Apakah Implikasi Pemansuhan PTPTN?

Saya cukup tak bersetuju dengan idea pemansuhan PTPTN yang sekaligus ingin memberikan pendidikan percuma kepada penuntut di IPT. Pada saya, ini hanyalah retorik pihak pembangkang untuk mendapat undian dari kalangan anak muda.

In a way, retorik ini bagus supaya menggalakkan anak muda mengundi daripada dok bising-bising di laman sosial dan berdemo di jalanan. Kalau bising je tapi takde action what’s the point, betul tak?

Berbalik kepada isu pemansuhan PTPTN. Antara implikasi buruk yang saya nampak akan berlaku ialah, pelajar kita yang malas akan menjadi semakin malas. Untuk memahami kenapa saya berkata sedemikian, anda perlu memahami sistem yang diamalkan oleh PTPTN.

Ramai sibukkan pasal bayaran balik PTPTN dan interest rate yang mereka kenakan. Biasalah tu, dah nama pun pinjaman. Bangsa lain yang tak dapat biasiswa tu ada juga yang membuat pinjaman peribadi di bank untuk melanjutkan pelajaran. Pinjaman adalah pinjaman. Ada faedah yang bakal dikenakan kepada peminjam.

TETAPI

Tak ramai sedar yang PTPTN mempunyai skim Pengecualian Bayaran Balik PTPTN. Pengecualian diberikan kepada pelajar yang mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama. Kenapa mereka buat macam tu? Supaya pelajar belajar rajin-rajin untuk mendapat kepujian dan supaya mereka tak perlu bayar pinjaman. Biasiswa yang diterima oleh pelajar cemerlang SPM sekarang pun mempunyai konsep yang sama dan tidak lagi dipanggil biasiswa sebaliknya dikenali sebagai ‘pinjaman boleh ubah’.

Sebenarnya ini sudah cukup untuk dijadikan motivasi untuk belajar dan mendapat keputusan cemerlang. Rata-rata yang saya nampak pelajar kita sekarang ni, bila ambil je pinjaman PTPTN dah memang planning nak bayar hutang dan mula merungut dengan kadar interest yang bakal dikenakan, bukan target nak dapat keputusan cemerlang supaya mereka tak perlu bayar. Awal-awal lagi dah give up. Mentaliti sebegini perlu dikikis.

Kenapa saya cakap pelajar kita akan jadi semakin malas? Simple. Bila semua orang tahu mereka tiada tanggungan dan bebanan hutang pendidikan, rasa-rasanya motivasi nak belajar tu ada ke? Sedangkan yang dah tahu kena bayar balik puluhan ribu ni pun belum tentu lagi ada yang belajar betul-betul dan dapat keputusan cemerlang supaya boleh cantikkan resume, inikan pula kalau mereka tahu mereka tak perlu bayar apa-apa. Lagilah golongan ini naik lemak.

Memang boleh menjahanamkan negara kalau benda ni berlaku. Malaysia bukan macam Brunei, tak perlu modal insan pun boleh hidup sebab sumber minyak mereka yang terlalu banyak dan negara yang terlalu kecil. Hasil pendapatan minyak negara kita tak cukup untuk memanjakan 27 juta rakyat kita. Walaupun begitu, sekarang kita dah dimanjakan dengan bermacam-macam subsidi dan bantuan.

 

Apa pula implikasi kepada pelajar di sekolah?

Dulu masa sekolah rendah, saya sedar keluarga saya tak mampu memberikan kemudahan untuk saya belajar. Oleh itu, saya berusaha keras untuk mendapatkan keputusan terbaik yang melayakkan saya masuk ke sekolah berasrama penuh. Mereka yang seperti saya yang tidak mendapat peluang itu diberi peluang yang sama sekali lagi semasa PMR. Untuk aliran sains, adalah lebih baik kalau masuk sekolah sains/MRSM. Kepada yang bersekolah di sekolah biasa, saya pasti anda semua memang sibuk dengan kelas tuisyen yang tak putus-putus.

Di sekolah menengah, saya tahu saya akan menyusahkan keluarga saya kalau saya belajar di universiti nanti. Jadi sekali lagi saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang yang melayakkan saya untuk mendapat pinjaman pendidikan ke luar negara. Misi tercapai.

