Gathering Geng Blogger – Dari Besar Ke Kecil

Alhamdulillah. Gathering semalam okay, walaupun starting tu memang slow sikit. Biasalah, benda first time masing-masing baru first time jumpa. Jadi semua macam awkward habis. Aku cuba sedaya upaya nak berkenal-kenalan dengan semua orang dan walaupun sekarang ni dah banyak yang ingat-ingat lupa, harap takde yang kecik hati ngan aku la semalam. Kepada cik awek-cik awek yang aku tak sempat tegur tu, ehem.. sori ye.. bukan tak nak tapi aku ini memang segan sikit. ekeke..

Aktiviti semua okaylah. Walaupun aktiviti last minute punya perancangan thanks to bidang terjun Bro Framestone, asalkan ada untuk mengisi masa bersama dah cukup bagus. Salute you bro! Sebenarnya bukan tidak dirancang tapi itulah miscommunication sana sini so faham-faham jelah kan. Apa-apa pun thanks for all the support, kehadiran korang dah cukup bermakna untuk Geng Blogger – Komuniti Blogger Anda.

Untuk pengetahuan semua, semalam Kosmo ada datang untuk membuat liputan. ehem.. adalah abang reporter tu interview aku sikit, mewakili bahagian pentadbiran Geng Blogger. So macam biasa aku tekankan yang Geng Blogger ni bertujuan untuk mengumpulkan blogger-blogger yang menulis blog dalam bahasa Malaysia dalam satu komuniti macam sekarang ni. Itu sebab tagline yang dipilih adalah Komuniti Blogger Anda. Komuniti Geng Blogger ni adalah untuk korang semua, jadi yang buat komuniti ni berjaya atau berkembang adalah korang jugak. Admin akan menyokong selagi termampu dan kita harap benda macam ni tak stop kat sini je. So thanks a lot to Joegrimjow sebab jadi tulang belakang untuk gathering kali ni. ehem.. baju ada banyak lagi, so siapa nak boleh contact Joe. Aku rekemenkan la ahli Geng Blogger beli baju tu.

Aku share sikit gambar-gambar masa sesi perkongsian sebab aku rasa time tu takde orang amik gambar. Masing-masing kusyuk dengar. Bagus2. Aku? Aku masa tu tengah tunggu loading internet. Nasib baik kat situ line okay, cuma lembab sikit. Gambar diambil menggunakan Samsung Galaxy S yang aku dapat melalui program Maxis10. Check it out.

Supirnya tidur berdengkuran.. hehe.. jangan marah Syah gyahahahahha~

Kak Jie tekun mendengar keluhan rakyat

Darkbatman: Lu jangan cari pasal sama gua!

Masing-masing pegang kamera besar-besar Azrul Hisham, Syah, Ejam, Azizie (lagi dua seorang sila contact aku nak letak link sini)

Habis gathering, Mr Piratz pun sampai (dari Subang kot..). Sempat la berborak kejap. Aku tak taulah macam mana dia balik ke Cheras lepas tu, hujan lebat. Nak gi MidValley pun GPS tak dapat signal sangat. Dapat panggilan dari sorang lagi kawan baik Geng Blogger ni. Kesian dia.. get well soon!

Ya, lepas gathering besar kat Putrajaya tu, gathering aku belum habis. Ikut Syah ngan Ieyra lepak kat MidValley. Joegrimjow join kejap, siap belanja dessert lagi. huhu~ Oklah tu kan, nama pun boss Herbalife :P Dapat jumpa blogger full time muka calar/blur Justkhai. Bukan senang nak jumpa and lepak-lepak dengan dia ni. Orang kata Khai ni sungguh pemalu.. aww… – Khai juga adalah ahli Geng Blogger.

Posing gambar gay bersama Khai Hassan. Untuk pengetahuan semua, Khai suka makan di McD..

Lepas Midvalley pergi main bowling. Ambik ko, dua tahun tak baling bola bowling memang main baling entah ke mana. Main dua game, lepas tu lepak kat restoran mamak Nurin @ Ampang. Buat pertama kali aku layan shisha. haha.. saje je.. Melepak bersama lagi dua orang sidekick Khai memang buat aku tak mengantuk. Masa tu Syah dah tumbang atas meja. Takpe2. Aku faham kepenatan memandu itu.. (bajet..)

