Hujung Minggu di Horizon Club Premier Room Shangri-La Kuala Lumpur

Kalau berkunjung ke hotel Shangri-La di kebanyakan lokasi di seluruh dunia, pelanggan mempunyai pilihan untuk menetap di bilik Deluxe atau bilik yang mempunyai akses ke Horizon Club. Biasanya, bilik Executive dan ke atas sahaja yang mempunyai pilihan akses ke Horizon Club. Bilik untuk pelanggan Horizon Club juga terletak di aras-aras tertentu, biasanya aras atas yang menjanjikan pemandangan yang lebih cantik.

Horizon Club menyediakan pelbagai kemudahan dan keistimewaan untuk pengunjung. Paling best adalah akses ke Horizon Club Lounge yang dibuka sehingga 11 malam setiap hari di mana pengunjung boleh berehat dan bersantai sepanjang penginapan mereka di hotel Shangri-La. Biasanya akses ke club lounge seperti inilah yang menjadi tarikan utama untuk pengunjung memilih Horizon Club.

Antara kemudahan yang dinikmati oleh pelanggan Horizon Club:

  • Complementary buffet breakfast
  • All day refreshment – Horizon Club Lounge
  • Afternoon tea – Horizon Club Lounge
  • Evening cocktail – Horizon Club Lounge
  • Complementary secretarial services
  • Suit pressing

Mungkin dilihat kemudahan ni lebih sesuai untuk businessman yang menetap di hotel dan mempunyai urusan kerja. Tak semestinya. Bagi yang nak bersantai, tapi mungkin takde masa / bajet untuk pergi bercuti dan hanya sekadar nak berubah angin, ‘bercuti’ di hotel 5 bintang macam ni adalah satu alternatif yang boleh dipertimbangkan.

Bangun pagi ada buffet breakfast. Lepas breakfast, ada boleh naik hotel shuttle pergi ke KLCC/Pavillion, sesuai sangat dengan trend orang Malaysia yang suka pergi shopping mall hujung minggu walaupun tak beli apa-apa. Nak buat macam mana kan? Kalau nak pergi taman, tengah hari panas. Sekarang hujan. So pergi mall je. Macam-macam ada.

A weekend stay at @shangrilakl Horizon Club room, a home away from home #blogariff

A video posted by Ariff Shah (@shahariff) on

Lepas lunch, balik hotel dan boleh lepak kat lounge untuk afternoon tea dan evening cocktail. Food and beverages yang sedap free-flow kat lounge. Makan tanpa segan silu. Syaratnya, tak boleh bawa balik bilik je.

Malam boleh jalan-jalan sekitar hotel untuk dinner di restoren berdekatan atau in-room dining. Tak pun, call je restoren di sekitar untuk delivery ataupun in-room dining. Sepanjang dua malam, kami makan dalam bilik je. Malam pertama order Fish & Co dan malam kedua order dari Bombay Palace. Tak sesuai keluar malam dengan baby. Hampir setiap malam ada live performance di lobby. Masa saya sampai Jumaat lepas, memang meriah. Ada beberapa event berlangsung di function room tingkat bawah dan live performance di lobby. Shangri-La KL memang terkenal sebagai lokasi pelbagai event di KL ni.

Hotel juga ada spa dan beauty salon, sesuai untuk isteri beristirehat. Suami bayar :p Wife asalnya nak berurut tapi entah macam mana, tak sempat pun. Maybe next time.

Shangri-La KL ni antara hotel yang ‘hijau’ sebab ada taman di tengah-tengahnya. Agak rare untuk hotel mewah dalam KL mempunyai taman macam ni kat ground level. Kalau tak breakfast kat lounge, boleh breakfast kat restoren bawah. Cari meja tepi kolam ikan ni. Memang nice.

Bagi yang rajin pergi gym boleh teruskan rutin di Health Club atau berenang di swimming pool. Steam & sauna room pun ada.

Horizon Club Lounge. Ada family room bagi mereka yang datang dengan keluarga. Jadi kalau budak menangis, takdelah mengganggu pengunjung yang lain. Lounge buka sampai 11.30 malam. Jadi coffee and tea termasuk teh tarik available all day kat lounge. Teh tarik hotel pulak lah kan. Asyik teh tarik mamak je.

Dari segi kemudahan sebagai sebuah hotel lima bintang, memang lengkap. Semua kemudahan asas sebuat hotel mewah ada pada Shangri-La Kuala Lumpur. Kelebihan hotel ini ialah lokasinya yang terletak di tengah pusat bandar dan green environment di sekeliling hotel ini selain tahap perkhidmatan terbaik yang sentiasa dicari-cari daripada sebuah hotel lima bintang. Kalau biasa pergi ke mana-mana hotel Shangri-La, memang kelebihan hotel mereka adalah lokasi yang bagus berbanding hotel lain dan unique selling point yang ada pada lokasi tersebut.

Kalau pergi bercuti dalam Malaysia pada hujung minggu, penat nak drive dan travel ke lokasi percutian. Kalau nak keluar negara, penat nak pergi balik airport naik kapal terbang. Satu weekend tak berbaloi sangat kalau nak ke luar negara. Pada saya kalau nak berjalan ni, biar pergi balik tak penat dan kalau jauh, biarlah lama. Sekurang-kurangnya berbaloi dengan penat pergi balik dan kos yang dikeluarkan. Itulah sebabnya saya rasa lebih berbaloi spend weekend di hotel macam ni kalau ada bajet tapi takde masa nak pergi bercuti.

Book a room at Shangri-La KL and check out their updates on Instagram @ShangriLaKL. Ada promotion untuk weekend stay macam ni dan discount untuk advanced booking. Kalau nak ke Pulau Pinang, boleh baca full review saya di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa, Pulau Pinang. Baca juga review Shangri-La KL di blog isteri saya.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

7 Comments