Gejala Seks Di Kalangan Remaja Melayu – Mana Silapnya?

Ok kita apa yang kita sedia maklum, punca utama sekarang adalah kemudahan untuk mendapatkan video lucah di internet. Itu kita tak boleh bendung. Blocklah macam mana pun, akan tetap ada cara lain untuk remaja-remaja ni mendapatkan video lucah. Ini punca utama yang kita tak boleh sangkal.

Punca pengaruh rakan sebaya. Lagi satu punca universal. Konteks dia masih sama seperti yang di atas ni, ‘terpengaruh’. Jadi kita tak perlu bincang sangat bab pengaruh ni sebab terlalu banyak dan semua orang dah sedia maklum.

Sekarang pecah kepada dua pulak, antara remaja di bandar dan kampung. Kadar dia sama sahaja, mungkin dibandar lebih teruk kerana sikap keterbukaan yang semakin mengikut budaya barat, tetapi remaja dikampung tidak kurang juga hebatnya. Macam mana remaja Melayu Islam ni boleh terjebak dengan aktiviti seks ni semua?

Remaja di Kampung

  1. Hidup tak senang sangat, ibu bapa kerja siang malam. Anak-anak tak terjaga, hidup bebas. Bila macam ni, mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Ibu bapa kena kerja keras cari makan –> faktor ekonomi.
  2. Ibu bapa yang acuh tak acuh menjaga anak-anak. Yang ni biasa gak. Ikut pengalaman aku, orang kampung suka ‘lepaskan’ anak nak buat apa sahaja, sedari kecil. Anak-anak merayau entah ke mana-mana diorang langsung tak tau. Yang penting dia balik, makan, tidur kat rumah, cukup. Lagi sekali hidup anak-anak muda ni bebas, mudah terpengaruh dengan kawan-kawan. –> faktor ibu bapa sendiri yang tidak menjalankan tanggungjawab parenting dengan betul dan berkesan.
  3. Jahil, bodoh dan tidak bertanggungjawab. Bukan ditujukan kepada semua anak muda yang tinggal di kampung, tetapi kepada segelintir yang bermasalah ni. Kadangkala mereka tida dididik oleh ibu bapa tentang perkara-perkara macam tanggungjawab ni. Mereka tidak dididik untuk berfikir sendiri tentang baik buruk tindakan mereka. Yang mereka tau, bersuka ria sahaja.  –> faktor kehidupan bebas, takde sekatan/kawalan. Lagi sekali ibu bapa yang jadi punca sebab gagal mendidik anak-anak.

Ok tiga poin je aku kasi. Tak nak la buat macam tesis. Pertama, faktor ekonomi. Jadi itu salah kerajaan. Antara kampung dengan bandar, masih ada jurang taraf kehidupan dia. Kena kaji balik. Dua lagi poin menuding jari ke arah ibu bapa atau lebih universal, institusi kekeluargaan di kampung itu sendiri. Selalu terdengar pasal video 3gp lucah anak imam, bilal, tok kadi you name it. haha~ Kalau pun ibu bapa alim ulamak, tapi anak dibiarkan hidup bebas, silap jugak tu.

brought to you by


Remaja di Bandar

  1. Remaja bergaul bebas terpengaruh dengan budaya dan cara hidup mat saleh. Pada mereka seks adalah normal. –> faktor gaya hidup & lemah pegangan agama.
  2. Ibu bapa yang berfikiran bebas. Yes, ada sesetangah ibu bapa di bandar tidak kisah dengan kelakuan anak-anak mereka. Mereka terlalu open minded. –> gaya hidup.
  3. Ibu bapa terlalu sibuk bekerja. Di bandar, majoriti kedua-dua ibu bapa bekerja untuk menyara hidup. Anak-anak mendapat kebebasan untuk melakukan apa sahaja. –> faktor ekonomi.

Gaya hidup yang lebih terbuka di bandar, konon-konon berfikiran terbuka, bak kata mat saleh, open minded menyebabkan remaja Melayu Islam terlibat dalam gejala seks luar nikah ini.

