In & Around (5 Gambar)

Hari tu pindah bilik. Nak tunjuk gambar sikit keadaan bilik tapi aku tunjuk bahagian aku je la sebab bilik ni kongsi dengan dua orang lagi (jangan salah anggap aku tak nak tunjuk sebab bilik bersepah).

 

Ruang kerja. Atas meja tak boleh ada benda lain kecuali MacBook, mouse dan skrin. Pening kalau semak sangat. Oh.. dan juga peluru Sukhoi yang aku tibai kat class semalam. Baikk punya souvenir untuk bawa balik Malaysia nanti.

 

Bilik bujang, cadar tak perlu tegang macam kat sekolah asrama. Lagipun aku kadang-kadang melepak atas katil untuk update blog. Selimut sebenarnya ada tiga, tapi tunjuk dua cukup dah.

 

Pandangan dari luar tingkap. Memang gayat sebab bilik ni kat tingkat 12. Satu benda yang tak best, tingkap aku takde langsir, jadi sekarang pukul 6 pagi dah macam pukul 8 pagi Malaysia, cerah. Terpaksa bangun awal tiap-tiap hari sebab tak boleh tidur.

 

Tiap-tiap hari kalau tak sejuk hujan confirm ada orang main bola tampar. Tahun lepas kalau tak silap aku budak Myanmar siap main sepak takraw lagi.

Sekarang aku ada tempat lain untuk menyorok.. Tapi tak boleh cakap kat mana sebab ianya rahsia. Dan juga ada live blog baru. Hari tu punya live blog banyak problem dan agak leceh post guna Flickr – WordPress. Guna Tumblr ni boleh direct dari app Tumblr dalam phone. Tak kisah pun ada orang baca ke tak, aku just nak rekod apa-apa yang terlintas, terlihat dan segala jenis ter. Yang penting aku puas, betul?

+ Siapa yang belum join giveaway, aku wajibkan korang join. Nak kasi duit free pun tak nak ke?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

36 Comments