Sekarang, kalau saya tahu yang pendidikan peringkat tinggi saya diberikan percuma, adakah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM? Belum tentu lagi. Kenapa perlu bersusah payah kalau dah tahu memang confirm dapat? Betul tak? Mentaliti mudah macam inilah yang akan meracuni fikiran anak muda kita kalau pendidikan peringkat tinggi diberikan secara percuma.

Tekanan (stress) dan ketakutan (fear) adalah sesuatu yang boleh memotivasikan diri. Takut dengan keadaan masa depan yang gelap dan hidup dalam kemiskinan akan memberikan tekanan kepada diri seseorang, seterusnya menjadikan dia seorang yang kuat berusaha untuk mengubah nasibnya. Fear is a strong thing. Kalau anda takut dengan sesuatu, contohnya hantu, memang ketakutan tersebut boleh menghalang anda daripada melakukan apa sahaja. Konsep yang sama boleh digunakan untuk mencapai kejayaan.

***

Kesimpulannya, bad idea. Kalau ini trick anda untuk mengajak golongan muda mendaftarkan diri sebagai pengundi, mungkin sudah terlambat. Hari last pendaftaran 31 Mac hari tu kan?

Not in a million years saya benarkan ini berlaku. Semua benda nak free, baik tak payah hidup. Ini bukan syurga. Work hard and earn it! Yang menyokong ni mungkin sebab tak nak bayar hutang PTPTN.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

51 Comments

  • Finland

    20 April, 2012 at 9:47 pm

    Komen yang kata Finland bagus sebab Free Tertiary Edu tu saya tak setuju lah. Pencapaian akademik Finland memberangsangkan kerana sistem pendidikan mereka yang tidak menekankan competition dan peperiksaan. Di Finland tiada langsung institusi pendidikan swasta, tiada peperiksaan sampai la habis sekolah. Cikgu2 sekolah semuanya wajib memiliki Masters, dan perlu rekod akademik cemerlang baru boleh jadi cikgu. Di Finland, cikgu dapat gaji dan penghormatan yang sama macam doktor, hakim etc. Dan yang paling penting, dasar ini telah bermula sejak tahun 70-an. Siapa yang kata dengan hapus PTPTN saja boleh memajukan prestasi akademik, anda silap analisis. Itu belum cerita lagi pasal cukai….

  • koyuki

    17 April, 2012 at 3:52 pm

    bg aku bila dah hutang tu kena bayarla..dh pinjam yang depa..apa bole buat..tp caj diaorg tu yg byk org x puas hati..tp2 bln rm110 termasuk caj rm54..setgah dr nilai hutang caj nya..kalau cm ni punya cara 10 thun bole langsai jd 20 thun.. mara pon ade jugak bg diskaun 10% 20% jadi la pada takde..

  • mimlamlif

    15 April, 2012 at 3:34 pm

    Itulah akibat menyokong tanpa usul periksa, negara-negara yang menawarkan pendidikan percuma, rakyatnya perlu membayar tax yang tinggi.Harap maklum. Pembangkang memperjuangkan sesuatu yang tidak pasti. PTPTN perlu diperbaiki, bukan dimansuhkan. Tiada perkara yang percuma di dunia ini ya awak. Yang peliknya, yang ditipu adalah golongan yang sepatutnya “bijak pandai” iaitu mahasiswa dan mahasiswi. Sedarlah,kita perlu mengikut hanya pada yang benar, bukan pada yang disukai.

  • Ken

    14 April, 2012 at 10:59 pm

    “Pemansuhan PTPTN akan membuatkan pelajar menjadi lebih malas kerana tak ada target yang perlu berusaha untuk mencapainya”
    Cuba tengok negara-negara yang menawarkan pelajaran secara percuma seperti Finland. Adakah mereka menjadi lebih malas? Adakah mereka mendapat keputusan yang tidak baik? Untuk makluman anda, pengasas telefon bimbit Nokia adalah dari Finland.

    Satu lagi persoalan yang penting: Pendidikan peringkat rendah dan menengah di negara Malaysia adalah PERCUMA. Adakah anda mencadangkan supaya kerajaan mengenakan bayaran bagi pendidikan peringkat rendah dan menengah?

    Yang penting sekali, amalan “malas” bukanlah disebabkan oleh “tiada tujuan dalam hidup”, tetapi kerana sistem pendidkan kini yang menyebabkan kebanyakan pelajar menjadi malas. Saya tidak berniat untuk mengatakan bahawa sistem pendidikan di negara kita ni tidak baik, cuma cara pelaksanaan pendidikan itu yang bermasalah.

