GengBlogger Banner Contest

Mungkin ramai yang dah pernah tengok banner ni, aku buat masa nak submit entri untuk pertandingan cipta tagline GengBlogger (dan menang). Aku rasa banner ni cantik dan layak untuk dipertandingkan tapi tak mencabar lah macam tu kan. Jadi aku buat beberapa versi lain lagi dengan mengekalkan konsep, tema dan warna. Versi lain banner ni mungkin sesuai digunakan di beberapa tempat lain contohnya sidebar, footer dan sebagainya (ikut kreativiti anda).

Warna adalah warna original diambil dari banner GengBlogger yang telah disediakan. Terus terang aku cakap, warna perlu dikekalkan terutamanya warna perkataan ‘blogger’ tu. Warna tu melambangkan kepelbagaian komuniti di GengBlogger. Kepelbagaian ni merangkumi semua, blogger, blog, umur, tempat tinggal, cara berfikir, latar belakang dan sebagainya.

Banner-banner ni belum release kepada awam lagi, sebab tu kena letak trademark. Rasanya ramai lagi geng-geng yang berbakat kat luar tu, so all the best la kepada peserta yang lain.

Banner GengBlogger V1

Size: 500 x 114


10 thoughts on “GengBlogger Banner Contest