Honda Civic Blogger Drive

Reading Time: 3 minutes

CivicBloggerDrive155Puas hati. Itu yang saya dapat komen untuk event kali ini.

Last weekend, saya telah dijemput untuk menyertai event Blogger Drive Honda Civic. Event ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada blogger kelebihan Honda Civic versi terbaru yang seronok untuk dipandu dan dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan yang canggih.

Sepanjang event ini, blogger diberi peluang untuk ‘melenjan’ kereta sehingga ke tahap maksimum supaya mereka dapat merasai sendiri bagaimana sistem keselamatan seperti ABS dan VSA bertindak untuk mengelakkan kemalangan.

Flag-off event kami dilakukan di Publika di mana kami akan memandu ke Rawang dan patah balik ke Desa Park City untuk menjalani latihan di litar. Kumpulan saya yang dianggotai dua orang ahli yang boleh tahan havocnya iaitu Aim (Oh! Media) dan Sam (Seraphsam.com).

Dengan adanya saya yang ‘kurang aktif’ dapatlah mengurangkan sikit kegilaan mereka. hahaha

Kami diberikan Honda Civic 2.0S. Nasib baik dapat kereta laju. Walaupun kereta laju, pada awalnya kami agak ketinggalan akibat daripada pemanduan saya yang sangat beretika. Sebenarnya tu trick je sebab kat highway saya boleh pecut sampai ke Rawang. Apa guna engine 2.0 kalau kita tak test engine sampai top speed, kan?

Malangnya saya terlupa untuk menggunakan Paddle Shift Control. Takpelah. Maybe next time.

Sampai di Rawang tukar driver. Kali ini kami melalui jalan kampung dan sedikit jalan tanah merah. Honda Civic yang dipandu tidak menghadapi masalah untuk melalui laluan yang tidak rata dan paling penting, keselesaan semasa memandu di laluan tidak rata tidak terjejas.

Tiba di Desa Park City (jangan confuse dengan Desa Water Park ye.. ) kami ditunjukkan demonstrasi bagaimana sistem keselamatan ABS dan VSA bertindak untuk mengelakkan kemalangan dan diberikan peluang untuk merasai sendiri kedua-dua fungsi tadi in-action.

ABS (anti-lock braking system) ni fungsi dia satu je, untuk mengelakkan tayar kereta ‘terkunci’ sewaktu pemandu membrek dalam kecemasan. Keadaan tayar terkunci semasa dalam brek kecemasan adalah bahaya kerana pemandu akan hilang kawalan terhadap kenderaan dan tidak akan dapat mengelak daripada apa-apa yang berada di hadapannya.

Dengan ada ABS, walaupun anda memijak panel brek dengan kuat, sistem akan membrek dengan selamat supaya tayar tidak terkundi. Dengan itu, kenderaan boleh dikawal untuk mengelak sebarang halangan di hadapan.

CivicBloggerDrive236

CivicBloggerDrive221VSA (vehicle stability assist) pula adalah sistem keselamatan yang bertindak untuk membantu mengawal kenderaan ketika ianya hampir hilang kawalan. Contoh mudah, kereta dipandu laju di selekoh, jalan licin dan hilang kawalan dan hampir terbabas.

VSA akan bertidak dengan mengenakan brek secara automatik dan mengurangkan putaran stering kerana pada kebiasaannya pemandu amatur yang tidak dapat mengawal kenderaan dalam keadaan ini akan memutar stereng secara berlebihan dan menyebabkan kenderaan terus terbabas.

Saya berpendapat fungsi ABS dan VSA ini perlu ada dalam setiap kenderaan yang dipandu di negara kita sekarang, terutamanya untuk family car. Mungkin kita tahu kita memandu dengan selamat tapi kemalangan tu boleh datang bila-bila je. At least dengan sistem keselamatan yang ada dapat mengurangkan risiko dan kesan kemalangan.

Honda Civic juga dilengkapi dengan sistem ECON Assist. Sistem ini bertujuan untuk mendidik pemandu untuk memandu dengan lebih efisyen supaya dapat menjimatkan minyak. Bukan kereta hybrid sahaja dapat menjimatkan minyak sebaliknya cara pemanduan yang betul ada kunci utama.

Pemanduan efisyen juga tak bermaksud kena pandu pada kelajuan yang rendah. Boleh memandu laju tapi ada caranya. Dengan ECON Assist, anda akan belajar semua ni ketika memandu.

Selesai dengan aktiviti pemanduan di litar, kami bertolak pulang ke Publika untuk makan malam dan majlis penutup. Check out video yang berjaya dihasilkan sepanjang sehari event berlangsung.

CivicBloggerDrive63 CivicBloggerDrive83

More info:


Posted

in

by

Tags:

Comments

13 responses to “Honda Civic Blogger Drive”

  1. akubiomed Avatar

    Puas hati dapat lanyak ke tahap maksimum. Ia secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada pembeli baru dengan apa yang tertulis adalah benar belaka.

  2. Muhd Hanis Avatar

    Kereta idaman jejaka malaya, agaknya mcm mana rupa civic next model? makin lama makin kureng plak design nya..pendapat aku la, korang xtau la hehe

  3. Sunshine Kelly Avatar

    Great experience for me & nice to meet all of you there. I like the safety features & the fast pick up.

  4. Melastik Bintang Avatar

    siap pakai seatbelt drive..hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Jarang pakai tapi sekali sekala kenalah skema

  5. akubiomed Avatar

    Wah untuk dapat lanyak Honda Civic tahap maksimum. Puas hati prestasinya.

  6. Denaihati Avatar

    Honda antara kereta yg mendahului trend berbanding kereta-kereta brand lain. teknologi terkini dengan design yg menarik menyebabkan Honda selalu menjadi perhatian.

  7. Faizal Fredley Avatar

    awesome…event yang paling best pernah aku join….tp bro ariff memang pendiam sikit org nya…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Dah nak balik baru tau Faizal ada sekali. Takpe. Next2 event jumpa lagi

      1. Faizal Fredley Avatar

        biasalah…aku pun senyap jugak..nak tegur segan pulak…

  8. oDiN Avatar

    Berapa harga ? Takde promotion ?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sekarang ada promotion raya. Beli bawa balik kampung pun best gak. Harga tu boleh check kat website Honda

  9. Juan Avatar

    wow, nampak dlm video tu ada buat corner agak tajam dan kereta nampak stabil, good