Gadis Hilang Lari Bersama Lelaki Kacak

Bukan nak cerita pasal hilang diculik, tapi hilang sebab ikut lelaki lain. Haa.. kes macam ni pun menjadi-jadi dah sekarang ni. Gadis seawal umur belasan tahun lari ikut suami orang pun ada.

Persamaan yang saya nampak pada kebanyakan kes anak gadis lari ikut lelaki lain ini adalah gadis tu berasal dari keluarga yang miskin/golongan pekerja dan mempunyai adik-beradik yang ramai. Lagi satu persamaan ketara adalah kebanyakan kes berlaku di negeri pantai timur.

Kenapa gadis daripada keluarga yang susah lebih mudah terjerumus dalam masalah ni? Simple je. Demand mereka rendah. Untuk melarikan diri bersama lelaki lain rasanya dah cukup kalau makan, pakai dan tempat tinggal ada. Mereka inginkan kebebasan. Tinggal bersama keluarga mungkin terpaksa hidup susah, terpaksa berkongsi perhatian ibu bapa dengan adik beradik yang lain. Tinggal dengan boyfriend rasa istimewa sikit.

Dalam hal ni, kita tak boleh salahkan faktor social media (Facebook & Twitter) sebagai perosak. Memang silap ibu bapa kalau tak pantau anak, bagi kebebasan berinternet tanpa batasan, umur belasan tahun dah ada laptop sendiri dan sebagainya. Nak bagi boleh, tapi ambil tanggungjawab untuk memantau dan mengehadkan pergerakan dan kelakuan mereka. Jangan belikan laptop, sebaliknya beli PC dan letakkan di ruang tamu. Dengan itu, terkawal sikitlah pergerakan mereka sebab tiada privasi.

Kenapa lelaki kacak? Sebenarnya takde signifikan pun. Sekadar ingin menyempit dalam cabaran SEO lelaki kacak. Tapi biasanya gadis-gadis yang malang ini memandang kekacakan lelaki yang mereka ikut.. Takdelah kacak mana pun, mungkin sweet talker je lebih.

Sila pantau pergerakan anak gadis anda.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

29 Comments

  • Sobri Mansor

    2 April, 2012 at 8:26 am

    Dugaan dan cabaran paling besar kepada ibu dan ayah zaman sekarang nih dalam mendidik anak-anak. Aku ada ternampak satu tajuk akhbar minggu lepas. Mendidik anak atau menternak anak. Dalam sungguh maksud tajuk nih

  • ayyu

    31 March, 2012 at 8:49 am

    aku pun ada boyfren jugak mase sekolah dulu,tp tak terlintas kt dalam otak nak lari ikut boyfren. aku dh takde ayah sejak umur 14tahun, jadi aku takut kehilangan mak aku pulak…walaupun hidup aku hidup ssh dulu,tp bahagia je asalkan ade mak. budak2 yang lari ni tak pernah merasa betapa sedihnya bila mak ayah dah takde kt dunia. boyfren boleh cari lain, mak ayah smpi kiamat pun tak boleh ganti.

  • Blogo

    29 March, 2012 at 10:55 pm

    Saya rasa kat pantai barat pun lebih kurang banyak jugak…2,3 kes akhir-akhir ni pun berlaku di selangor…golongan remaja ni perlu perhatian lebih…mase ni lah benda2 baru nak cuba…nak ade pakwe…nak mewah2…erm betul, sweet talker je lebih hehe

  • Reese

    29 March, 2012 at 1:16 pm

    True. There are a lot of cases of young girls eloping with their beaus to escape their current lives, not that they are running away to something better but they hope by running away they will have the freedom to seek a greener pasture.

