Kalau Hospital Kerajaan Tak Bagus, Kenapa Tak Masuk Hospital Swasta?

Saya pasti ramai yang terdengar pasal kes budak umur 9 tahun menang kes saman RM2.78 juta terhadap kementerian kesihatan.

Kes dia macam ni. Anak ni kena accidential injury yang dikenali sebagai kelumpuhan otak (cerebral palsy) semasa dilahirkan akibat daripada kecuaian. Akibatnya, anak ni tak boleh hidup secara normal dan terpaksa bergantung kepada orang lain.

Bila saya baca balik komen orang ramai kat Facebook post tu, dah boleh agak semua orang akan mula kondem hospital kerajaan. Mereka kondem macam mereka keluarkan puluhan ribu Ringgit untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Doktor hospital kerajaan tak cekap, banyak doktor baru kat hospital kerajaan yang menyebabkan kes kecuaian sebegini berlaku, nurse tak guna, nurse buat kerja sambil lewa, nurse tidur masa jaga wad kecemasan, nurse bagi salah ubat. Macam-macam. Ada 1001 macam keluhan tentang keburukan hospital kerajaan kat ruang komen tu. Kenapa tak masuk hospital swasta je kalau dah tau hospital kerajaan tak bagus?

Funny thing is, bila tanya majoriti daripada golongan mengeluh ni ada tak ambil plan Takaful, saya yakin 90% daripada mereka jawab tak. Tapi komplen banyak. Mereka sedar hospital kerajaan tak boleh tampung keperluan perubatan seluruh rakyat Malaysia tapi mereka nak demand macam mereka berada di hospital swasta.

Mereka juga tahu Takaful boleh settlekan bil rawatan di hospital swasta, tapi mereka tak nak ambil.

Accidents do happen, tak kisahlah kat hospital kerajaan atau swasta. Cuma apa yang saya dengar daripada ramai kenalan yang pernah/sedang berkhidmat di hospital kerajaan, memang workload dan stress lebih tinggi berbanding di hospital swasta sebab terlalu ramai pesakit di hospital kerajaan. Bila stress tinggi, kemungkinan berlaku kecuaian pun tinggi.

Jadi kepada yang mampu, cukuplah dengan mentaliti subsidi. Ambil plan Takaful sendiri supaya bila sampai masa anda nanti, anda tak menyumbang kepada kepadatan dan kesesakan hospital kerajaan. Biarlah yang betul-betul tak mampu dan memerlukan bantuan je gunakan perkhidmatan di sana.

Kalau setakat RM150 sebulan tu, saya rasa semua orang mampu. Antara nak dengan tak je. Kalau ada yang save banyak ni dalam ASB, tukar je daripada ASB ke Takaful sebab Takaful pun datang dengan saving plan. Duit anda tak burn macam tu je.

Kalau masih nak harapkan hospital kerajaan, then saya minta golongan ni hentikanlah kondem-kondem tu sebab saya kesian tengok budak-budak doktor baru yang hidup tak tentu arah bekerja di hospital kerajaan.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

17 Comments

  • faquhar

    29 June, 2014 at 11:31 pm

    Salam sy amat berminat dengan takaful prudentialbsn ni. Product medical card mcm menarik.
    Saya berumur 26 thn. Saya masih bujang, xmerokok dan bekerja sebagai polis. Bertugas di kuala Lumpur. Adakah saya layan memohon? Bajet bulanan saya rm150. Terima kasih.

    Jangan publish komen ni.

  • Rizuan

    23 June, 2014 at 4:03 pm

    Bayar RM1 tapi nak servis tiptop. Lepas tu komplen doktor di hospital kerajaan lembap, slow dan macam-macam tohmahan dilemparkan. Minggu lepas aku pergi ke hospital kerajaan. Memang diakui masa menunggu memang lama. Tapi itulah yang perlu kita tanggung dengan bayaran RM1. Kalau nak layanan tiptop, nak cepat bolehlah pergi ke hospital swasta.. Pastikan duit kena banyak dan kalau nak selamat, belilah insuran dari Ariff Shah ni.. Promot ko punya bisnes:)