  • Fara

    13 April, 2012 at 4:58 pm

    Awak tahu tak, knp ade sebilangan kecil peminjam PTPTN susah betul nak byr pinjaman mrk?

    Sy rs, PTPTN ptt selami hati sebilangan kecil yg susah sgt nak byr loan nie. Lagipun, sy percaya. PTPTN adalah loan utk golongan yg tak ada pilihan.

    Rata-rata kwn sy yg meminjam dgn MARA pasti akan berkata, NASIB BAIK AKU BUAT PINJAMAN DENGAN MARA. Kenapa ya? Ada sesiapa nak korek cerita tak kenapa?

    Sy ok dgn PTPTN. Tapi sy tak suka hidden charges yg dikenakan. Klu sy org kaya, sy tak perlu nak bt loan dgn PTPTN. Mslhnye, sy kurang kemampuan….thts y sy bt pinjaman dgn PTPTN. Unfortunately, sy kuar pun bukan jdk pegawai mcm dlm iklan PTPTN. Heheheh….

    Cuba selami…

  • Tajul

    13 April, 2012 at 11:32 am

    Salam semua,

    Bagi aku, if nak mansuh PTPTN, then siapa yang bagi pinjaman? Bank? Yayasan Pelajaran? Mara? etc….abistu, if nak mansuh PTPTN, camaner ngan peminjam yang dah bayar keseluruhan pinjaman mereka, or dah bayar 50% / 70% / 90%? dapat refund ker? silap2 yang sibuk nak mansuhkan PTPTN ni is golongan yang dah dapat pinjaman PTPTN tapi tak abis blaja, sangkut, tak grad etc..and kene bayar lah pinjaman tu..senang cite, dah pinjam, sendiri mau ingatlah..BAYAR…if kata keje tak cukup duit gaji, so pakai je lah EPF account 2…boleh..withdraw kan Account 2….settlekan hutang anda..

  • atanahmad photography

    13 April, 2012 at 12:34 am

    manusia ini kalau tidak di uji atau mengalami kesusahan takkan sedar diri. sebab itu allah menguji hambanya untuk tgk samada hambanya itu benar2 beriman kepadaNya atau tidak. Seperti PTPTN, kalau semua di beri percuma, adakah pelajar itu sendiri akan belajar sungguh2?

    Sedangkan nak masuk syurga pun kita kena berusaha untuk mendapat pahala dari ALLAH, adakah ALLAH nak bagi kita masuk syurga FREE??

    my 2 cents sahaja .

  • Johan Adli...

    12 April, 2012 at 9:16 pm

    Aku nak komen gak pasal entry ptpn ni.. pasai apa aku ada kawan bapak dia keje bahagian yang meluluskan pinjaman pembelajaran nilah. apa yang aku tahu.. hutang dia dengan yayasan ##### ni ada dalam 180k. belajar kat U.S… Balik belajar je dgn kuasa politik bapak dia tuh… dia telah mendapat kemudahan tanpa perlu membayar balik pinjaman tu… walaupun result dia biasa2 je.. so, untuk dari segi financial dia sangat bagus sebab kerja dia tak payah pikir untuk bayar balik pinjaman tu.. interest pun xpayah pikir. so dia move on buat kerja kontraktor… sekarang dia sudah berjaya… kita? Bukan apa ini adalah agenda kita kena sedar… sekarang kita dalam penggunaan wang hutang ( Fiat Money )… lahir anak je berhutang, kahwin berhutang, beli liabiliti pun hutang.. so, bila dah ada pihak nak tolong kita tolong bayarkan hutang tu terima jelah kan… Bukan semua kita mampu mendapat keputusan yang cemerlang… Sekian komen 20 sen saya… Xsuka abaikan je…

  • lily

    12 April, 2012 at 1:48 pm

    i can see that everyone is bragging about their opinion and how being spoonfed with free education will damage the country??? what kind of theory is that?? looks like malaysians are so rich that they prefer paying for everything..
    i don’t see anything stupid about giving free education.. we deserve it. perhaps you guys prefer the rich gets richer and the poor gets poorer..
    there’s nothing wrong with PR’s suggestion as they could have certain standards when providing free education especially at college/university level for the poor students.. imagine someone came from a poor family and that person have to take up loans to study and instead of supporting the family member after graduated, this person had to pay back the study loan plus the interest..
    we can be selfish and bragging about how we managed to study hard and work hard and earn our income to pay all sorts of loans, taxes and etc.. but think about the poor people and stop being selfish!
    i’m a malay lady, graduated from a private university and now working as a senior manager in one of the biggest banks in the world but i still have some concern about other people who could not cope with the increasing of cost of living in KL, and Malaysia as a whole. we can brag about our opinion but it won’t hurt to just have some concern to those people who can’t afford to pay for everything..
    nowadays, even if you earn RM3000, they call it miskin bandar.. think about it!

