Geng Blogger – Kita Boleh Bernafas Untuk Seketika

Mungkin sekarang cukup untuk aku katakan yang penyangak yang kacau Geng Blogger tu telah di ban seumur hidup. Apa-apa pun kita masih pada tahap berjaga-jaga. Ya, nak bangunkan web komuniti daripada 0 tak senang. Mungkin orang tanya kenapa aku emo sangat dengan Geng Blogger.. Mana tak emo, first sekali sebab Geng Blogger punya age lebih kurang je ngan blog aku. Sejak join Geng Blogger, sejak itulah blog aku makin berkembang. Umur blog Ben Ashaari pun lebih kurang sama je umur ngan blog.ariff ni. Haha~

Lepas tu, aku pulak menang pertandingan cipta tagline, jadi kalau Geng Blogger ni sampai mati ada dan tak berubah fungsi dia, maka sampai matilah tagline ciptaan aku tu melekat kat Geng Blogger. Sekarang, kita dah ada cara lain nak tinggalkan kesan sejarah kita untuk tatapan masa hadapan. Geng Blogger tu dicipta untuk blogger anak-anak Malaysia yang tak segan nak guna bahasa Malaysia. Ada anak Malaysia nak sangat kita panggil dia Malaysian, tapi tengok blog dia tak pernah pun nak tulis entri dalam bahasa Malaysia. Kenapa? Malu? Takut orang cakap low standard?

Dan aku dengan yakinnya cakap banyak blogger-blogger ni lebih berjaya daripada masa tak ada Geng Blogger dulu. Dari tak tahu apa-apa pasal berblogging kepada menjadi seorang blogger yang mampu berdebat dalam forum dan mampu menulis entri yang bermanfaat untuk pembaca. Even blogger hebat seperti Just Khai pun ping blog kat Geng Blogger. Cukup nak katakan impak Geng Blogger ni memang kuat.

Jadi ya, aku emo bukan sebab aku ni ada title admin je kat situ. Aku tak faham orang yang buat kacau tu, nak cari duit kasi anak makan tapi abuse habis-habisan sistem Geng Blogger supaya dia boleh dapat advantage. Jadi macam mana hasil kutipan yang dia dapat, dengan makian sumpah seranah 4000+ ahli Geng Blogger yang lain, berkat ke makanan yang anak dia makan? Hang fikir la sendiri. Malu bila orang Melayu yang beragama Islam sanggup buat kerja terkutuk macam ni.

Dari segi positifnya, developement untuk ban orang ni semua dipercepatkan dan dah siap. Reliable. Kita tak suka ban orang, tapi kalau abuser macam tu yang mengganggu user experience kat Geng Blogger, maka banning adalah jawapannya. Harap lepas ni pelesit macam ni tak wujud jagi kat Geng Blogger. Sekarang apa yang aku harapkan, ahli semua dapatlah gunakan link referral masing-masing dan invite lagi kawan-kawan blogger yang lain. Referral terbanyak dapat hadiah pengiklanan percuma selama sebulan kat Geng Blogger [Baca sini] =)

Ikhlas,

Ariff Shah
Admin
GengBlogger.com


95 thoughts on “Geng Blogger – Kita Boleh Bernafas Untuk Seketika

    • Semalam dah okay dah. Time tu admin memang dah ban dia, tapi yelah. Sentiasa ada kelemahan benda ciptaan manusia ni. Kita improve je la dari masa ke semasa.

  1. mmg siot…
    agaknya ape yg dia dpat kalo wat camtu??
    ko ban je dia, ban seumur hidup…
    kalo hebat lg, bg je dia blek ape yg dia dh wat kt GB..
    patut laa aku nk masuk GB pon takleh…
    siot giler..
    .-= Cerita terbaru mr cEro.. Lagu yang mengaktifkan amygdala =-.

    • Sekarang ni dia buat memang sebab dengki. Inilah rupa sebenar orang Melayu yang busuk hati. Dia dah tak dapat apa2, dapat kutuk maki orang adalah.
      Dah buat dah ban seumur hidup tu, tapi yelah apa yang kita buat belum tentu perfect.

    • Masalahnya nak berurusan ngan Nuffnang & Advertlets ni memang satu hal. Diorang mesti la nak investigate bla bla bla dulu baru boleh amik tindakan. Untuk advertlets, aku dah email Josh Lim semua site orang tu sebab advertlets dia dah cecah RM2000 tapi senyap jer.

  2. ade effect x klu bg id & psswrd, sbb smlm sy cuba byk kali, mcm2 id & psswrd yg sy mskkn…
    .-= Cerita terbaru jue.. PUISI: Suami vs. Isteri =-.

  3. Perkara biasa yang akan terjadi pada sesebuah laman web apabila sudah terkenal. Oleh itu, pastikan owner GB upgrade security terutamanya untuk mengelakkan DDOS ATTACK

  4. Hohh! Ko admin rupenyaa..ok then, ko ada kelebihan tu…go ahead..
    btw, byk prubahan kat blog ko ni..suke aku tgk..makin kemas..and aku mmg suke tulisan verdana drpd georgia neh…hehe…
    aku plak xde masa nak update blog lgsg…~xpelaa..
    .-= Cerita terbaru wawaa.. Bola bowling hempuk aku! =-.

    • Hoho~ Ni theme mahal~ Sehari gak la aku godek coding dia. Dan beberapa hari gakla aku testing theme ni.

