Front Cover XY Ikon Lelaki – Tahniah Kepada Mereka

Huh.. serius aku jealous. (Sumber gambar: Andyhowtt)

Mula-mula Shafiq Ezhan ada bagitau pasal ni. Jadi aku rasa dia orang first Berita Harian approach. Memang dia layak la sebab blog dia pun ada something kat situ dan walaupun aku tak selalu singgah blog dia, aku tau blog dia boleh pergi jauh. Korang tengok sendiri blog Ezhan-Artwork pun korang tau blog ni memang ada hala tuju. Ada niche dan identiti tersendiri. Sekarang, percayalah apa aku cakap dan apa yang aku dah ulang banyak kali, blog memang perlu ada identiti dan hala tuju. Kalau tak, blog tu jadi macam blog personal yang biasa, takde keistimewaan tersendiri.

Kemudian wartawan Berita Harian contact aku melalui Formspring dan aku balas balik email dia. Oh.. baru tahu rupanya dia jumpa blog Ezhan melalui entri aku 10 Blog Kacak Blogger Lelaki Malaysia. Masa dia contact tu, hati dah berbunga-bunga dah. Manalah tau kan dapat peluang yang sama.. Sekali dia cakap aku tak boleh sebab aku kat Moscow. Nak panggil untuk photoshoot dan interview nanti memang tak dapat. ish… sedih. Takpelah. Bukan rezeki.

Jadi wartawan tu minta la blogger-blogger lain yang boleh diketengahkan. Kriteria dia mestilah blogger yang unik dan mempunyai latar belakang lain daripada yang lain. Tu yang susah sikit tu.. Aku bagi beberapa nama dan antara nama yang naik adalah Sham Hardy. Lagi sekali, Sham Hardy punya blog is just nice. Content dia konsisten dengan blog dan tak banyak merapu keluar dari niche. Identiti blog tetap.

Ridzuan Richie, ha.. ni blogger relax punya. Dah pernah jumpa face to face dan memang best lepak dengan mamat ni walaupun masa tu aku baru first time jumpa dia. Sikit pun tak berlagak walaupun dia ni dah boleh dikira sebagai full time blogger. Blog dia memang kelakar dan santai. Entri tak payah panjang-panjang dan cara dia ceritakan something dalam entri memang simple tapi ada sense of humor. Itu unik.

Blog yang dibuat mengikut personaliti dan minat pemilik blog tu ada personal touch yang tersendiri. Keunikan ni yang membuatkan kita dapat pembaca tetap sebab ada kelainan pada blog kita yang blog lain tak ada. Itu sebab sekarang korang dah tak nampak aku keluarkan entri pasal isu-isu sensasi macam gelang AC Mizal tu sebab aku tak perlu semua tu. Benda tu tak berkaitan pasal aku dan blog aku. Sekarang ni aku cuba nak kecilkan skop blog ni dan concentrate pada beberapa kategori sahaja.

Apa-apa pun tahniah aku ucapkan kepada mereka ni. Aku balik nanti boleh la belanja ye :D

+ Tonton dan vote video-video giler diorang nih: tinyurl.com/videogiler

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

44 Comments