Google Update: Perang Terhadap Content Farm & +1

Tiada Lagi Content Farm

Bulan lepas Google telah mengumumkan perang mereka terhadap content farm atau laman web yang berunsur autoblogging dan seumpamanya. Tahniah. Aku memang menunggu pengumuman ni sebab aku cukup benci dengan autoblog ni semua. Tak memberikan satu nilai pun kepada search engine dan internet ni secara amnya. Content farm ni semua merosakkan SERP sebab content yang ada dalam tu semuanya spam semata-mata dan buat sakit hati je kalau termasuk laman spam tersebut. Jadi elok sangatlah Google buang terus laman web ni semua daripada search index mereka.

Setakat ini mereka hanya akan melancarkan ‘perang’ ini di US sahaja dan merancang untuk mengembangkannya ke seluruh dunia tidak lama lagi. Harap sampai ke Malaysia secepat mungkin. Ingat, semakin kurang laman sampah macam tu, semakin tinggi peluang blog anda untuk tersenarai di laman pertama SERP.

Google +1 Bakal Menggantikan Facebook Like?

Google dan Facebook sedang bersaing sebab kedua-duanya merupakan sebuah laman web yang sangat besar. Dari situ, pendapatan utama kedua-dua laman ni bergantung kepada pengiklanan. Satu kekuatan yang ada pada Facebook adalah ianya sebuah laman sosial, maksudnya laman itu bergantung kepada interaksi sesama manusia yang berlangsung di sana. Iklan akan menjadi lebih berkesan sekiranya ia dicadangkan atau dikaitkan oleh orang yang kita kenal dan Google tak mahu ketinggalan ke belakang dalam bidang media sosial.

Apa yang mereka buat adalah dengan melancarkan sistem Google +1 di mana pengguna boleh mengundi link, produk, iklan atau apa-apa sahaja di dalam internet ni. Fungsinya lebih kurang seperti Facebook Like di mana apa-apa sahaja yang kita +1 akan dipaparkan di profile Google kita. Sebagai permulaan, +1 masih di dalam tempoh percubaan (anda boleh cuba sendiri kalau berminat) dan hanya boleh digunakan dalam Google seach. Mereka akan melancarkan butang +1 mereka sendiri tak lama lagi yang boleh diletakkan di dalam blog/website.

Selain daripada social sharing, +1 ini kemungkinan besar akan digunakan dalam SEO selaras dengan perang yang mereka lancarkan terhadap content farm ni tadi. Dengan adanya sistem +1 ni, hanya link yang betul-betul berguna sahaja akan mendapat undian dan mendapat tempat yang lebih baik dalam SERP. Aku rasa bila nilai social sharing ni diambil pakai sepenuhnya, PageRank akan dilupakan.

24 Comments