[CASE CLOSED. COMMENT SECTION CLOSED. HARAP BENDA NI TAK BERULANG & THINGS WILL GET TO NORMAL ]
Entri kali ni bersifat kebencian kerana aku benci sesetengah ahli Geng Blogger yang manipulate GengBlogger.com untuk dapat trafik mudah dan paksa orang klik link Dapatwang dia. Dulu aku dah pernah ‘sound’ manusia ni sebab dia dok sibuk advertise link Dapatwang dalam forum Geng Blogger, melenting habis dia. Macam biasa keluarlah tuduhan Melayu tak suppot Melayu la, siap cakap kalau dia buat macam tu kat forum orang Cina diorang tak kisah pun. Kalau tak kisah, pergi la buat kat sana kan. Apa-apa pun pasal tu dah settle dah, dia dah stop buat yang tu tapi baru ni dia dah start buat hal balik.
Apa masalah yang dia buat sekarang?
Dulu kat GengBlogger.com tu boleh ping satu blog sorang jer. Lepas tu bila ramai orang request mintak boleh ping banyak blog untuk satu akaun, admin buat. Tapi bila sampai orang dah start buat satu blog sampah semata-mata nak ping entri dia dua kali kat GengBlogger.com tu, memang dah tahap melampau la. Modus operandi dia macam ni:
- Dia ping entri baru kat blog utama dia.
- The next day, publish tajuk sama dalam blog sampah tu, lepas tu suruh orang klik link untuk pergi ke entri asal kat blog utama dia. Kononnya kalau ping next day orang tak perasan la.
- Bila orang klik link kat blog sampah dia tu, akan keluar pop up Dapatwang. Untuk orang yang dah lama fed up dengan pop up widgeo, mesti hangin kalau terkena macam ni sebab dengan terang dan nyata pemilik blog tu paksa orang klik link Dapatwang dia.
Aku dah lama perasan manusia ni buat benda tak senonoh macam ni. Susah la. Inilah jadinya kalau buat blog semata-mata nak buat duit cepat. Tak salah kalau kita buat blog dengan motivasi nak buat duit pada cemasa yang sama, tapi tak bolehlah sampai menggadaikan moral pulak. Bila moral dah tergadai macam ni dah layak la kot dipanggil keji.
Punca masalah ni senang je. Blogger tu anonymous, dia guna nama samaran. Sampaikan Facebook akaun dia pun dia guna nama blog dia. Bila anonymous, tak guna nama sendiri dia boleh dengan sesedap hati buat perangai buruk tanpa perlu fikir nama dia nanti busuk ke tak. Baling batu sembunyi tangan. Cuba jadi jantan sikit, guna nama sendiri. Tunjuk rupa kau yang sebenar & guna nama sebenar kau dalam forum. Tengok berani ke tak kau nak kecoh-kecoh dalam forum tu. Ramai dah bagi tau aku secara diam-diam yang budak tu memang ‘kecoh’ tak tentu pasal sikit dan tak hormat orang lain langsung. Kalau dah berforum ni, benda yang paling penting sekali ialah hormat orang lain. Tak semestinya kat alam maya ni, budi bahasa boleh dilupakan.
Mungkin aku rasa dia tu masih budak-budak lagi, mungkin budak yang belum baligh barangkali. Yelah, perangai pun sebijik macam budak-budak belum sunat. Kalau ya budak-budak, aku minta maaf la dengan teguran yang macam ni. Tapi kalau bukan macam mana? Cuba bayangkan pulak, dengan perangai buruk dia macam tu, kalau dia adalah seorang yang berumur 19 tahun di dalam dunia sebenar? Macam mana hidup dia agaknya ye? Macam mana layanan dia terhadap mak bapak dia? Masih kurang ajar macam tu ke? Budak 19 tahun yang berperangai macam budak belum sunat.. Hm.. susah tu.
Apa-apa pun aku tegur ni sebab tak nak la tengok orang manipulate Geng Blogger tu. Aku tau korang ni semua bijak pandai, ada siap dapat straight A SPM lagi tapi jangan la buat benda yang nak kaut untung cepat macam ni. Cuba bayangkan kalau 1000 lagi ahli Geng Blogger buat benda tak senonoh macam ni, confirm lama-lama orang dah fed up lepak situ sebab asyik ping benda sama je. Bila orang fed up lepak situ, dah takde orang lagi nak baca entri yang di ping, lepas tu komuniti tu mati macam tu je. Itu yang kita tak nak. Jadi eloklah kita sama-sama jaga komuniti Geng Blogger tu sebab aku tau semua orang dapat benefit dari situ.
Yang benar,
Ariff Shah
Admin
Geng Blogger – Komuniti Blogger Anda
p/s: Kalau ada kekejian lain, laporkan di gengblogger[at] yahoo.com
Saya tak berapa paham.
Dia ada dua blog – and dua-dua pun publish entry yang sama ekk ?
Confuse jap.
.-= Cerita terbaru Sakira.. SakiraLicious – Blog Lucah ? =-.
Yup. Macam tulah kesnya~
Salam bro.
Entri yang mantap.