***

Antara kesimpulan yang aku boleh buat untuk kedua-dua situasi ni supaya kita boleh bendung atau sekurang-kurangnya kawal gejala ni daripada menjadi lebih parah atau lebih teruk terjadi dalam keluarga kita sendiri:

  • Perlunya ada institusi kekeluargaan yang kukuh. Dari situ moraliti, rasionaliti, pegangan agama yang kukuh dan sense of responsibility dapat dipupuk. Bila anak muda takde kualiti-kualiti penting ni, hidup mereka mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu. Mereka mahukan keseronokan dan keseronokan itu datang dalam pelbagai bentuk.
  • Ekonomi negara yang lebih baik menjamin hidup yang lebih berkualiti. Rakyat hidup dengan lebih sejahtera, institusi kekeluargaan akan menjadi lebih kukuh.
  • Kita simpulkan lagi sekali (boleh pulak macam tu.. haha), tak boleh menuding jari ke arah anak muda yang belum cukup matang yang hormonnya tengah membuak-buak dan sentiasa inginkan keseronokan.  Kena tengok macam mana ibu bapa mendidik anak-anak mereka. Ingat, anak ni umpama kain putih masa lahir. Kalau kita tak corakkan dia, kasi dia corakkan sendiri, boleh porak-peranda jadinya.

Sekarang korang punya turn pulak. Apa aku tulis ni bukan penyelesaian total just hujah, huraian dan pandangan aku sahaja. Pernah hidup di kampung. Mungkin kat tempat korang berbeza. Setuju? Tak setuju? Apa-apa pun luahkan aje.

34 Comments

  • Wan Eyla

    17 August, 2010 at 4:57 pm

    alaa…bdk2 kmpung yg buat cmtu sbb culture shock..ikut pngalaman laa,ade sorg knln i dlu sekolah agama dan asal dari kmpung so x brgaul dgn lelaki,bila dpt lnjutkan plajaran baru die nampak dunia luar..time tu r baru start die punye ragam..

  • muslimat

    23 June, 2010 at 8:51 pm

    salam,kite nie manusia hanya nk m’cari keseronokan tp lupe yg ia hanya sementara sje.d’mana slapnye pd sye ibubpe dlu yg harus dsalahkn..bkn niat nk menunding jari pd org yg sdh besarkn mrk tp jika dr awal lg sudah biarkn anak bebas kesana kemari…tidak jge solattnye,kelakuannya,adabnya..sudah tntu liar jdnye bdk itu..Ingatnk jd ibu yg plg “sporting”tp malang jd ibubpe yg ‘Spoil’ akhirnya..Anak gadis dibiar berdua kluar jgn si mamat,pkaiannye apatah lg..Sedarlah ibubpe bangun,sedar anda ada hak yg x blh diwakili oeh org lain.’mashaallah’

  • nur

    22 June, 2010 at 5:39 pm

    remaja mudah trpengaruh dgn kwn2 mrupakn punca yg pling utma,sbb 2 dlm pmilihan kwn,remaja prlu brjga2.keluarga mrupakn 0rang yg pnting tuk mmbentuk remaja,c0nt0hnye,fmily tngl di perak,kkak n abg brkeje di KL n duk srumah,lps study,pgi dduk dgn akak n abg,akak n abg plak jnis trlalu 0pen minded,slalu bwk pkwe mkwe blik umh…s0..adk yg pgi tngl kt umh 2..akn trpngaruh…sy ad bukti tuk knyataan nie..lgpn..didikn 2 mmg perlu..n perhatian prlu tuk remaja nie…lgpn..mreka trlalu mngikut nfsu n pkir mse muda niela de0rg blh enj0y..tmbh lg..ad yg bg sk0ngan…mkin brsr0n0kla mreka..wlaupn dye tau d0sa phla.

  • mijie

    21 June, 2010 at 7:12 pm

    kalau dulu pada tahun 1990 an tak banyak kes2 sebegini berlaku dan bila di imbas kembali, antara faktornya ialah HIBURAN dan perkembangan arus teknologi

    kalau 90 dulu, kita terdidik oleh ibu bapa dengan secukupnya, hiburan hanya tv1,2,3 astro pun masih baru

    tapi cuba lihat sekarang macam mana? walaupun kita tak boleh nak persalahkan 100% terhadap hiburan dan perkembangan arus teknologi tetapi sedikit sebanyak ianya sudah menjadi pengaruh tentang perubahan sikap remaja..

    apa yang penting ialah JATI DIRI

  • fina fento

    21 June, 2010 at 1:54 pm

    tengok sapa idola diorang, apa amalan diorang tiap – tiap malam.
    dulu ada jugak dengar idola nabi muhammad saw, tiap – tiap malam baca al-quran. sekarang? idola kalau tak artis tak best ah, malam – malam kalau tak g outing, hang out ngn kengkawan, pegi kelab, tak remaja lah.
    lagi satu, sumber rezeki yang masuk ke mulut, perut dan keseluruhan proses sampailah segala isi perut dikeluarkan semula. dari mana? kita adalah apa yang kita makan. walau sepuluh sen, kalau niat tu rasuah, tetap rasuah.
    tu sebahagian dari faktor rasanya.

    wallahualam…kalau salah tolong betulkan.

