Idea: Jual Rumah Tanpa RPGT

Actually idea ni saya dapat daripada seorang rakan. NOT TESTED YET tapi ada logik di sebaliknya. Idea ini juga boleh digunakan untuk non bumi menjalankan transaksi pada hartanah bumi lot.

Kepada pakar, harap boleh bagi advice samada idea ni betul-betul boleh pakai atau tidak.

Langkah pertama adalah dengan membeli hartanah menggunakan nama syarikat. Syarikat tu mestilah berstatus bumiputera yang seterusnya melayakkannya mendapat diskaun bumiputera sebanyak 10%. Dapatkan diskaun lain seberapa banyak yang mungkin.

Langkah kedua, tubuhkan satu syarikat di Singapura dan ‘beli’ syarikat bumiputera kita tadi. Jadi sekarang syarikat bumiputera kita tadi dan aset-asetnya adalah milik sepenuhnya syarikat yang kita baru tubuhkan di Singapura.

Untuk segala transaksi jual beli hartanah tersebut, maka bolehlah kita jual beli syarikat di Singapura tadi. Tak kisah siapa pun boleh beli (bumiputera or non-bumi) dan langsung tak kena RPGT sebab atas kertas, benda yang bertukar tangan adalah syarikat dan bukan hartanah tadi walaupun secara tidak langsung hartanah tadi juga bertukar tangan.

What do you think? Rasa-rasanya boleh ke buat macam ni?

Update: Thanks to Faizul Ridzuan for confirming this theory. Cara ni memang boleh dibuat.

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

26 comments

  1. Nak tanya kenapa bila kita bayar duit rumah, bayaran rumah kita ditolak kpd bunga tidak kepada pokok (prinsipal) so sampai bila kita nak byr habis duit rumah tu…? Pihak bank kebanyakkannya tidak telus dalam sistem pembayaran rumah nie….So macamana kita nak jual rumah coz harganya tak turun2, asyik byr bunga jer…tolong sikit pls…..

    1. Sebab itu perjanjian kita dengan pihak bank. Dah setuju hutang langsai dibayar dalam masa 30 tahun, jadi hutang yang perlu dibayar tu dah dimasukkan sekali dengan interest.

      Boleh gunakan pinjaman fleksi untuk mengurangkan interest, tapi kaedah dia lain sikit (sila dapatkan nasihat daripada pegawai bank anda).

  2. Pemaju perumahan telah mengambil kira kos diskaun 10% untuk pembeli bumiputera. Lot untuk bumiputera telah ditentukan lokasinya dan kebiasaannya lot tepi bukanlah lot bumiputera. Semasa pembinaan dijalankan, lihat jenis bata yang digunakan untuk lot bumiputera dan jenis bata yang digunakan untuk lot bukan bumiputera. Adakah sama ?? Sekiranya bata yang digunakan berbeza, perbezaan kos bahan mentah telah diserap dalam diskaun 10%.

    1. Untuk fliiping, boleh jual cepat. Bumi ada 10% discount, so biasanya kalau banding dengan unit non-bumi, boleh dapat lebih sebab market price sama

  3. memang boleh la, dulu saya ada kerja dengan bos yg mengatakan sbnrnya ada cara bypass benda ni, semua boleh buat, tp xmau la ceritakan sebab kalau boleh biarlah dikekalkan hak milik yg sepatut nya

  4. hmm.. setuju dengan bberapa komen di atas. Satu, bkn senang nak buat company dan jual mcm tu sahaja. kalau nak jual company termasuk dengan asset jugak kurang dari 6 tahun maka kene laa jugak rpgt ni. ada ke yang sanggup tunggu sampai 6 thn? tak apelah, ni utk pengetahuan jugak kan? mungkn cara ni hanya untuk mereka yang ada business, yang kerja tetap dengan kerajaan susah nak ikut cdgn ni.

  5. boleh je..

    kalau faham flow sdn bhd, tak perlu ke Singapura..
    buat sykt di malaysia dan jual beli saham je dalam memindah
    hakmilik sykt tu, secara tak lansung hartanah bertukar tangan..

  6. idea yang bagus. cuma sedikit bahaya. sebab bertentangan dengan company act. menubuhkan syarikat dengan niat licik. saya tak pasti clause berapa. lebih baik guna syarikat yang sedia ada daripada tubuhkan syarikat semata-mata untuk tujuan acquisition.

    kedua. kalau nak jual syarikat, xleh jual camtu je. kena ada valuer gak. so nilai syarikat yg dibeli memang based on market value. how much aset n share yg depa miliki. mungkin rpgt applies.

    cadangan saya, jangan jual beli dalam bentuk cash. tapi guna share. sebab share adalah non taxable.

    kalau hilang arah gak tunggu je lepas 5 taun baru jual. xde rpgt. hehe. kalau salah maklumat tlg betulkan

  7. legally mcm boleh.
    cuma rencahnya apabila tubuhkan syarikat di singapura tu je la. tax smo kena byr di sana, apatah lg apabila ada aset yg menjana pendapatan.
    dr segi konteks patriotisme, buat apa kita nak keluarkan duit utk pendapatan kerajaan Singapura?

Comments are closed.