  • daimpressive

    11 April, 2012 at 1:17 am

    Aku tidak bersetuju juga, tp mungkin kerajaan sedia ada dan PTPTN sendiri boleh perbaiki sistem pinjaman/pembiayaan yang sedia ada.

    PTPTN ada kalanya bertindak lebih teruk dari bank, tapi perkhidmatan tahap mentaliti kelas kedua. Ujrah pun selektif, dan nampak tidak iklas ke arah Shariah compliance. PTPTN pun ada mengenakan syarat untuk pelepasan bagi mereka yang cemerlang dapat ijazah kelas pertama, dan ini berbeza antara universiti ada yang menetapkan serendah 3.5 dan ada yang setinggi 3.75. Masih banyak perlu diperbaiki PTPTN dan kerajaan untuk sistem pendidikan yang lebih sempurna.

    Perkongsian dari pengalaman peribadi:
    http://suaraserak.blogspot.com/2012/04/ptptn-suatu-cabaran-ke-arah-pelepasan.html

  • Lagubestbest

    10 April, 2012 at 10:27 pm

    Isu macam ni terjadi sebab kos sara hidup kat KL sekarang 85% berbanding new york tapi gaji kita jauh lagi dari nak sampai 85% pun banding pendapatan orang di new york.

    Sebab artikel bagi semua positif, sini bagi negatif pulak:

    Dana diperlukan ptptn adalah RM5 billion (unjuran kos untuk tahun 2013) itu masih kecil berbanding dengan wang kerajaan yang tiris purata RM20 billion (maklumat sehingga 2011) setiap tahun.

    Kalau lima enam tahun lepas pelajar ambil pinjaman ptptn sekitar belas ribu hingga RM25K, sekarang ni peminjam ptptn ambil 20K-RM60K (Belum masuk kos pentadbiran). Sakit bayar nih, dan student umur baru nak masuk 19-20 tahun mestilah main tandatangan sahaja.

    PS: PTPTN dibantu kerajaan, tapi bertindak ala-ala bank, berbanding pinjaman MARA yang betul-betul mahu menolong pelajar susah/ meningkatkan taraf pendidikan rakyat.

    PS: Di USA, ada private company diwujudkan untuk memberi pinjaman mikro kepada orang susah (orang-orang yang tak lepas syarat minima pinjaman bank). Mereka susah, jadi perlukan wang, terpaksa meminjam, bank tak mahu bagi, tapi bila pergi private funding macam ni senang lulus tapi faedah dikenakan sentiasa meningkat. Pendek kata golongan susah ni terperangkap, semacam jadi hamba, bekerja untuk bayar hutang.

  • izham

    10 April, 2012 at 4:27 pm

    ala takde la beban sangat pun nak bayar PTPTN. Saya pun amik PTPTN jugak, bulan-bulan bayar gak, gaji takde la tinggi sangat (anak baru 2) tapi kalau diuruskan dengan baik tak ada masalah pun.Lagi satu PTPTN bukan macam bank, ada sekali tu tengah sengkek, bayar RM 50 je sebulan (biasa rm 150). ok je. Janji bayar..orang lain nak belajar pulak

  • Sya Isya

    10 April, 2012 at 12:25 am

    xde hutang PTPTN?. Lepas habis belajar, tak payah kerja pun tak apa, sebab takde apa yang perlu dibayar. tapi kalau nak kahwin, tahu lah nak kena cari duit. hehe… kadang2 sebab ada hutang ptptn lah orang fikir nak kena kerja, nak kena langsaikan hutang PTPTN.