  • Fitrihadi.com

    21 June, 2010 at 1:26 pm

    mungkin disebabkan dunia sekarang dah takde sempadan, segalanya terbentang depan mata (internet) jadi remaja ambil mudah hal pergaulan bebas.. bila dah takde jagaan dari ibubapa mulalah diorang nak jadi macam ibubapa..faham-faham lah kan.. kalau nak kata puncanya dari barat boleh kan sebab diorang yang bagi pendedahan melalui TV, internet, dan filem??

    apa-apa pun still kena salahkan pelaku tu sebab kuasa perubahan terletak dalam tangan diorang.

    menarik artikel ni..

  • haida

    21 June, 2010 at 12:50 pm

    Kesalahan itu bukan 100% hanya terletak pada ibu bapa sahaja jike remaja itu sendiri tak rasa nak memperbaiki diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik…INSAF lah wahai kawan-kawanku…KASIHANILAH pada bayi-bayi yang tak berdosa tu…

  • Zaki Helmi

    21 June, 2010 at 8:56 am

    Kawan baik aku pernah pesan, kalau terfikir nak buat benda tak elok ni pun, cuba fikir kalau kena dekat adik, kakak atau ahli keluarga kita sendiri. Dan yg paling penting, cuba fikir kan nasib kita nanti bila dah berkeluarga. Banyak masalah yg akan timbul di kemudian hari. Kita pun tak nak nanti anak-anak kita dapat teladan yg tak elok.

  • Hazzy

    21 June, 2010 at 8:07 am

    family ku selalu pesan ni
    buat apa pun pikir dulu dan jangan jatuhkan maruah keluarga
    dan ku rasa hormat dengan ibu bapa tu penting,
    kalau dengan ibu bapa pun tak hormat macam mana remaja nak hormat diri sendiri

    With Love,
    HazzySuperb

  • Intan

    21 June, 2010 at 3:55 am

    Salam Ariff.

    Mmg mengucap panjang bila k.intan baca artikel tu…boleh pulak depa ni kata “rasa tak bersalah and dah tua nanti lah bertaubat”…sedih dan marah pon ada nie :(

    Bagi k.intan walau secetek mana pon agama yg ada pada diri masing2, sepatutnya dah boleh membezakan “halal & haram, baik & buruk” nya sesuatu tindakan mereka itu. Bila ini di ketepikan dan hawa nafsu yg menjadi “tiang utama” maka makin rosak lah “rakyat” kita di masa akan datang.

    Rasa dah macam dok kat US lah pulak ye! Bangga nya mereka bila menyebut “tua nanti baru bertaubat”….kompom sangat ke hidup mereka panjang lagi, kalo besok ditakdirkan mereka “pergi” bertemu Pencipta Nya…fikir-fikirkan lah wahai anak muda.

    Ibu bapa zaman skrg nie pon byk yg mengabaikan anak2 coz semua nak cari duit. YES, duit mmg perlu dlm hidup di zaman sekarang tapi itu tidak boleh di jadikan alasan utk tidak “mendengar/melihat” anak-anak kita setiap hari. Bila anak2 mempunyai masalah, mereka tiada tpt utk mengadu dan yg sanggup utk mendengarnya ialah “kawan-kawan”…kalo dapat kawan yg baik, alhamdulillah but bila dapat kawan yg “dot dot dot”…

    Kesimpulan nya…dua-dua salah!

    1) Anak itu sendiri-Dah besar panjang dan dah boleh fikir mana baik mana buruk…so why must you salut kan diri you dengan membuat dosa sedangkan dah tahu agama melarangnya. Alasan-alasan seperti jiwa muda, nafsu memberontak…ooo come on lah…that is so ridiculous okeh! Banyak cara untuk mengelak kan dan menjauhi dari perbuatan terkutuk itu. Ada yg tergamak membuang bayi yg baru lahir…manusia ka itu! That is 1st degree murder and the worst of all! Anak kecil yg tidak berdosa menjadi mangsa akibat hawa nafsu…menitis air mata melihatkan nasib anak2 kecil ini di buang bagaikan sampah sarap :(

    2) Ibu bapa mereka-Pantau, dengar, berbicara, sayangi dan “berkawan” lah dengan anak-anak kita walau sesibuk mana sekalipon kita. Kerana bila kita yg menjadi “kawan” yg terbaik kepada anak-anak kita, insya’Allah masalah ini dapat dijauhkan. Dan plz plz plz…agama sangatlan penting utk di sematkan kedalam jiwa mereka dan didiklah agar mereka tahu apa akibat nya dia atas setiap tindakan /keputusan yg mereka ambil dan juga kesan nya pada diri sendiri dan juga keluarga.

