Hantar Balik Ferrari Aku

Baru dapat berita kena hantar balik kereta Ferrari aku untuk dibuat modification sikit-sikit. Kalau tak nanti terbakar masa bawa laju-laju. Engineering defect. Alahai.. tak dapatlah nak melaram ngan Ferrari tu raya ni. Baru dapat tak sampai sebulan guna, dah kena pulangkan. Kalau aku tau hari tu, baik aku amik Lamborghini atau Porsche Spyder ke.. huh.

Oklah. Ni pendapat aku. Sebenarnya tak salah pun nak jadi excited kalau ternampak kereta-kereta super mahal macam ni dan memang tak salah kalau nak tangkap gambar dengan kereta-kereta nih. Pertama, sebab kereta macam ni tak taulah sampai mati nanti pun belum tentu kita mampu nak beli atau dapat peluang tengok dekat-dekat dan tangkap gambar. Jadi bila dah dapat peluang keemasan macam ni, layankan aje.

Kedua, aku pasti pemilik kereta tu sendiri dah bersusah payah bekerja dan jaga bisnes diorang sampai dapat beli kereta mahal macam tu. Mesti berlubang gak poket diorang beli kereta macam tu, belum cerita kos nak bela kereta tu lagi. Jadi bila dia tengok orang lain teruja tengok kereta dia, ada sedikit kelegaan la sebab orang lain hargai kereta mahal yang diorang beli tu. Cuba kalau dia bawa kereta tu, orang tak pandang dan buat tak kisah je, mesti terasa macam bawa kereta biasa kan. Lagipun kereta tu memang dibina untuk lagak, untuk tunjuk kat orang supaya mereka terpegun. Oleh itu, tak salah untuk jadi terpegun.

Cuma satulah, jangan la nak gatal tangan sentuh-sentuh kereta tu. Nak tengok boleh, intai, tenung, apa sahaja. Tapi kalau time tangkap gambar tu janganla nak pegang-pegang. Calar ke hape nanti mampu ke nak bayar? Kecuali kalau ko kenal owner tu dan rapat ngan dia lain ceritalah.

Sorilah aku tak dapat bawak korang jalan-jalan naik Ferrari ni. Tak taulah bila diorang siap buat modification tu. Tapi kalau dah siap pun confirm masa tu aku kat Moscow. Tunggu sampai tahun depan lah ye :P

Enjin dia besar giler kot

Max kat speedometer adalah 220mph atau 354 km/h

Sponsor Ferrari Ariff Shah


38 thoughts on “Hantar Balik Ferrari Aku

  1. Pingback: Kalau Ariff Shah Ferrari, Aku Custom Made Fairlady | Fazreen

  2. Serius gilerr memang caaaaaaaaaaaaaaaaantikkkkkkkkkk kot!!!
    Ariff memang kau punye Ferrari ke??? Ke saja tumpang bertepek kat situ..

  3. Kadang2 terserempak ngan ferari kat highway. Budak2 yang dok belakang selalu nampak dulu siap tau model apa. Dasar budak lelaki.
    Satu hari ayah dia komen, “keta tak elok tu..” Kitorang pun bulat mata tanya “kenapa? kereta class tu!”
    Senang je dia jawab, “ye lah, kalau elok mesti ramai orang pakai, ni sikiit je..”
    Ala… nak kenakan kitorang rupanya…. ha ha ha anak2 pun gelak ramai2.

  4. Fuh, betul tu. Sapa tak suka tengok kete power… kalau kat highway nampak pun siap toleh walaupun tengah drive.. haha
    kalau nak senang tengok kete macam ni depan times square la.. confirm ada :D

  5. Pingback: Kalau Ariff Shah Ferrari, Aku Custom Made Fairlady

  6. wow ferrari! kalau main need for speed pun belum tentu dapat bawak keta ni…habis kuat pun bmw je huhu

  7. gyahahahahaha~ mcm kenal ini ferrari.. haha.. beb tadi siang aku gi ss13, terjumpa lak opis Lamborghini Malaysia kat sana.. byk seh lamborghini dlm tu.. jom ape lagi kita gi snap2 la.. lamborghini lagi syok dari ferrari… gyahahhaahha~

    • ss13? jap. mana tu eh? tak pernah tau lak aku ada ofis Lamborghini kat Subang ni. Apa lagi, jom test drive la :D

  8. hahaha~suda confrim2 nie kat genting~
    pot biase pengguna2 ferari nie..
    aku punye wrna kuning tuh bila nak pulangkan?
    tak nmpak dah abg polis sbelah tuh tggu kunci?ekekeke..