  • myrujukan

    16 June, 2014 at 3:01 pm

    aku setuju bro, kejadian luar jangka ni mana ada orang nak, dia bukan kira kerajaan ataupun tidak, tp kalau fikir balik hospital kerajaan yang murah di Malaysia ni dah buat yang terbaik bagi aku. Dan saya salah seorang yang ambil takaful.. :)

  • Mohd Azrin bin Abu Bakar

    12 June, 2014 at 2:29 pm

    Yup.Kenyataan Ariff Shah itu benar.Isteri saya seorang jururawat.Jadi tohmahan , kejian cacian telah banyak kali didengari oleh dia daripada orang ramai.Saya minta dia buat tugas itu terbaik.Dan saya yakin dia memang lakukan tugas sbg jururawat itu terbaik.

  • ummi kausar

    12 June, 2014 at 2:24 pm

    saya setuju! ramainya orang yang tak nampak kebaikan insuran ni sebab benda belum jadi. dia rasa dia MEMBAYAR buta sahaja takde hasil. hasil tu dia tak nampak. kalau RM150 tu beli baju nampak hasil depan mata kan. semoga kejadian begini membuka mata masyarakat kita…

  • NotaKembara

    11 June, 2014 at 4:50 am

    Setuju. Yang berkemampuan tu ambil la takaful dan beralih kepada servis yang katanya lebih baik. Berikan peluang kepada mereka yang memerlukan untuk merasa subsidi kerajaan. Bantulah kurangkan beban mereka. Mereka pun manusia namun disebabkan sistem yang ada, mereka terpaksa bekerja di luar batas kemanusiaan kadang-kadang.

  • arzmoha

    9 June, 2014 at 12:37 pm

    betul. kalau melibatkan kerajaan banyak keluhan yang kita dengar. ada betulnya staff kerajaan salah dan ada masanya bukan salah mereka. Doktor pelatih pun ramai yang hendak cucuk jarum untuk ambil darah pun tak brapa pakar. Sepatutnya ada observation dari doktor pakar. Kesilapan begini menampakkan kelemahan doktor pelatih. Tetapi mereka warga hospital pasti cuba lakukan sehabis baik untuk rakyat Malaysia

  • ryz

    9 June, 2014 at 11:16 am

    Even X nk g hosp swasta & msih prcaya kat hosp gomen, kita msih benefit dr takaful di ambil tu sbb dpt elaun wad utk setiap mlm warded..

    From my own xprience, my son sakit n trus msuk ke hosp gomen, then my ejen dpt tau dia marah n nak antar ambulan suh pick-up my son ke swasta plak.. sbb dia kata smua medical kad cover including operation & ambulan tu… but i malas dah alang2 warded tu apalagi i peg.gomen so dpt 1st class ward mmg selesa sgt… hosp bill was zero then dpt claim wad utk 5 mlm dah RM1K… trus duit tu book tiket airasia.. haha (bgus punye mak ek)

    i bukan ejen mana2 takaful but i already subscribed to PruBsn since 8 yrs ago & setiap kali i kenal/jumpa sapa2 yg xde takaful, mesti i psycho diorang suh amik, smpi kan diorang ckp i dpt komisyen…hahaa, xde mknanya (tpi i dah 2 kali dpt upah sbb rekemen kat ejen..hihi, rezki x sngaja)

  • namee

    9 June, 2014 at 9:35 am

    em actually sebab hospital kerajaan ni ramai sgt pesakit nak dilayan. ada juga kes yg dilayan teruk ..kena marah dgn nurse doctor. yela diorang byk sgt pesakit…stress . so rasanya kalau bila sakit rasa nak confirm dilayan dgn baik..standby la takaful ke apa.tak rugi pun beli skim takaful ni.

  • ohcikgu

    9 June, 2014 at 5:49 am

    Bagi yang dok bandar atau mampu..aku yakin paling kurang pun diorang ada takaful..tapi yang gaji atau pendapatan diorang bawah 700 sebulan..memang majoriti tak mampu..nak letak kat takaful rm50 sebulan pun diorang berkira..

    Kesedaran diorang mungkin kurang banding kita yang sedar tentang isu ni.