isu aku tulis memang orang malas nak baca dan memang penat aku perah otak nak tulis satu entri. Tahun ni aku tukar tone, yelah bila dah tulis penat-penat macam tu, tak ramai orang boleh faham dan komen memang agak mengecewakan. Aku pernah cakap dulu kan admin Chedet.co.cc pernah komen kat entri aku pasal forex. Jadi bayangkanlah betapa seriusnya blog.ariff ni masa tu.

Letak ads ni, main-main je.. Dapat duit, siapa tak nak? Kalau tak nak kasi aku duit tu. Aku terima tanpa banyak soal.

Lagi satu, aku sebenarnya malas nak tulis pasal Innity ni. Cuba fikir kalau 1000 blogger lagi join Innity, confirm kacau la income aku. Aku ni bukannya hebat mana pun, kalau orang yang lagi hebat join memang bungkus la ini macam. Jadi aku tak nak galakkan korang join Innity. Kalau dah earning dengan Nuffnang jangan curang. Tak elok curang-curang nih..

hm..

Jadi ni jelah untuk hari ni punya. Tak banyak pun dan aku pasti orang lain buat lagi berlipat ganda punya banyak. Kalau nak dibandingkan masa Nuffnang dulu, nak dapat macam ni kena 3 minggu punya earning. Yelah, kalau nak bergantung harap pada CTR earning, memang buang masa buang trafik je.

Pautan lain:

  • Innity, Ohh Innity!

62 thoughts on “Innity Aku Sayang Kamu

  1. nampak cam best je tapi aku nyer masih belum di’approve’
    .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Manual Redirection =-.

    • hehe. Itu sekali sekala je. Rezeki lebih dapat lebih, kalau kurang dapat kurang.

      Bukan tiap-tiap hari macam ni.

  2. fuhh,hampir tergugat imanku?Patutkah aku curang dengan Nuffnang?Bak kata beliamuda aku suka Nuffnang kerana dia mesra bloggers dan byk event menarik daripada Nuffnang.Buffered pun tiap2 minggu masuk tapi tak sebanyak ariff dpt ni sehari…Fuhh…..betul-betul tergugat imanku..yupp..duit bukan segalanya tapi tak salah sambil menyelam sambil minum air kan?
    .-= eyriqazz´s last blog ..Kunci Kejayaan =-.

  3. isi berat takpe, yg penting cara penyampaian. pembaca kebanyakkan suka baca entri yg ringkas padat menarik dan ade sedikit unsur humor.

  4. Wah, mencanak earning nih. Impression 757 je, masyuk gak. Aku pun menulis entry2 berat, agak teknikal, memang ramai yg x mampu memberi komen kat blog aku.

  5. lebih kurang cm nuffnang jela erk? tak nak la join.. nnt btmbah pelik lg.. hehe..

    *sbnr yea tk phm pon kegunaan nuffnang tu.. haish..

  6. Pingback: negaraku.net

  7. Pingback: IMCurtain.com