  • segalabenda

    9 April, 2012 at 9:52 pm

    kalaulah pembangkang menang dalam piliharaya dan kemudianya kira-kira duit tak cukup nak merealisasikan pemansuhan PTPTN..so apa yang akan di alasankan nanti ye…boleh bankrupt negara

  • mamasuri

    9 April, 2012 at 10:07 am

    pd pendapat sy lah..(pandangan masing2 ok)…bagus jugak dimansuhkan..sepatutnya pendidikan diberikan percuma…at least anak2 remaja kte tak tercicir…sbb skrang mostly yang ‘ambik ptptn’ terasa beban nya..sy kalau boleh takmo anak2 sy dibebani hutang selepas bekerja…sbb skrang mostly yang baru2 kerja dah terikat dgn hutang…

    • Zulhamizan

      9 April, 2012 at 11:01 pm

      that’s why la post atas cakap, bila da tahu berhutang, belajar la rajin2, so that dapat result cemerlang dan dapat pengecualian. Habis, nak biar anak kau malas2? Pergi IPT so boleh enjoy sepanjang pengajian?

      Memang pendidikan tu percuma, tapi fikir la kan, kalau PTPTN tak ada, and contohnya anak kau ambil course grafik design, kau mampu nak tanggung dia? Course grafik boleh mencecah RM3K+++ 1 sem tahu? mampu?

      Ini memang taktik pembangkang untuk raih undi. Ingat, memang nampak PTPTN ini sebagai hutang, tapi at the same time, dia menolong. Tak nak bayar balik? So study hard. Itu jek. Dan ya, ini juga pendapat aku, jadi maaf kalau kau terasa :)

  • noorsyamsul

    9 April, 2012 at 9:43 am

    Pada saya ptptn tidak harus dimansuhkan. walaupun ada pihak melaungkan tentang pendidikan percuma, tapi masih ada kos hidup lain yang perlu ditanggung oleh pelajar seperti sewa rumah, duit makan/minum dll. jika tiada bantuan/pinjaman pelajaran, bagaimana pelajar yang kurang berkemampuan nak melanjutkan pelajaran mereka…

  • Ax

    9 April, 2012 at 5:18 am

    angan-angan mat jenis. mana nak cekau duit bagi pendidikan free. daipada bagi pendidikan free baik bagi makanan free dekat yang tak berkemampuan. bagi tempat tinggal ke.

  • nazhirah

    9 April, 2012 at 1:10 am

    seriously setuju .. typical student melayu mmg malas .. cume segelintir je yg sedar n berusaha untuk maju ke hadapan .. yg lain sbuk mngeluh je tnp ,ahu 360degree punye usaha ..

  • izwanyusof

    9 April, 2012 at 12:28 am

    pembelajaran percuma memang perlu tapi dengan level pendidikan yang tinggi, ia tak realistik. karang cakap lebih ada pula hujah2 dan dalil yang diberikan. cakap pasal politik kadang2 ramai yang tak berpijak di bumi nyata.

  • contractbuilding

    8 April, 2012 at 11:51 pm

    i agree with you too! dan yg dibiaya gov pun dah 90% charge, belajar luar negara(sendiri) in my case 200k,dlm malaysia cuma 6k! n i know how lucky i am to be given such opportunity tu study in local univ! so keluar ni i’ll definately give back every single thing i’ve learned to society! <3

  • azmanisma

    8 April, 2012 at 11:23 pm

    Tiada komen saya dalam bab ni..tak pernah belajar sampai peringkat tertinggi dan tak pernah ambik ptptn..kita hanya dengar,tapi mungkin ada penjelasan dari pembangkang…bukan semua pembangkang salah…sekali sekala kena terima juga cadangan mereka.

    • etc

      9 April, 2012 at 10:46 am

      janji ini untuk org yg x pernah belajar tinggi la. sbb diorg tak tahu keadaan sebenar dalam ipt. mcm mane pelajar bertungkus lumus utk mendapat keputusan yg cemerlang. mmg kita hanya dengar tpi ‘tagline’ itu yg penting buat pembangkang..bile dah mng baru la penjelasan diberikan..itu x boleh..ini x boleh. in the end pengundi la yg menyesal.

  • arrizz

    8 April, 2012 at 9:51 pm

    ada betolnya point2 bro..aku setuju..pembangkang biasa la nak raih undi, tabur janji bukan kemain lagi manis..dah menang nanti tengoklah..

