Garden Wedding Di Malaysia

Alang-alang dah masuk majalah edisi perkahwinan, eloklah sangat bulan ni saya cerita lebih sikit pasal perkahwinan. Kali ni nak cakap pasal garden wedding di Malaysia. Saya tak rasa garden wedding ni sesuai dilangsungkan di Malaysia sebab satu je, cuaca kat sini PANAS!

Think about it, tak ke susahkan diri sendiri nanti? Dengan berpeluh tak sudah kat tengah taman. Pakai baju Melayu dalam rumah pun dah panas, inikan pula kat luar bawah sinaran matahari. Memang leceh.

Kesian pulak pada pengantin perempuan. Pakai dah berapa banyak layer, lagilah panas. Habis make up cair.

Dan kalau pengantin sanggup nak menghadapi semua tu, kena fikirkan jugak tentang tetamu yang bakal hadir. Selesa ke tak mereka nanti?

Itu kalau panas, kalau hujan pulak tiba-tiba macam mana?

Walaupun begitu, tak mustahil nak buat garden wedding ni. Kena tahu bila masa yang sesuai iaitu bukan musim hujan dan kalau nasib baik, hari pilihan untuk wedding tu tak panas terik.

Pada saya, kalau ye pun nak buat garden wedding kat Malaysia ni, tempat sesuai adalah kawasan peranginan di tanah tinggi seperti Cameron Highlands atau Fraser Hill. Tak pasti ada ke resort kat sana yang boleh sediakan tempat untuk anjurkan majlis ni.

So itulah pandangan saya tentang garden wedding di Malaysia. Tell me what you think.

Kredit gambar: Wedding Belog Reen


27 thoughts on “Garden Wedding Di Malaysia

  1. wah ni kalau demand nak buat style kahwin camni banyak, untunglaa pemilik resort di kawasan tanah tinggi yang cuacanya terkawal sejuk sepanjang masa… boleh je caj mahal-mahal, and for sure pengantin sanggup bayar untuk nampak romantik dan bajet kahwin di oversea gitu

    in before,
    “kahwin ni cuma sekali, kecuali diizinkan” – broframestone
    Entri terbaru azriMy >> iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  2. biasanya perempuan mmg suka garden wedding. perempuan kan jiwa-jiwa lebih skit dr lelaki. garden wedding ni mcm ‘kiut’ + ‘ so romantic’ la kot bagi perempuan.. masa kita nk kawen biasa nya akal kita ni jadi kurang waras skit, kita akan fikir sekali seumur hisup. pas ni tak merasa dah…sebab tu ramai jek sanggup amik risiko utk buat garden wedding style. mcm akak, of course tak bley..nanti org kampung kata i over tau…mcm style omputeh pulak…

  3. agreed..cume saye rase boleh cume kene details skitla mcm pasang kipas yg ada air tu..and gantung bunge2an atau be creative to make somekind of bumbung.and pasal weathee checkla dulu dgn peramal cuaca tu. leceh sikitlah kerje.. ini hanyer pendapat saye.

  4. wedding paling best, buat kat rumah gak. boleh je buat garden wedding kat rumah. tapi apa apa pun kalau nak buat wedding, priority kena fikir tetamu la. jangan susahkan them.

  5. ntah ar..ikut cuaca ar..tapi skrg cuaca tak menentu..kalau yang tepi pantai tu dalam gambar memang nampak suweet..tapi as pengantin memang hazab nak bersanding tengah2 panas tu. even dalam rumah yang ade econ pon terase panas..banyak sgt pengaruh barat..nak garden wedding la..wane tiffany la..wat abes duit je..huhu

  6. theme garden sweet sebenrnyeee…tpi mmg xok sgt la di malaysia..

    tpi kalu buat mcm tmpt2 like lebih byk hijau2 tu.. mungkin la sesuai..sebb sejuk kan kalu ade byk pokok=)

  7. buat kat cameron/fraser hill atau tempat2 yang jauh dari kampung asal pun susah jugak, xde tetamu nak datang. kena keluarkan kos semata2 nak pegi wedding. orang2 kampung sah2 x datang. pendek kata… susah la garden wedding ni…
    Entri terbaru Vivie >> HappinessMy Profile

  8. Anyway, kalau musim hujan – kawan aku pernah kata yang dia tetap nak buat ala2 garden wedding ni dengan provide baju hujan pada tetamu. Agak2 kau, ada ke orang2 tua yang nak duduk & sarung gak baju hujan ni?

    -_-”
    Entri terbaru Lord Zara >> Kita Berbeza.My Profile