Hartanah Leasehold Vs Freehold Untuk Pelabur Muda

leasehold-freehold-pelaburan

Featured: Lexa Residency yang tengah hot sekarang. Dengarnya ada sifu cakap projek ni power, ada sifu lain pulak cakap cannot go. Saya? Err.. Does it matter?

Saya beberapa kali ditanya tentang ini dari client takaful hinggalah kepada pembaca dan orang hantar email. Jadi ada baiknya saya tulis pendapat saya terus untuk memudahkan rujukan. Saya rasa kat sini tak perlu saya terangkan lagi apa maksud leasehold/freehold. Orang yang bertanya soalan ni biasanya dah tahu maksud kedua-dua status pegangan ini.

Dua ni je pendapat saya tentang leasehold vs freehold ni:

  1. Dah tahu ke belum objektif pembelian? Kalau beli untuk disewakan, maka saya cakap tak perlu pening sangat nak fikir freehold/leasehold. Kalau pulangan daripada sewa menepati target, teruskan.
  2. Kalau beli untuk dijual bila dah siap (biasanya untuk hartanah primary market atau under-construction), tak perlu fikir sangat sebab habis kuat anda simpan hartanah ni pun 10 tahun. Masa tu tempoh pegangan masih panjang.

Bagaimana pula hartanah yang lama?

Secara asasnya, saya elakkan memilih hartanah yang dah terlalu lama. Pada saya, >15 tahun dah kira lama. Yang ni tak kisah leasehold atau freehold sebab hartanah yang lama ni biasanya akan mula ada kesan wear and tear. Kalau ada lif, kemungkinan lif dah mula rosak sekali sekala. Cat dah pudar dan kalau maintenance tak berapa bagus, memang akan nampak macam bangunan lama.

Tapi ini kriteria peribadi saya sekadar perkongsian di sini. Kalau anda masih nak beli hartanah yang lama atas sebab-sebab anda sendiri, teruskan. Tiada siapa yang menghalang.

Bila nak beli freehold?

Kalau tanya saya, saya hanya akan membeli freehold untuk hartanah yang saya nak tinggal sampai saya mati. Ni jawapan terus-terang. Maksudnya kat sini, hartanah yang saya nak beli ni adalah untuk persaraan dan settle down. Masa tu mungkin dari segi kerjaya/bisnes saya dah stabil atau saya dah ada cukup duit untuk hanya survive dengan main saham hari-hari.

Walaupun begitu, tak semestinya nak freehold lah kan. Kalau masa saya nak beli hartanah untuk bersara ni takde hartanah freehold yang saya minat, hakikat ni takkan stop saya daripada membeli hartanah leashold di kawasan tersebut.

Itu perancangannya lah. Mungkin tak kesampaian sebab bila-bila sahaja nyawa ni boleh ditarik.

Yang pasti, saya tak kejar nak beli hartanah freehold sangat. Buat masa sekarang dengan umur yang masih muda, kalau ada hartanah leasehold yang boleh bagi pulangan sewa yang bagus pun cukup dah.

Kesimpulannya, pada saya perkara ni tak jadi isu sangat dalam kriteria pemilihan hartanah. Banyak lagi faktor yang perlu diambil kira seperti future development, kemudahan awam, accessibility, rental return dan lain-lain.

Sekadar perkongsian daripada saya tentang leasehold vs freehold. Memang tak pernah kongsi lagi pasal perkara ni dalam blog. Saya alu-alukan pendapat pembaca lain untuk pengunjung blog ni.

Nak ikut atau tak, terpulang. Semoga dapat manfaatnya.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

10 Comments