Harga Rokok Bakal Naik

 

Lepas minyak naik, ada ura-ura harga gula bakal naik untuk kurangkan diabetes. Alang-alang nak naikkan harga gula, boleh kata confirm punyalah harga rokok pun bakal naik tak lama lagi.

Senang nak naikkan cukai rokok ni. Orang nak complain pun tak boleh justify sangat. Alasan paling kukuh adalah untuk mengurangkan bilangan pesakit kanser.

Selain daripada rokok, GST bakal diperkenalkan seawal tahun hadapan. Berkemungkinan besar akan diumumkan masa bajet 2014 nanti.

Tentang GST saya tak kisah sangat sebab bila GST umum je, pasaran saham akan melonjak naik sebab pelabur luar akan mula confident balik dengan keadaan ekonomi negara kita. Harap menjadi seperti yang dirancang.

Apa lagi bakal naik?

Pemberian BR1M. Gaji RM3,000 dan ke bawah akan dapat. Mungkin juga BLR bakal naik. Dividen KWSP takkan naik tahun depan malah simpanan minimum pun akan dinaikkan bermula tahun hadapan, jadi kepada yang ada duit dalam akaun 1, keluarkanlah dan masukkan dalam unit trust. Nak power lagi, masuk dalam saham.

Bilangan AES akan dinaikkan di seluruh negara. AES akan menjadi salah satu sumber pendapatan negara dengan pulangan sehingga RM4 billion setahun. Ya, kerajaan boleh kata AES ni untuk kurangkan kemalangan, at least jujurlah sikit dengan sebab utama mereka buat semua ni.

20130929-004237.jpg

Apa yang ramai orang tak tau sekarang, kerajaan kita ada masalah kewangan yang besar. Nampak biasa je, tapi kalau tengok betul-betul, memang jelas. Masalahnya, kita tak nak admit.

Jadi bersedialah.. Yang merokok tu, mungkin boleh consider untuk berhenti kalau rasa duit makan pun dah tak cukup.

Sebagai rakyat, saya cadangkan gaji dan elaun wakil rakyat dipotong. Mereka yang tak cekap dalam pentadbiran negara sehingga menyebabkan masalah kewangan ni semua berlaku. Amacam?

hutang-negara

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

20 Comments