  • noorsyamsul

    28 March, 2012 at 5:14 pm

    ungkapan ‘lidah lebih tajam dari mata pedang’ memang sesuai dengan istilah ‘mulut manis’. dengan ayat ‘power’, ramai remaja perempuan cair dengan pujukan teman lelaki ‘berhidung belang’…

  • waniyummy

    27 March, 2012 at 11:50 pm

    untunglah kalo larik dengan lelaki kacak!hahaha…..
    ok serius- ilmu agama dlm diri sgt penting..pertimbangan dlm setiap langkah….bila ibu bapa jadi keutamaan anak2 insyaAllah takde nak lari-lari..

  • aelfi

    27 March, 2012 at 10:39 pm

    aku sokong ayat kau yang nih.

    “Jangan belikan laptop, sebaliknya beli PC dan letakkan di ruang tamu.”

    hahaha.confirm solehah je jadinye.

  • Queen Teratai

    27 March, 2012 at 5:55 pm

    salam bro.. nak kata faktor kemiskinan mungkin tidak juga. semiskin mana pun kita kalau kita mempunyai pertimbangan yang betul pasti kita tak melakukan perkara2 sebegini. sanggup lari ikut lelaki.. boleh dikatakan gadis2 atau remaja ini tak mampu mengawal perasaan dan emosi mereka apabila dimarah atau dihalang oleh keluarga untuk melakukan sesuatu hal. Pokok utama yg mereka cari adalah kebebasan dalam hidup tanpa kongkongan dari kedua ibubapa. Pokok pangkalnya hati mereka sendiri. Nak kata mereka itu bodoh tidak juga kerana masing2 dah remaja ada akal yg waras untuk berfikir cumanya terlalu mengikut kata hati dan nafsu hingga sanggup berbuat apa saja. Tinggalkan keluarga dan lari dari rumah.. Nak salahkan ibubapa juga tidak boleh mungkin akibat pemantauan ibubapalah mereka lari dari rumah kerana rasa tidak bebas…

  • Sadiq

    27 March, 2012 at 5:47 pm

    mudah je skrg kalau nak bawak lari perempuan..
    betul..xsmstinya kacak..
    biasanya mulut je manis laki2 ni..
    kalau pegangan agama kuat,insyaALLAH x kemana anak2 gadis tu..=)

  • Naurah Alwani

    27 March, 2012 at 4:59 pm

    Baru saja experienced perkara ni. Bukan saya yang lari! — tetapi orang terdekat yang disayangi. Haila.. sedih okey. Dia di sana entah apa yang sedang dibuat, orang di sini juga yang risau sampai rasa macam nak terkeluar jantung. Ada tulis entri pasal tu, take a look.

  • MK Kimi

    27 March, 2012 at 4:46 pm

    Bagi aku, faktor kemiskinan bukanlah pnyebab kenapa gadis tu lari dari rumah. Even, yang kaya pon byk jugak anak gadis diorg lari dari rumah. Ibubapa sebenarnya patut disalahkan sepenuhnya coz anak2 diorg adlh tggjwb diorg dan amanah supaya diorg dibesarkan dlm persekitaran yg elok..

    Dlm family miskin pon, jika didikan ibubapa tu elok dan pantau anak2 diorg dgn baik, benda ni takkan terjadi ;)

  • iylia

    27 March, 2012 at 2:15 pm

    pagi td tgk kt MHI pn ade bincang psl topik ni. kdg2 xpaham apsl diorg ni suka ks alasan terkongkong dkt rmh.mcm lari ikut lelaki ‘kacak’ tu idup xterkongkong je. yg lelaki pn pow duit pompuan

    • Ariff

      27 March, 2012 at 2:17 pm

      eeh. lagi banyak kebebasan kalau ikut lelaki. macam-macam boleh buat. anak muda kalau tak jaga, ikut nafsu je la..

  • fina fento

    27 March, 2012 at 12:47 pm

    Law of attraction. Sorang start, yang lain pun ikut. Sorang start buang bayi, mesti ada kes2 yang sama timbul lepas tu. Macam tu la jugak kes ragut, amuk, etc etc etc.