Imej Yang Kita Suka

Aku rasa ramai yang akan setuju dengan statement aku ni. Sebagai orang Melayu, kita suka melihat orang kita yang berlainan jantina memakai pakaian tradisi kita iaitu baju Melayu dan baju kurung. Walaupun dah jauh dan lama merantau di negara Russia ni, aku masih suka melihat perempuan yang memakai baju kurung. Betullah kata pepatah, sejauh burung terbang, pasti akan pulang ke sarangnya.

Lelaki yang memakai baju melayu

Rakan sebilik..

Percaya atau tidak, benda ni memang benar. Rata-rata perempuan di Malaysia (khasnya Melayu) suka melihat lelaki yang memakai baju Melayu. Kalau tak percaya, tanyalah mana-mana perempuan dan mereka akan confirmkan statement ni. Kenapa? Aku pun tak tahu. Tapi aku rasa lelaki yang pakai baju Melayu ni memang nampak ada aura pendekar Melayu.

Lagi satu memang nampak baik habis kalau lelaki pakai baju Melayu. Tak kisahlah dia ni perangai teruk macam mana pun, tapi kalau sikat rambut elok-elok atau pakai songkok terus, memang terus muka berubah jadi muka tak bersalah. Tak payah baju melayu yang gilang gemilang macam baju pengantin tu, just plain baju Melayu dengan warna yang tak menyakitkan mata sudah. Memang awek-awek ni semua pandang.

Perempuan yang memakai baju kurung, rambut dilepaskan

Rasanya tak payah contoh jauh-jauh kot..

Ini adalah satu fenomena. Dulu pernah hangat dibincangkan dalam forum kat sini dan ramai orang setuju awek yang memakai baju kurung sambil rambut dilepaskan ke belakang memang cantik dan cun. Tak payah nak make up tebal-tebal, warnakan rambut atau pakai contact lens yang berwarna-warni ni, just plain rambut ikut warna asli, mata hitam pun orang pandang kalau awek pakai baju kurung.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

60 Comments