Hobi Di Waktu Pagi #philips50shaves

Saya mula melakukan aktiviti ini sejak di bangku sekolah lagi. Tiap-tiap pagi memang tak boleh miss punya. Kalau tak buat, kat class nanti mesti budak perempuan pandang-pandang sambil tersenyum sinis. ish..

Sekarang pulak lain cerita. Kalau tak buat benda ni setiap pagi, pergi kerja mesti boss pandang pelik je. Silap-silap kalau bertembung dengan CEO company, mesti kena tegur punya. Tak boleh.. Kena pastikan aktiviti yang dah jadi rutin hidup selama lebih daripada lima tahun ni diteruskan setiap hari.

Jangan fikir yang bukan-bukan ye. Tajuk ni takde kaitan pun dengan sesuatu yang kotor. Sebenarnya saya sedang bercakap tentang bercukur. Yes, tiap-tiap hari kena bercukur. Kalau tak, rasa macam ada yang tak kena dalam hidup.

Saya boleh dikategorikan sebagai lelaki yang ‘bertuah’ kerana mempunyai facial hair, tak macam lelaki muka jambu a la ahli kumpulan k-pop. Tak macho langsung! Kalau ada facial hair, barulah maskulin.

George Clooney – Macho habis

Kyuhyun (Super Junior) – muka macam perempuan

Tapi sebenarnya bercukur bukan semata-mata nak kasi nampak smart. Kadang-kadang bila dihayati betul-betul, rasa best jugak bercukur waktu pagi ni. Cuba fikirkan kejap, dalam sehari hidup seorang lelaki ni, bila masa je dia nak pandang dan cermin diri dia sendiri melainkan masa bercukur?

Keluar je bilik mandi, dah sibuk dengan hal lain dalam dunia; kerja, awek, loan rumah, loan kereta, traffic jam, lunch, dinner, bola sepak dan macam-macam lagi. Berbeza dengan perempuan sebab perempuan ni kadang-kadang macam terlebih pulak membelek diri sendiri. Ada tu pantang jumpa cermin, mesti ada je benda yang nak dibetulkan :p

Jadi bercukur ni pada saya adalah waktu untuk ‘black out’ daripada dunia yang nyata berhadapan dengan diri saya sendiri. Waktu macam nilah saya boleh reflect balik apa yang saya dah buat, bagaimana pembawaan diri saya dan apa-apa sahaja tentang sendiri  yang boleh diperbaiki. Rasa macam duduk bertapa dalam gua pun ada. hahaha..

Baru je bertukar kepada pencukur elektrik jenama Philips daripada pencukur biasa. Dulu memang batak habis la guna shaver biasa. Satu masalah besar masa guna pencukur biasa dulu ialah luka semasa bercukur. Stress betul.

Kadang-kadang sampai bercalar muka dek kerana pisau cukur tradisional. Memang terfikir nak tukar kepada pencukur elektrik, tapi tak sanggup nak keluarkan bajet. Nasib baik Philips kasi saya cuba alat pencukur elektrik mereka.

Selepas bertukar kepada pencukur baru, masalah luka yang saya hadapi sebelum ni takde dah. Dah tak cedera lagi pagi-pagi. Sekarang nak bercukur tak perlu risau lagi sebab tau alat pencukur elektrik ni selamat digunakan.

Let’s just say saya akan lebih menghayati 10 minit waktu keemasan saya setiap pagi selepas ini. Ye, tak lama pun. 10 minit je. Lama-lama nanti dah mengalahkan perempuan pulak.

hehe.. nak jugak letak

Comments

  1. says

    Saya mula melakukan aktiviti ini sejak di bangku sekolah lagi. Saya tak cukur muka ….. saya cukur bulu roma.

    Darjah enam : pegi sekolah pakai seluar pendek. Duduk pula sebelah pelajar perempuan. Tak sudahnya cukur bulu peha / betis. Tapi skrg sudah pakai seluar panjang, Tak perlu mencukur pada tempat yg tak sepatutnya lagi.
    Entri terbaru Tho Ha >> RESEPI REMPEYEKMy Profile

  2. says

    Sementara bujang tu, tak ngapalah nak bercukur setiap hari. Jadi macam suami, cukurnya bila pagi Jumaat jer. Selebihnya, biaq pi. Tapi biasanya bila dah tak selesa sendiri, faham-fahamlah. Kumis tu tak boleh buang. Pelik jadinya. Cuma kat bahagian jambang tu kena jaga.

    *Yang lebih macho tu Sylvester Stallone, dia pakai pisau Rambo untuk cukur(maaf kalau salah eja)
    Entri terbaru adilla >> AMALAN SIHIR DALAM MASYARAKATMy Profile

    • Ariff says

      dulu masa camping kat hutan, selalu je nampak brader2 askar cukur camtu. Dah la tak guna shaving foam. Kental habis.

      Ada orang memang nampak pelik kalau cukur bersih. Tak boleh tidak, kena ada misai jugak

    • Ariff says

      Cuma kalau bangun lambat nak pergi keje, memang tak ikut arus dah. Main bantai je.. habis bercalar muka

  3. says

    masa mula2 tumbuh facial hair, aku shave tak kemas guna shaver biasa, padahnya misai belah kanan lagi tebal dari belah kiri..nak cover malu punya pasal, terpaksa shave sekerap yang mungkin..haha

    • Ariff says

      dah tiap2 hari shave. Kalau jumpa face to face, nampak la sikit2. dalam gambar je nampak jambu kot..

    • Ariff says

      Kita shave bersih everyday, memang tak nampak.

      Pencabar? Takdelah sangat. Ramai orang hebat dalam kempen ni