GINTELL De’ Space UFO Buat Saya Nak Beli Kerusi Urut Sendiri

Reading Time: 2 minutes

Saya selalu terfikir, best sangat ke kerusi urut ni? Jadi last weekend saya test sendiri kerusi urut GINTELL De’ Space UFO di Pavillion KL. Sekarang ni mereka ada buat roadshow di shopping mall terkemuka sekitar Lembah Klang.

Saya cuba model GINTELL De’ Space UFO. Amazing. Duduk dalam kerusi ni macam duduk dalam space shuttle nak pergi ke bulan. haha.

GINTELL De’ Space UFO ni adalah model terbaru mereka yang paling canggih. Ada pelbagai mod urutan dan lepas pilih salah satu mod, kerusi ni akan lakukan analisis dahulu tentang tubuh badan anda dengan menggunakan I-Sensing System.

Ini untuk memberikan urutan yang bersesuaian dengan tubuh badan anda sebab setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza.

Bila urutan dimulakan, terus lupa yang saya ni kat tengah-tengah centre court Pavillion KL. Urutan yang memang power dan menyeluruh. Satu kelebihan utama kerusi urut De’ Space UFO ni ialah teknologi Aero-V Trek dengan Quad Roller Balls yang mampu mengurut dari leher hingga peha. Betul-betul rasa macam orang urut. Habis hilang stress dan tekanan kat bahu dan belakang badan saya ni.

Dengan 360° Air Calf Massage lenguh-lenguh kaki lepas jogging pagi tu terus ok. Coverage urutan memang menyeluruh pada betis kaki, sesuai untuk orang yang aktif bersenam macam saya.

Everytime lepas jogging, memang lenguh kaki. Kalau lari jauh sikit tu, 2-3 hari baru recover. Alangkah bagusnya kalau ada kerusi urut GINTELL ni. Nak bawa balik kerusi ni boleh tak?

Kerusi urut GINTELL DéSpace UFO ni boleh dibeli dengan ansuran 36 bulan sebanyak RM610.77 sebulan. Full price RM21,988.

Sempena Hari Ibu Bapa bulan ni, GINTELL ada promosi buy one free one untuk kerusi urut yang lain. Check them out. Kerusi urut untuk pakej buy one free one ni bermula dari harga RM4988 sahaja.

Berbaloi sangat kalau beli sekarang. Ini peluang anda untuk berbakti pada ibu anda dan pada masa yang sama memiliki kerusi urut GINTELL. Beli satu untuk rumah and satu lagi untuk mak ayah. Ok la kan.

Bila duduk dalam kerusi urut ni rasa macam tak nak keluar. Korang kena try sendiri. Weekend ni pergilah cari roadshow mereka di shopping mall berdekatan dan cuba sendiri kerusi urut ni.

Selain daripada tu, boleh layari laman web GINTELL untuk maklumat lanjut.


Posted

in

by

Comments

2 responses to “GINTELL De’ Space UFO Buat Saya Nak Beli Kerusi Urut Sendiri”

  1. akubiomed Avatar

    Macam kerusi memandu jet pejuang. :)

  2. Asyraf Asri Avatar

    Macam kerusi Business class by Malaysia Airlines. huhuh ..