Gaji Besar vs Gaji Kecil

Terbaca status yang menarik pagi ni.

besar-kecil

Saya terkejut bila tengok ramai yang jawab C. Memang nampak ideal, hidup berjimat cermat sampai boleh beli rumah 4 biji (tak mustahil tapi susah) tapi Ariff Shah beg to differ.

Pertama. Gaji 900. Ni gaji minimum. Gaji bangla. Mungkin orang tu takde qualification, jadi hanya layak gaji minimum. Bila agaknya gaji dia nak naik tu?

Not unless orang ni kerja di bahagian sales, memang gaji rendah tapi komisen jualan tinggi. Tapi kebiasaannya orang yang kerja dalam sales paling busuk pun pakai Myvi.

Takkan nak pakai kapcai jumpa klient? Customer ingat kita ni conman pulak nanti. Takde confidence nak beli.

Kedua. Rumah 4 buah dengan cashflow RM500 setiap satu. Hebat. Sebulan je dah sampai RM2000 pendapatan daripada rumah-rumah ni.

Saya tak nak pertikaikan sangat, cuma anggaplah keempat-empat rumah tu dibeli dengan hutang, jadi next house dia dah tak dapat loan 90%. Dapat 70% je. So kalau rumah RM50k, dia kena ada RM15k untuk buat modal nak beli. Kalau dia hidup macam bangla pun (sara hidup RM900 je sebulan), kurang-kurang setahun lebih nak kumpul duit untuk modalkan rumah seterusnya.

Individu C ni dah tak boleh pergi mana sangat. Dia hidup selesa, cukup makan tapi bab naik kapcai tu saya rasa taklah selesa mana pun. Paling-paling pun beli la LC ke.. Financially stable tapi dia dah sampai limitnya.

Pada saya, individu A lagi kaya. Sebab-sebabnya..

Pertama. Memang dia kaya hutang. Tapi saya rasa setakat BMW dan superbike tu, memang takde masalah nak jual balik. Bila dah jual, guna duit gaji untuk settlekan personal loan. Dalam masa setahun dua, dengan gaji yang banyak macam tu, dia boleh settlekan semua hutang.

Kedua. Gaji RM5k. Banyak tu. Menggambarkan yang individu A ni seorang yang berpelajaran tinggi dan dah jadi orang penting di tempat kerjanya. Bonus confirm ada tiap-tiap tahun. Kalau nak lompat ke tempat kerja lain pun confirm dapat gaji 6-8k. Tak pening dah.

Belum cerita duit dalam KWSP dia lagi yang dah tentu berpuluh kali ganda lebih banyak daripada individu C.

A boleh beli rumah anytime. Takkan ada masalah dengan loan bila dia dah settlekan hutang tadi. Yang perlu dibetulkan adalah sikapnya sahaja. Dia dah memang kaya.

Jadi kalau nak cakap individu C tu lebih kaya, memang tak betul. Pandai kawal hutang memang nampak seksi, tapi dia tetap tak kaya.

Dalam mengejar financial freedom, keupayaan seseorang untuk menjana pendapatan adalah penting. Daripada pendapatan, boleh beli aset untuk pelaburan. Lagi besar pendapatan, lagi besar aset yang boleh dibeli. Pendapatan banyak + aset banyak = kaya

Hebat macam mana pun ilmu pelaburan anda, tapi kalau keupayaan untuk menyediakan modal pelaburan tu tak ada, duduk diam jelah tengok mereka yang bergaji besar beli aset sana sini.

 

Comments

  1. MuHd FaIz_88 says

    Agak menarik jga hujah2 yg diberikan..sy juga boleh dikategorikan hampir2 dengan individu A..sebagai seorg jurutera, mestilah nk pakai kete hebat2..tpi setelah belajar dari kawan2 yg hnya sbagai individu C, skrg dorang dah berjaya dan kaya walaupon dulu gaji bwah rm1000..ada mmber sy hnya pakai motor jek..Qualification tak tinggi mana tpi disebabkn sikap nk berusaha yg buatkn kawan sy lebih berjaya..dia merupakan seorg usahawan dgn income 2 tahun lepas mencecah rm500k..mempunyai misi dan inovasi mengeluarkn produk sndiri..skrg tak tau la plak berape income dia?..cer try kira sendiri la..hehe..sy sbgai engneer pon lebih selesa pegi site naik moto LC..kereta pon beli hadiah utk mak sbgai kegunaan harian even kete kecik & murah..target skrg utk belajar dari individu C mcm kawan2 sy..tiada yg mustahil kalo kita sentiasa berusaha..yg penting kena sntiasa humble tak menunjuk2..

  2. says

    “pendapat” tu sebenarnya subjektif..takde yang betul takde yang salah..dah nama pon pendapat..hehe..anyway gua suka cara pemikiran bro..nilai dari semua aspek dahulu, then curahkan pendapat..terbaek bro! gua sokong 86% hehehe
    Entri terbaru Dr Fuh >> Pengomen Tegar Bulan Jun Habuan RM30My Profile

  3. says

    Pengurusan wang yang penting…
    Gaji kecil kalau pandai urus duit, dalam masa beberapa tahun.. boleh senang…
    Gaji besar kalau pandai urus, ambil masa yang lebih pendek berbanding dengan yang gaji kecil…
    Bergantung kepada pengurusan kewangan masing2…

    • Ariff says

      Saya tak tengok kat apa yang dia ada sekarang. Saya lihat pada keupayaan dia untuk generate income.

      Sikap boros boleh diubah sekelip mata. Kalau berjimat macam mana pun tapi takde keupayaan nak generate income besar, takkan ke mana. Sekejap je dah sampai
      limit yang dia boleh pergi.