Gathering macam ni membuktikan sesuatu, dunia online sekarang bukan setakat dunia online je. Semalam aku buat kawan dengan ramai orang yang pada asalnya kenal melalui internet. Ada orang pandang rendah orang yang ada ramai kawan online ni, mereka cakap macam dah takde kerja lain, takde life. Kawan di alam maya ni, hanyalah ‘maya’ semata-mata tapi semalam statement ni sangatlah tak benar.

Dari gathering besar-besaran ke gathering kecil-kecilan yang tamat pada pukul 4 pagi.. Nice meeting you guys. Betul tak aku cakap pasal aku dalam entri Ada Apa Dengan Gathering Geng Blogger? Salah dan silap harap dimaafkan.

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:


72 thoughts on “Gathering Geng Blogger – Dari Besar Ke Kecil

    • betul2. tapi kalau blog ni lagi best kot. Sebab kadang2 tengok orang tu dalam blog lain, tapi dalam dunia sebenar pulak lain. Memang menarik!

  1. penah belajau kat Melaka rupanya…
    tapi ko memang handal lah bab SEO ni. aku yg dah 3 tahun berblog ni pun terkial lagi.. almaklumlah tak sekolah tinggi.. huhuhuhu

    • tinggal kat Melaka dulu lebih 10 tahun. Dah macam orang Melaka dah.

      yang SEO tu.. Cuma saya faham bahasa Inggeris lebih sikit dan faham benda-benda komputer ni, jadi senang la nak belajar teknik2 ni. Memang misi blog.ariff nak bagi seberapa banyak maklumat pasal SEO dalam bahasa Malaysia supaya orang Malaysia pun boleh gunakan teknik ni.

  2. Pingback: Gathering gengblogger Putrajaya « Blog Zool Ligakampung

    • yup, sama ngan kak ina..
      sayapun minta maaf kalau ada salah silap.
      semuapun malu nak tegur2 kan.
      maklum la baru2 kenal.
      lagi2 bila lain2 jantina.

      tapi takpe, still boleh beramah mesra thru blog kan =)
      tapi, x dapat dengar tips ariff. balik awal daa..rugi rasa.

  3. huhu.. ak tk smpat yg ni, sbb ad kt tmpt lain..
    nnti nk buat lg ke gathering ni? hehe

    sronokla dpt jumpa geng2 scra live

  4. hahahaha
    kul 4 ariff ek?
    ery kul 1am
    bersama geng2 nakal yg bising time sharing session tu
    hahaha

    isk naseb ery tego ariff
    kalo x, sampai ke sudah x bertegor :P

  5. dapat tau last minit, aritu dengar cerita buat kat KL, jadi buat tak tahu je la..

    sekali buat kat putrajaya, dekat dengan umah dah..

    tapi dah terlambat, syoknya ye!

  6. waa..bestnyer..x dpt join r..patik bz ngan studylife..hehehe

    p/s…knapa mukanya diblurkn?segan agaknyer..huahua

  7. Good job la to semua yg organize gathering smlm. Bukan senang nk kumpul ramai2 macam ni. Hope ada lagi lepas ni. Kot2 ada rezeki boleh aku join nanti. =)

  8. aku salah sorang dari yg pegang kamera tuh. tgh amik gambar anak bro fremstone. haha. thanks bro tuk tips rahsia tu. hehe

  9. Nampak keseronokan time gathering geng blogger tu . ruginya saya tak dapat join . terlepas peluang segala

  10. salam ariff.

    seronok la org di lembah kelang, dapatlah selalu gathering macam tu.

    kakchik jauh di KB nak turun pun tak berbaloi.

    kat mana buat gathering tu? nampak macam lengang dan lapang je tempat tu.

  11. Kak Jie pun lepas tu, sambung dengan mr.kay & wife kat pizza hut Cyberjaya sebelum dia org hantar Kak Jie naik ERL.

    Memang ini pun dah cukup baik sebab ini kali pertama bersua muka – kita tak pernah jumpa jadinya jgn harapkan kemesraan atau anjuran sebaik majlis2 yg dianjurkan oleh compani atau majlis lain.

  12. not bad la semalam tu..for the first time kan…aku pun lepas abis gathering tu lepak kat alamanda dengan geng2 Azizan Kadir…main boling gak…bro,tq sharing info pasal alexa dan page rank