    Maaf ye Ariff, terpanjang lebar lah pulak my comment nie…semoga hati kita lebih dekat kepada-Nya dan hindarilah semua yg HARAM kerana besok belum tentu lagi kita masih bernafas untuk mencium sujud di sajadah memohon keampunan nya.

  • lilacfla

    21 June, 2010 at 2:47 am

    salin-salin., esok nak buat karangan ni.

    hee

    pada saya, multifactorial..

    bermula dari didikan dan asuhan agama dari ibu bapa dan guru sampailah media, internet, pengaruh semua.

    kalau basis agama dia kuat, susahlah syaitan nak goyahkan.

    kalau agama kuat, campaklah lam perigi buta dengan megan fox pun, tak tentu nak jadi apa2. kalau agama tak berapa nak kuat, letak kat tengah puduraya pun boleh jadi.

    sebab agama itu sempurna, ia menyempurnakan manusia..

    ecewah..

  • faris_jayz

    21 June, 2010 at 1:08 am

    yeah2…aku stuju ngn pendapat ko tu…tmbh2 kt kampung skg ni…kdg2 lg trok drpd kt bndar!

    bdk2 kmpg skg da makin trok aku tgk…akhlak, pakaian and all dat…sume da rosak…

    ntah la ape nk jd~ skg ni pon dh trok…ke depan2 ntah ape la akn berlaku…

  • mr cEro

    21 June, 2010 at 12:59 am

    mak aku selalu pesan,
    ape2 pon, back to basic…
    kalo setiap individu tau definisi ‘basic’
    ianya azali..
    selagi kita berpegang kepada agama, hal2 ni takkan berlaku…

  • Iera Hajerah Azman

    21 June, 2010 at 12:36 am

    kadang kala mak bapak tegas pun budak jadi bermasalah jugak. Ada je member2 aku yang mak bapak die jaga dorang, lagi strict dari aku tp wat perangai lagi haram dari aku. Entah la, semuanya bergantung dekat anak tu sendiri weh, selain dari pergaulan. Big impact kat umor kita ni act pergaulan. Kalau member tak betol, abes ranap la.

    Dia macam ni tau. Mak kata jangan keluar malam dengan awek bla3

    kawan kata: Meh aku ajar kau menipu -lepas tu berkumpulan bersatu padu wat agenda tipu mak bapak-

    ok la, ni kire tragis sangat bab menipu. Kita amek method pengaruh paling baik la.

    kawan pakai I phone. jeles. rasa nak jugak.

    padahal mak di rumah pakai 3310 je x nak plak tiru mak pakai henset macam tu.

    skang ni faham x sms yg cube aku sampaikan? :|

    • rashid

      21 June, 2010 at 12:53 am

      benda baik tak nak ikut, tapi benda jahat nak plak ikut…semua ni bergantung pada pergaulan, yup, memang pergaulan..ketika awal remaja anak-anak memang perlu dilayan seperti kawan-kawan, kalau tak, dorang cari kawan lain..

  • SyimaSyaz

    21 June, 2010 at 12:33 am

    so far.. kwn2 bandar saya masih terkawal.kebanyakkan nye dah kawin n pakai tudung….
    Kawan2 kampung je tgk dulu… datang pakai tudung.. sekarang cam tak cukup kain…culture shock!

  • rashid

    21 June, 2010 at 12:18 am

    Memang sedih bila perkara yang berlaku dikampung-kampung…aku pun budak kampung, tapi parents aku limitkan aku berkawan dengan budak-budak yang tak betul, adik-beradik aku sume memang mak ayah aku jaga rapi, cuma bila dah terjebak dengan budak-budak yang tak betul, anak mudah memberontak..ni apa yang aku nampak dekat rumah aku a.k.a kampung…

  • Lord Zara

    21 June, 2010 at 12:14 am

    aku skang bertugas kat kawasan yang boleh kata ulu gak la~
    surprised aku bila ada student yg mengandung. budaknya baik je, kurus gitu~
    jadi masa early pregnant tak nampak~
    asyik pengsan masa perhimpunan~
    tu yg akhirnya dapat detect dia preggy~
    dengan anak warga asing yg mungkin kerja kat ladang2 dekat situ.

    sebab tu aku selalu cakap dgn student aku, kalau budak bandar nak nakal, aku tak kisah (bukan aku kata budak bandar jahat, TIDAK). tapi sana lebih terbuka dalam menerima sesuatu yg luar. ni duduk solok gila wat hal camni, macam siot ok?

    aku mula nak mengamuk je ni kang~
    haish~