    • hafez

      9 April, 2012 at 7:40 am

      Nak kata pembangkang tanam tebu tepi bibir pun tak boleh juga. Sebab dalam beberapa perkara, mereka dah buktikan mereka lebih cekap. Contohnya, hutang kerajaan negeri Pulau Pinang hampir selesai dengan kerajaan Persekutuan. Dalam masa 3 tahun aje, 600 juta dah dibayar semula. Dan Pulau Pinang kekal sebagai negeri tertinggi kemasukan pelaburnya. Laporan ketua audit negara pula menyatakan pentadbiran Negeri Kedah secara keseluruhannya lebih baik berbanding pada tahun 2009. Di Selangor pula, air di beri percuma utk 20 meter padu. Masa nak dibuat, bukankah BN pernah bagitahu, ia akan menggalakkan rakyat membazir. Di Terengganu, masa PAS memerintah, cukai pintu dihapuskan. Tapi adakah Terengganu menjadi negeri yang semakin miskin? Bukanlah saya nak cakap BN tak pandai memerintah. Tetapi, pandangan alternatif juga perlu diperhalusi juga. Sekadar pandangan.

      • etc

        9 April, 2012 at 10:51 am

        ya btol..kerajaan perlu sdikit pembangkang utk memperlihatkan kelemahan. kerajaan tidak terlalu alpa. tpi ada kalanya janji yg diberikan mmg semata-mata untuk memancing undi. pelajar dh sign kontrak untuk pinjaman..kenapa nk ajar pelajar supaya tak pelru byr hutang? org tengok satu perkara sahaja..nk cover duit ptptn ni..kne tarik sane sket..sini sket.

  • hafez

    8 April, 2012 at 9:41 pm

    owh….baru tahu. Kalau macam tu, ‘biasiswa luar negara’ patut di tukar kepada ‘pinjaman luar negara’ la kot. Kesian orang kampung macam saya yang mati mati dok ingat kalau biasiswa tu free aje. Yang perlu di buat ialah siswa habiskan belajar dan balik ikat kontrak bekerja dengan penaja.

    • Ariff

      8 April, 2012 at 9:44 pm

      dulu je nama biasiswa dan zaman dulu memang dapat free. Sejak zaman saya dah tukar jadi pinjaman boleh ubah dalam kontrak perjanjian. Kontrak tu ada untuk course tertentu macam perubatan, tesl dan lain2. Engineering memang takde kontrak tapi kalau takde kontrak ni nak cari kerja satu hal gak

      • aisyah

        9 April, 2012 at 1:17 am

        dah tak ada biasiswa percuma dah sekarang.skim pelajar cemerlang (SPC) pun dah dimansuhkan…bayar tetap kena bayar bezanya sikit atau banyak je…

      • hafez

        9 April, 2012 at 7:24 am

        Terima kasih. Baru la hari ni saya tahu. Kenapa jadi macam tu yer? Dulu Malaysia ni, takde la maju sangat macam sekarang. Tapi tetap ada peruntukan biasiswa untuk pelajar cemerlang.

        • Ariff

          9 April, 2012 at 8:56 am

          Dulu tak ramai student dihantar. Jadi bajet banyak. Sekarang, terlalu ramai yang layak dan mereka nak hantar lebih ramai. Jadi bajet berkurangan.

    • etc

      9 April, 2012 at 10:48 am

      untungla ade ikat kontrak. keje dlm ikatan tu pun bukannya percuma. masih dibayar gaji. igt sekrg sng ke nk dapat kerja.

  • akubiomed

    8 April, 2012 at 9:06 pm

    Saya malas hendak panjangkan isu PTPN apabila kita buat pinjaman kita sudah akur dengan syarat-syaratnya. Saya sendiri membuka akaun SSPN untuk anak-anak saya sebagai syarat untuk mendapatkan pinjaman PTPN pada masa akan datang tapi tak apa saya dapat rebet cukai pendapatan. Tidak tahu masa akan datang apa lagi syarat diperkenalkan kerana ada pembayaran tegar PTPN.

    Zaman saya ketika belajar dahulu PTPN pun tak ada dan tidak banyak agensi yang menawarkan pinjama pengajian kecuali untuk pelajar yang cemerlang. Terima kasih kepada MARA kerana beri peluang kepada saya untuk kedudukan saya berada sekarang ini.

    Jadi sebab itu lah kalau Kementerian Pengajian Tinggi tempatan menjemput saya untuk dilantik sebagai penasihat industri bagi program pengajian teknikal belum pernah saya tolak sebagai sumbangan kecil saya menyalurkan maklumat keperluan semasa di industri.

