Hari Bermalas-Malasan?

Bila dah kerja ni, kena atur jadual mingguan dengan betul. Cuti umum macam hari ni adalah hari untuk bersantai dan bermalas-malasan. Baru ada masa nak update blog.

Walaupun nama je hari bersantai, banyak jugak benda nak buat. Motor dah nak kena hantar servis. Of course, kena basuh motor every weekend dan kena pastikan berada dalam tip top condition. Tak naklah kalau ada problem apa-apa kat motor tu. Susah nak pergi kerja nanti.

Untitled
Bacaan hujung minggu. Curious dengan apa yang mereka tulis dalam majalah ni

Baju kerja lima pasang kena basuh dan iron. Walaupun tinggal dengan family, takkan la nak harapkan mak buat semua kan. ish.. memang tak patut. Kalau tak siapkan baju kerja ni, nanti menyusahkan sebab everyday kena iron baju.

What else? Malam ni ada kelas saham from 8.30 sampai 12.30. Esok pun ada meeting pasal saham dari pukul 2.30 sampai 5.30 petang. Sangat bertuah sebab dapat join group ni. Ramai sebenarnya yang email saya tentang saham ni (dan banyak yang belum sempat reply) membuatkan saya merasakan ada baiknya saya buat seminar/webinar a la seminar pengenalan kepada pelaburan hartanah yang AE buat. What do u think?

Ok. Migraine dah datang. Nasib baik cuti hari ni. Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55. Gunakan semangat kemerdekaan ini untuk membebaskan diri anda daripada apa sahaja yang membelenggu hidup anda, bukan setakat kibar bendera je.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

19 Comments