  5. Patutlah tak boleh masuk semalam, kena isi nama dan password, tapi takut nak isi mcm mcm berunsur virus, pastu petang sikit buka dah boleh dah, huhuhuhu lega.

    kepada budak yg bijak pandai tu, lepas ni jgn buat mcm ni lagi kat GB, dia boleh kerja dengan company2 perisik, dapat sikit duit.
    ok,
    .-= Cerita terbaru farenova.. Law of Attraction =-.

  6. Salam Ariff,

    Patut ler aku takleh masuk GB semalam, dia bukak diwindow prompt bila aku nak masuk… huhu, jahat laknat betul sape punya keje tu…. kenapa nk ganggu komuniti orang?, huhu… Bukan ko je emo Ariff… ribuan Geng lain pun naik emo coz GB sumber trafik dia’orang yg paling kuat….

    Pasang contest GB yg invite rakan2 tu aku rasa aku tak layan kot join, tak pandai invite org, hehe…
    Peace!

    Ingat Hijau : Ingat Daus
    .-= Cerita terbaru Daus.. She-Wolf – The Last Sentinel Di TV3 =-.

  7. Bila orang Malaysia ni ada sedikit lebih ilmu dia, mula la nak buat kacau. Memang tak beretika. Memang tak tahu bersyukur. Bila dah berikan kemudahan, disalahgunakan. Memang typical Malaysian habit. Maaf kalau ada terasa, tapi itu realiti.

    Platform Gengblogger tu dah cukup cantik, khaskan kepada blogger yang menulis dalam BM. Kalau dulu aku dan blogger2 lain kena berebut-rebut dengan blogger2 lain dari negara-negara lain di Innit Nuffnang dan sebagainya, sekurang-kurangnya, untuk blog berbahasa Malaysia, ada juga platform sendiri. Walaupun entri2 aku di Gengblogger tidak mendapat trafik seperti pengguna2 Gengblogger yang lain, sedikit sebanyak membantu dalam menaikkan ranking dalam enjin carian disamping SEO. Apa yang aku boleh simpulkan, GB ni memang bagus untuk dapatkan first blog exposure ataupun immediate blog traffic daripada pengguna2 GB. Harap2 pengguna2 GB yang seterusnya lebih beretika dalam menggunakan GB.
    .-= Cerita terbaru izzat.. Boikot Barang Sweden: Sejauh Mana Tekad Kita? =-.

    • YUp. Itu tujuan asal Geng Blogger ni. Dulu takde tempat untuk blogger BM, kebanyakan orang Malaysia yang bukan Melayu bukan nak sangat pun baca blog dalam bahasa Melayu ni.

      So kita buat Geng Blogger, kasi blogger berbahasa Melayu ni tempat mereka untuk berinteraksi dan berkomuniti. Alhamdulillah semua target berjaya dicapai, tapi bila ada kaum sendiri buat bangsat, aku tak tau nak cakap apa dah. Kecewa.

  8. nafsu manusia ni memang tak pernah puas. ada je cara nak guna untuk kepentingan diri sendiri.
    mungkin si dia tu ingat gengblogger dia punya saja. Cis, walaupun aku tak paham apa itu multiple mysql injection kejadah, good job to admins sebab banned mereka-mereka itu.
    .-= Cerita terbaru FTN.. No Sweat! =-.

  9. hahaha..aku tergelak sendiri..sbb xpenah masuk lagi website geng blogger..lepas hantar thesis la baru aku nk usha website tu..
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. bertambah serabut fikiran.. =-.

  10. patutlah xleh nk msuk GB pagi td..die mntk username ngan password..pelik sangat..siap tny kat encik mimpi lagi kot2 die tau..cek emel kot2 ade username ngan passwordnye emel..rupe2nye ini yg jd..walaupon xbpe paham n bru lg dlm blog2 ni,tp rse sedeh gak klu GB xde..sush la nk jalan2 tgk blog org..=))

    jengukla blog sy…

  11. terkejut sbb td nk masuk GB tk leh. rumah yea ade org kacau2. fuhhhh! selamat. harap2 tak ada yg kacau2 mcm td. mati2 ingt GB dh tade. T____T
    .-= Cerita terbaru maisyara.. Mimpi indah jadi pelik. lebih pelik blogger lain sesat masuk dalam mimpi aku ni. =-.

    • Ish. takkan la senang sangat GB takde. Biaselah tu, kalau nak bangunkan web ni mesti orang akan amik kesempatan terhadap apa-apa kelemahan untuk kepentingan diorang

  12. Ariff…aku selalu doakan agar ko pun tidak diabuse pada masa akan datang.. hehehe.. gurau bro….
    .-= Cerita terbaru TycoBlogger.. PERCUMA: Hantar SMS PERCUMA =-.

  13. nila tak dapat masuk tadi memang terus pk pasal abuser. dengar kata orang yg sama yang buat kerja keji ni. aduhai. susah betul kalau ada orang macam ini, buat hal bukan sekali malah dah dua kali. kalau akali ketiga dia buat jugak perlu disaman terus agaknya. haish
    .-= Cerita terbaru nursarah.. no sweat =-.

    • multiple mysql injection atau sesuatu yang seperti itu, aku tak faham sangat bahasa coder nih sumer. Tapi apa yang aku faham benda tu macam refresh beribu kali dalam masa yang singkat la

      • Refresh banyak kali? DDOS namanya, selalunya kalau kena DDOS ni, wbsite akan down terus. Aku tahu dari pengalaman aku sendiri sebab aku sendiri adalah admin kepada satu forum ni, tahun 2009 kalau tak silap, kemuncak DDOS yang kami terima.. tiap-tiap hari selama sebulan.. memang buat sakit kepala… =.=”
        .-= Cerita terbaru Jake Hays.. Layakkah ‘Dara’ wanita di Persoalkan? =-.