Gush Chase 2012

Dah lama sebenarnya teringin nak pergi US. Sekarang, peluang untuk bercuti di US terbuka dengan contest Gush Chase 2012 yang dianjurkan oleh Gushcloud.com. Hadiah utamanya ialah percutian 3 hari 2 malam ke San Francisco untuk menyertai event The Gush 2012 San Francisco pada 25 Ogos 2012.

Contest Gush Chase ni terbuka kepada blogger atau lebih dikenali sebagai influencer. Anda hanya perlu menjadi peserta yang aktif dalam Gushcloud dan mendapatkan seberapa ramai orang untuk subscribe profile anda. Sebagai blogger, anda boleh juga ping entri terbaru blog anda di Gushcloud untuk mendapatkan trafik. Konsep Gushcloud ni mudah, ia menyediakan platform untuk pengguna berkongsi apa-apa sahaja yang menarik di internet atau tentang diri anda.

Di sini saya sertakan tutorial untuk menyertai contest Gush Chase ini.

1. Sign up dan lengkapkan profile anda di Gushcloud.com.

 

2. Pergi ke profile anda untuk mendaftarkan diri sebagai Influencer dalam contest Gush Chase 2012.

 

3. Pergi ke tab Join the Gush Chase. Pilih kategori anda Musician atau Influencer.

 

4. Start gushing! Kongsikan apa sahaja yang menarik dan viral termasuklah blogpost anda di Gushcloud. Dapatkan seberapa banyak view dan reaction pada content yang anda kongsikan.

 

5. Last but not least, subscribe profile saya di Gushcloud. Manalah tau dengan bantuan anda semua dapatlah saya ke San Francisco tahun ni kan.

 

Mudah sangat nak join contest ni. Kalau nak tengok saya blog pasal San Francisco, ajak rakan yang lain untuk subscribe profile saya sekali. Syarat nak join contest ni mudah; influencer perlu ada sekurang-kurangnya tiga social media platform Facebook, Twitter, Instagram, Youtube atau blog sendiri. Kalau blogger, biasanya dah cukup syarat. Lagi satu, anda perlulah berumur 14 tahun dan ke atas untuk join contest ni.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Gush 2012 atau tanya sahaja di ruangan komen. Saya akan cuba jawab apa yang saya tahu.

Comments

  1. says

    kalau menang nanti, dah sampai ke SF, kena pusing satu California terus. duduk sebulan kat California memang tak kan membosankan pun kerana banyak perkara best ada di sana.