Hampir Menjadi Gila

Dari dulu aku dah mengaku awal-awal lagi, aku memang lemah kalau sampai bab mengedit code html, xml, css dan segala jenis bahasa gaban yang digunakan dalam dunia internet ni. Adoyai.. rasa macam nak pecah kepala pun ada menghadap benda ni tiap-tiap hari. Kenapa aku boleh terjebak dalam bidang coding website dan WordPress ni padahal aku ni student engineering. Kenapa aku obses sangat dengan blog aku eh?

Pagi tadi kan, entah macam mana aku buat, entah apa yang aku godek dalam blog ni sampai tak boleh masuk langsung. Perasaan masa tu, tuhan sahaja yang tahu. Rasa macam nak menangis dan nak terjun je dari tingkat 12 hostel ni. Serius aku cakap. Masa tu memang terus aku cari kawan nak mengadu nasib ni. Memang gelabah tak ingat dunia dah sampaikan aku plan kalau blog aku tak boleh restore balik, aku nak hilangkan diri terus. Deactivate Facebook, delete Twitter, Formspring dan segala bagai. Tak sanggup nak hadap persoalan orang lain. Tapi aku ada lain dalam bahasa Inggeris (yang korang tak perlu tau sebab tu tempat aku mengarut), so oklah.. kalau teringin sangat nak menulis, tulis kat sana je.

Satu pengajaran penting (#8 Hidup Seorang Blogger) kalau nak buat coding blog ni, janganlah sesekali dibuat selepas bangun tidur, sebelum mandi dan sarapan. Alamatnya memang kesilapan besar akan dibuat. Bila dah buat tu, confirm pemikiran jadi tak tentu arah. Password cPanel pun boleh lupa dan oleh sebab login banyak kali guna password salah, server ban IP atas sebab kemungkinan ada bruteforce attack. Masa tu badan dah seram sejuk, muka dah pucat. Blog ni macam nyawa aku weh. Selama setahun tiap-tiap hari menghadap benda ni, dah jadi macam keperluan harian.

Banyak yang aku belajar dua tiga hari ni dan banyak juga orang register email untuk aku notify bila blog ni buka balik. Rasa macam terharu pun ada. Walaupun tak banyak yang aku dapat capai mengikut perancangan asal, aku terpaksa buka blog ni. Tak elok kan kasi orang menunggu lama-lama.. dan aku pun tak suka tak menulis lama-lama. Aku lebih suka menulis blog daripada mengubah code. Jadi aku buka dululah blog ni. Kalau aku ada masa nanti, aku sambung tambah feature kat blog ni. Dan ya, aku masih belum berpuas hati dengan apa yang ada. Takpe.. Belajar slow-slow. Esok masih ada..

Terima kasih kepada yang setia dan sabar menunggu.

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

48 Comments