Gambar Rasmi Kereta Lumba T127 Lotus F1 Racing Team

Oklah kot Lotus F1 racing team ni, warna hijau membuatkan aku teringat pada Jaguar..
(tapi kenapa aku associate hijau dengan Jaguar eh?)

Rasanya nanti Fairuz tu ok ke?

Aku sebenarnya bercadang nak berkecimpung dengan dunia F1 ni melalui career aku. Memang dari dulu lagi aku suka team spirit dalam sesebuah pasukan F1. Nak menang bukan bergantung kepada driver tu saje tau, SEMUA orang dalam team tu mainkan peranan yang penting. Aku suka macam tu, aku suka teamwork. Kerja berpasukan ni semangat dia lain sikit daripada kerja seorang diri.

Aku tak tau lah kalau team Lotus F1 ni nak cari student buat industrial training ke tak. Sepatutnya diorang amiklah. Yelah kan, dah alang-alang ada team Malaysia sendiri, lagi baik dia bagi exposure sebanyak mungkin kat seramai mungkin orang Malaysia kepada teknologi F1 ni. Apa yang aku tau, teknologi F1 ni memerlukan ketepatan (precision) yang tinggi, mungkin setaraf dengan ketepatan yang diguna pakai dalam dunia aviation ni. Jadi mungkin aku ada peluang..

Kalau dapat join team Lotus F1 ni confirm glemer kejap. huhu~

Apa-apa pun kita tengoklah macam mana prestasi team Malaysia. Diharapkan target mereka nak jadi team terbaik dikalangan team F1 yang baru tercapai!


More info boleh tengok website Lotus F1 Racing Team

 

Comments

  1. brooo says

    aku bangga kerna aku anak malaysia,,bukan indonesia,,,,wakaakakaak,,semoga kita akan mengejutkan dunia dalam f1 race nanti…..dapat top 10 pun dah cukup…

    • ariff says

      Hahaha. Aku pun bangga!
      Top 10 tu giler susah nak dapat kot. Aku cuma harap kereta tu je bagus, takde problem.