Susah kalau ada yang jenis main langgar ikut suka. Lepas tu cakap tak serupa bikin.
Gengblogger pun sekarang dah lain macam. Tak meriah macam awal dulu walaupun time tu belum ramai yang join.
Rilek-rilek dahlah, benda boleh setel, kasi setel elok-elok.
p/s: Mod kena rajin sapu sampah kat GB. Dah betimbun tu.
Itulah. Memang nak sapu, cuma ada benda2 lain yang lebih penting perlu didevelop. Bab sapu sampah tu tangguh2 dulu pun takde hal sangat. Apa-apa pun nanti aku bincang ngan boss
SILA BACA http://gengblogger.com/thread.php?t=1245
.-= Cerita terbaru bom321.. Rakaman Video Pemuda Mati Tercekik Plastik Ganja! =-.
people do that for the sake of money. Of course there are desperation until to a limit where they tend to keep norms aside, which is kinda wrong to us.
patutlah..pernah dpt shout drp bom tu..tp xingt masuk ke tak..
sekarang ni ramai yg berblog semata untuk duit kan?aduii
BTW, memang ko ke admin GB?
.-= Cerita terbaru chekgu naman.. Apa Yang Lelaki Boleh Buat Perempuan Pun Boleh Juga! =-.
aku berblog jgn tuduh sebarangan :)
.-= Cerita terbaru bom321.. Rakaman Video Pemuda Mati Tercekik Plastik Ganja! =-.
ariff…blog ko , ko punya suka nk tulis ape…hahahaha
penyakit hati ni susah nak ubat
dia sakit bernanah kalau tengok orang lain tolong orang lain
kalau buat kecoh tak pekdah, tak pe
gengblogger bukan saja di baca oleh ahli forum
tetapi ada orang yg tidak berdaftar pun
( ini adala fakta , orang tersebut mengakui )
kita boleh kata kita ‘baik’
tapi kita tak boleh halang orang untuk anggap sebaliknya
kadang2 nak juga tengok orang yang hebat2 tu memberikan maklumbalas di forum
tetapi……………..nan adoooooo
sabarlah hati, itu saja yang kita mampu buat
nak ubah orang…. dah jadi buluh bolehkah dilentur?
.-= Cerita terbaru Kujie.. Kau Kata Gula Itu Manis, Adakah Semanis Kenangan Ini =-.
“penyakit hati ni susah nak ubat
dia sakit bernanah kalau tengok orang lain tolong orang lain”
apa maksud kujie?
.-= Cerita terbaru bom321.. Rakaman Video Pemuda Mati Tercekik Plastik Ganja! =-.
xfhm ar sal teknik keji tu..but teknik tu ar nak kasi duit kat diorang
Ringkasan: Jangan buat blog banyak2 supaya boleh ping entri yang sama banyak kali. Memang boleh buat 1000 blog, lepas tu copy paste tajuk entri kat blog2 lain tu, tapi kat content kasi link suruh orang klik pegi blog asal untuk baca entri sebenar. Boleh buat, tapi salah.
Memang bengkek!!! grrr…
.-= Cerita terbaru zik.. Hentian Puduraya ditutup 19 Mac ini! =-.
kalo dptwang cancelkan jela akaun drng…
kn sng.msuk dalam TOS
.-= Cerita terbaru Scromix.. Selamat Kembali Scromix & Pengajaran Daripada Raja Lawak 4 =-.
Dah cadangkan kat boss. Kita tengok macam mana nanti
dah2 .. jgn sebab blog bergaduh2 .. mcm komen2 dah haku baca kat entry.. ada juga yg cuba jadi batu api.. try setel cara baik .. blogging bukan tempat nak bergaduh..
duit punya pasal bro… suma boleh jadi
Salam, duit tak jadi masalah kat sini, niat aku takda pun nak sgt dengan duit kecik tu, tapi nak orang tgk entri aku, jangan nak tuduh orang sebarangan pesan tu :)
.-= Cerita terbaru bom321.. Rakaman Video Pemuda Mati Tercekik Plastik Ganja! =-.
banned banned
da lama xmelepak kat sana
mgkin sebab da banyak benda yg ngarut kot
huhu
.-= Cerita terbaru joegrimjow.. memori buah katak puru =-.
GB is the best..dah2,jgn gadoh2 sesame blogger.benda ni blh dperbetulkan oleh org yg bkenaan..sekian..
:)
.-= Cerita terbaru bom321.. Rakaman Video Pemuda Mati Tercekik Plastik Ganja! =-.
duit menyebabkan manusia buat smting tnpa fkr pnjg bro..tmbh2 skrg nie zmn yg prlukan duit..tp sbr2 bro..
btw, aku bru tau bro ariff admin GB..smoga GB trus maju & dapat majukan industri blog di malaysia..
Salam, duit tak jadi masalah kat sini, niat aku takda pun nak sgt dengan duit kecik tu, tapi nak orang tgk entri aku, jangan nak tuduh orang sebarangan, pesan awal tu :)
.-= Cerita terbaru bom321.. Rakaman Video Pemuda Mati Tercekik Plastik Ganja! =-.