Aku rasa penulisan aku kali ni akan membuatkan aku tidak popular di kalangan gadis Melayu, tapi apakan daya, truth must be told. Berkata benar walaupun pahit.
Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk menyeru masyarakat kita supaya mengamalkan cara hidup yang sihat dan lebihkan bersenam. Ini adalah selaras dengan salah satu azam tahun baru 2010 aku, iaitu mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat serta mengekalkan tubuh badan yang segak. Pada aku azam ini tidaklah terlalu susah untuk ditunaikan, cuma memerlukan dedikasi dan disiplin yang tinggi sahaja.
Oh ya, sebelum aku membebel lebih jauh mungkin ada yang masih tidak kenal Victoria Secret Angels. Mereka ini adalah supermodel (bukan setakat model, tetapi ‘super’). Victoria Secret adalah satu jenama yang tidak asing lagi kepada gadis-gadis yang tinggal di bandar, tetapi di Malaysia tidak ada butik Victoria Secret. Kalau masih ada yang tak tahu, tengok sini. Aku dah Googlekan untuk anda. Aku pilih supermodel kerana aku tahu yang mereka lebih berdisiplin terutamanya dalam bab kesihatan dan keremajaan tubuh badan ni.
Pada pandangan aku, gadis Melayu kita ni kurang sangat mengamalkan cara hidup yang sihat. Segelintir besar daripada mereka kurang bersenam, kurang bersukan dan kurang melakukan aktiviti yang sihat. Ada yang berfikiran berfikiran bahawa kalau dah kurus tu, tak perlu bersenam lagi. Pemikiran macam tu tak sepatutnya ada dan haruslah dikikis serta merta sebab tak semestinya kalau dah kurus tu badan kita ni dah sihat. Kalaulah ye pun anda tu dah kurus sangat, paling kurang pergilah jogging seminggu sekali. Sekurang-kurangnya bila badan dah berpeluh dan heart rate dah naik, pengaliran darah tu nanti akan lebih lancar. Tahukah anda kalau tak bersenam boleh meningkatkan risiko mengalami masalah jantung?
Pemakanan. Ya, aku tau kita ada banyak jenis makanan yang sedap-sedap. Pertama sekali anda perlu tahu yang makan nasi dengan banyak boleh buat anda gemuk. Itu memang kenyataan. Jadi kalau boleh kurangkan makan nasi, banyakkan makan sayur-sayuran. Kalau siang dah makan nasi tambah sampai 2 kali, malam slow down sikit. Nasi ni banyak kalori. Kalori adalah tenaga. Lebihan kalori yang tidak diperlukan oleh badan, akan disimpan dalam bentuk lemak. Lemak akan terkumpul di perut, peha, lengan, betis, leher dan sebagainya.
Bukan nasi sahaja yang banyak kalori, malah kek, aiskrim dan segala macam dessert mengandungi banyak kalori. Cuti musim panas yang lepas, berat badan aku naik sehingga mencecah 68kg kerana pemakanan yang tudak terkawal. Maklumlah, setahun sekali je dapat makan sedap-sedap.
Jadi tu jelah point aku untuk kali ini. Amalkan cara hidup sihat, bersenam dan kawal pemakanan anda. Hidup anda akan lebih berkualiti kalau anda ikut.
Ada apa-apa cadangan untuk artikel seterusnya? Tulis kat bawah. Aku dah xde idea ni.
Bila la entry Hidup Berani Untuk Gagal aku akan diindex dalam Google nih.. Adeh. Seksa menunggu.
54 thoughts on “Gadis Melayu Haruslah Berfikiran Seperti Victoria’s Secret Angels”