      Orang yang income besar memang belanja besar, tapi biasanya orang macam ni ada job stability dan peluang cerah untuk dapat income lebih besar.

      Orang gaji 900? Nak cari kerja yang boleh kasi gaji lebih besar memang susah sebab takde qualification.

      • says

        Assalam En Arif. ada yg betul pendapat en Arif tp ada juga yg saya kurang setuju. Seperti pendapat en arif ttg “takder qualification = susah nak generate income”. Maaf krn ada sedikit perbezaan pendapat. Saya kurang bersetuju kerana atas dasar realiti kehidupan saya sendiri terutamanya pada tahun 2010 ke bawah. Alhamdulillah sy sendiri mempunyai gaji kasar bulanan yg agak tinggi malah melebihi individu A. Tapi saya betul2 admire dengan org seperti invididu C krn telah mempunyai 4 biji rumah dan semestinya bukan semuanya untuk tinggal..tp untuk INVESTMENT! Disekeliling saya ada ramai org seperti tu! Mereka ni kawan2 saya juga.. mereka memang tiada qualification..tp mereka dah memulakan pelaburan lebih awal dlm kehidupan mereka.. Individu yang kaya adalah individu yg memulakan pelaburan seawal yg mungkin dlm kehidupannya. Seorang itu gaji besar mana sekalipun, kalau dah ada 3 personal loan.. boleh dikatakan “no turn back”.. nak selesaikan personal loan tu? camana dia nak selesaikan? jual BMW dgn Superbike pon blom bole nak selesaikan. Malah boleh dikatakan ketika Individu A dah berjaya selesaikan hutang dia..individu C mungkin dah lama nikmati kekayaan dan mungkin melebihi status individu A sekarang.. Saya kini masih sedang belajar dari kawan2 saya ni.. Alhamdulillah kita bersama bole baca dan ambil iktibar dari tulisan2 en Arif dan rakan2.. Semoga kehidupan kita lebih sukses akan datang.. Wassalam dan terima kasih.
        Entri terbaru Zulkhairi >> OJ MOTORCYCLES ACCESSORIES FOR SALE (MALAYSIA)My Profile

  4. says

    Gaji RM900 ialah gaji minimum untuk semua pekerja di Malaysia. Kalau majikan bayar bawah daripada itu, pekerja boleh buat report kepada jabatan buruh. Tapi peraturan ni tidak diguna pakai untuk intern, atau casual workers.
    Entri terbaru Een >> Random V6My Profile

    • hanisaleeya says

      RM900 adalah gaji minimum di semenanjung. Di Sabah Sarawak gaji minimum adalah RM800 dengan alasan sara hidup tinggi, kesian kat majukan. Habis, kat pekerja tak kesian pulak.

  5. Zack says

    Sebenarnya baca status FB itu pun dah tahu yang penulis hanya nak tunjuk seolah2 hebat. A ke B ke C ke semuanya sama sahaja. Back to basic, what is the strategy utk financial freedom itu yg penting. Si C, baca pun dah tahu menipu habis, penyamaran hebat C hanya pada ayat “ada rumah 4 buah”…4 buah rumah beli menggunakan loan kemudian sembang gaji 900 bulan2 macam hebat. Rumah bukan asset selagi mana belum habis bayar, ia liabiliti kerana rumah itu tertaluk pada Wang kertas. Wang kertas ya…sila fahamkan

    • MS says

      Betul.

      About C pulak, there’s a thing called debt service ratio. It doesn’t make sense for a person earning RM900 to own/finance/invest in four houses (assuming that this person purchased on his own in current times). Banks takkan extend langsung lah.

    • Ariff says

      Kita stick pada soalan yang diajukan oleh penanya, ok?

      Sebab orang yang banyak hutang tak semestinya hidup susah. Rasanya semua orang yang hidup senang sekarang ni banyak hutang :)

  6. says

    Aya setuju yang individu C tu bukannya kaya tapi hidupnya cukup makan. dan kalo dia takda hutang, dia takdalah pening kepala fikir pasal hutang.. hehe

    Bagi Aya, nak berpendapatan besar, kena berani membuat pelaburan yang besar.. :)
    Entri terbaru Aya >> Apa itu SEO?My Profile

  7. akak tulip says

    just nk tya-kalau gaji dia rm900 mcm mn dia mula beli dan bayar utk 4 unit rumah(hebat ni kalah buku WTF!)

    sesetgh manusia-> perlukan rumah + kereta mantap(nk bgtau org yg even dia x bljr tinggi mn tp mampu nk beli brg mewah…jgn marah ya.ni hakikat)
    sesetgh yg lain-> beli rumah utk keselesaan keluarga + kereta mampu milik yg boleh dibawa kerja dan ulang alik kampung halaman.

    hmmmm..mendalam nye entri ni..kalau tya saya..saya teringin nk jd C ..even pki kapcai je tapi byk aset..tapi masalahnya… saya perlukan kereta utk anak2 dan kerja saya mmg travelling yg perlukan kenderaan sendiri.

  8. says

    I agree with your points… budak lepasan SPM pun boleh dapat gaji RM900. Kalau kerja kuat sikit boleh dapat gaji 1.2k lepas naik pangkat. I think I want to become individual A la cause after finish paying off all the loans, I can use my salary to go to holiday and maybe buy another car for my future child or wife? hahaha… gaji rm5,000 sure epf power gila punya lepas bersara nanti betul tak?
    Entri terbaru CleverMunkey >> Project "Re-thinking Actions" by World Marketing Summit Malaysia 2013My Profile