Skip to Content

Geng Blogger – Kita Boleh Bernafas Untuk Seketika

Geng BloggerMungkin sekarang cukup untuk aku katakan yang penyangak yang kacau Geng Blogger tu telah di ban seumur hidup. Apa-apa pun kita masih pada tahap berjaga-jaga. Ya, nak bangunkan web komuniti daripada 0 tak senang. Mungkin orang tanya kenapa aku emo sangat dengan Geng Blogger.. Mana tak emo, first sekali sebab Geng Blogger punya age lebih kurang je ngan blog aku. Sejak join Geng Blogger, sejak itulah blog aku makin berkembang. Umur blog Ben Ashaari pun lebih kurang sama je umur ngan blog.ariff ni. Haha~

Lepas tu, aku pulak menang pertandingan cipta tagline, jadi kalau Geng Blogger ni sampai mati ada dan tak berubah fungsi dia, maka sampai matilah tagline ciptaan aku tu melekat kat Geng Blogger. Sekarang, kita dah ada cara lain nak tinggalkan kesan sejarah kita untuk tatapan masa hadapan. Geng Blogger tu dicipta untuk blogger anak-anak Malaysia yang tak segan nak guna bahasa Malaysia. Ada anak Malaysia nak sangat kita panggil dia Malaysian, tapi tengok blog dia tak pernah pun nak tulis entri dalam bahasa Malaysia. Kenapa? Malu? Takut orang cakap low standard?

Dan aku dengan yakinnya cakap banyak blogger-blogger ni lebih berjaya daripada masa tak ada Geng Blogger dulu. Dari tak tahu apa-apa pasal berblogging kepada menjadi seorang blogger yang mampu berdebat dalam forum dan mampu menulis entri yang bermanfaat untuk pembaca. Even blogger hebat seperti Just Khai pun ping blog kat Geng Blogger. Cukup nak katakan impak Geng Blogger ni memang kuat.

Jadi ya, aku emo bukan sebab aku ni ada title admin je kat situ. Aku tak faham orang yang buat kacau tu, nak cari duit kasi anak makan tapi abuse habis-habisan sistem Geng Blogger supaya dia boleh dapat advantage. Jadi macam mana hasil kutipan yang dia dapat, dengan makian sumpah seranah 4000+ ahli Geng Blogger yang lain, berkat ke makanan yang anak dia makan? Hang fikir la sendiri. Malu bila orang Melayu yang beragama Islam sanggup buat kerja terkutuk macam ni.

Dari segi positifnya, developement untuk ban orang ni semua dipercepatkan dan dah siap. Reliable. Kita tak suka ban orang, tapi kalau abuser macam tu yang mengganggu user experience kat Geng Blogger, maka banning adalah jawapannya. Harap lepas ni pelesit macam ni tak wujud jagi kat Geng Blogger. Sekarang apa yang aku harapkan, ahli semua dapatlah gunakan link referral masing-masing dan invite lagi kawan-kawan blogger yang lain. Referral terbanyak dapat hadiah pengiklanan percuma selama sebulan kat Geng Blogger [Baca sini] =)

Ikhlas,

Ariff Shah
Admin
GengBlogger.com

Related Posts with Thumbnails


93 Responses to “Geng Blogger – Kita Boleh Bernafas Untuk Seketika” Leave a reply ›

  • PErnah jugak masuk GB ada masalah, tapi tak pernah maki sebab GB dah banyak bantu dari segi trafik percuma...kalau ditakdirkan GB berbayar, terpaksala lunaskan ...harap-harap toksahlah...hehe
    Cerita terbaru rashid.. (Kongsi) Malas, Malas, Malasnya Aku.My ComLuv Profile

  • nak tny,td pagi leh msuk GB..tp la ni die suh sabar2 nak check coding..xphmla..kene sabar tu mean tggu lg shari 2 ke..
    Cerita terbaru shida.. ISTILAH YG MASIH TAK DIFAHAMI DALAM DUNIA BLOG: SESAPE LEH BAGI DEFINISI??? My ComLuv Profile

  • apa boley buat, itulah kebenaran dunia ICT..ada sahaja vulnerabilities, lebih-lebih lagi yang guna database..tapi sepatutnya gengblogger sebagai laman web yang faymous menggunakan sistem Content Delivery Network..jadi jika kalau laman di server 1 down, ada berpuluh server lain yang masih elok..

    apa-apapun, pihak pengurusan GB perlu mengambil perisitwa ini sebagai salah satu langkah untuk menghadkan penggunaan syntax-syntax tertentu di URL dan field GB itu sendiri.
    Cerita terbaru Omar.. Keputusan Tawaran Hosting dan Domain – PERCUMA My ComLuv Profile

    • Eh. CDN bukan macam tu la. Kalau main server down, semua down. CDN ni dia tarik image file, video, audio tapi bukan database. Content sahaja. Maksudnya kalau main server takde, tak boleh la log in sume.

      CDN bagus untuk website yang banyak gambar dan segala macam benda yang aku cakap tu.

      Bercakap berdasarkan pengalaman..

  • Salam kenal Ariff,

    thanks for this entry. i memang blur betul masa tak boleh nak log in tu. ingatkan dah tukar sistem ke ape.

    harap2 lepas ni semua ok.

    Cheers!
    Cerita terbaru Nia.. Apa nak jawab kalau org kata-Harap-harap la anak u tak ikut macam u My ComLuv Profile

  • err, saya tulis entry dlm bahasaa inggeris dan juga kadang2 bm... bukan malu or low standard just utk belajar menulis dalam bahasa tu.. saya ni dah student uni kan so saya akui BI saya mmg lemah... huhu so tu je la cara since sya ni mmg jarang lah ckp BI ngan kawan2.,hhehe... apa lagi membaca suratkabar ke.. huhu.. so hrp2 ariff jgn la ckp mcm tu ek.. huh terasa aku.. hahha... :) baru nak join geng blogger tp yg tulis bi xleh ke? huhuhu

    • Eh tak. Tak ditujukan kepada awak tapi kepada golongan yang lebih besar bilangan dia. Kan saya cakap orang Malaysia (Melayu Cina India). Ada diantara mereka ni, cakap dalam dunia seharian nak guna Bahasa Inggeris dan bahasa mereka, blog pun nak guna bahasa Inggeris..

      Tak nak hurai lebih-lebih. Ni kena maklum sendiri la situasi dalam negara kita sendiri.

1 ... 6 7 8

Leave a Reply

CommentLuv Enabled