Homestay Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur

Kepada yang nak stay lama sikit di Kuala Lumpur, lebih spesifik dalam kawasan Damansara, bolehlah menetap di Homestay in-laws saya yang terletak di Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur.

Kadar serendah RM300 semalam untuk 1 unit rumah 3 bilik 2 bilik air. Kalau family besar boleh ambil terus dua unit (RM600/malam) dengan kapasiti 10 – 14 orang.

Kg Sg Penchala ni berjirankan Mont Kiara, Hartamas, Taman Tun Dr Ismail, Sri Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara dan Bandar Utama. Akses melalui Lebuhraya Sprint Penchala Link, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) atau Jalan Datuk Sulaiman dari TTDI. Memang strategik.

homestay-damansara

homestay-ttdi

homestay-kl

Homestay berhadapan masjid, jadi Insya Allah ya tuan puan boleh jumpa saya kat masjid. Kalau nak makan boleh singgah ke restoren Sambal Hijau yang sememangnya popular di sini. Kalau makan malam ada Muhibbah Seafood Restaurant, pun popular jugak kat sini.

Kalau ada sesiapa nak datang KL dan menetap lama sikit, bolehlah singgah ke homestay ni. Keselesaan terjamin pada kadar yang sangat berpatutan. Boleh layari laman Homestay KL Villa Maarof untuk tempahan dan maklumat lanjut.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

7 Comments