  • Lawrence Vision

    8 April, 2012 at 8:08 pm

    Ada pro & kontra kalau dimansuhkan. Mereka yang belajar ekonomi mungkin lebih ariff untuk mengulas isu ini. Apapun tidak salah untuk kita memberikan pendapat. Pada saya ada baiknya dimansuhkan sebab memang membebankan rakyat. Daripada bagi duit pada kroni bagus juga kalau dimansuhkan. Tak semestinya kalau dimansuh pelajar malas, itu bergantung pada individu. Kalau betul 1 Malaysia kena buktikan. Kalau setakat BRIM 500 tu saya lihat lebih kepada umpan pilihanraya.

    • etc

      9 April, 2012 at 10:55 am

      itu yg cube dikatan oleh blog. berapa ramai ahli ekonomi di msia berbanding org kebiasaan yang hanya percaya kpd ‘pancingan’ semata-mata? pada pr yg penting org kebiasaan percaya. sy berada dlm golongan yg belajar sekadar cukup2 makan..sy tengok bagaimana ade pelajar yg menghargai peluang utk score exam bagi memudahkan bayaran balik pinjaman samada mara atau ptptn. 1malaysia pun xkn semua bende nk free. mcm tu tayah la suh org berusaha belajar & kerje.

  • syahrilhafiz

    8 April, 2012 at 7:02 pm

    bak kata menteri kalau mansuh memang negara akan bankrup
    cukup tak rasional langsung pembangkang sekarang, bukan nak kata, it’s FACT. walaupun kita anak muda remaja masih boleh menilai samaada pemansuhan PTPTN ni wajar ke tidak. Berfikir dari sudut positif aku rasa memang tak patut pun nak mansuh..semua FREE makin malas la bangsa meleis kita. cuba jadikan pemikiran macam cina, earn earn money :D

    dan dekatkan diri kita dengan Allah, jangan dok kejar sangat semua ni..

  • NIZAM

    8 April, 2012 at 6:46 pm

    saya rasa perlu dapatkan penjelasan dulu dari pihak yang mahu memberi ptptn percuma. mengenai first class akan diubah jadi biasiswa. itu br shj beberapa tahun lepas. dasar ptptn selalu berubah-ubah. ini pun perlu dilihat. sbb sy pun peminjam ptptn. jd sy selalu lihat betapa tak konsisten nya dasar ptptn ni. sudah tiba mas ptpn lebih telus. itu shj pendapat sy. tp bab percuma maybe tak la kan. mmg takpatut. mungkin boleh buat cam MARA kot. pinjam tp byr 10%. kwn sy kat uni swasta boleh dpt cam tu.

    • etc

      9 April, 2012 at 10:57 am

      yg ni sy setuju. die sepatutnya buat mcm mara. kalau pinjaman mara..kita grad on time shj sudah mendapat potongan..belum masuk lagi kiraan cgpa cemerlang. lepas tu ptptn perlu selaraskn sistem blacklist mrk. ada yg dh byr pun die x pdm name dri blacklist.

  • KiD

    8 April, 2012 at 6:02 pm

    Ada benar juga kata-kata bro ni.. ia adalah satu implikasi yang perlu dilihat. Tapi mungkin juga pihak pembangkang ada jawapannya. Yang pastinya pilihanraya semakin hampir. =)

  • riffzam

    8 April, 2012 at 5:55 pm

    terlalu manja sangat. asyik mahu disuap. haih. mudah tergoda dgn janji manis. tapi dibaliknya, terlalu byk implikasinya. kalau dimansuhkan, mmg tak ada berusaha kuat. semua keputusan ala kadar saja sbb pelajaran dah percuma. apa kisah.

    hmm.saya tak fikir PTPTN tu beban sangat,tapi, cuma segelintir saja yg ckp mcm tu, ada seorang cikgu sikh saya, byr pinjaman ni dgn kadar dua kali ganda yg ditetapkan PTPTN sebulan. dan anak Melayu pula, cuba sedaya upaya, bayar pinjaman tersebut serendah mungkin iaitu pada kadar RM50 paling tinggi pun RM100. haih.

    dan yg melolong mahukan permansuhan ni anak Melayu je. tu yg sibuk berdemo bagai. haih. anak bangsa lain sibuk duk pulun study.