Fresh Graduate Yang Nak Beli Rumah Wajib Tahu Pasal LRT3 Dan MRT2 Ini

mrt malaysia

Untuk budak-budak fresh graduate, tips pelaburan terbaik yang saya boleh berikan sekarang adalah beli hartanah berdekatan lokasi LRT3 dan MRT2 ini. Anda susah nak rugi kalau beli di kawasan ini.

Boleh beli hartanah yang dalam pembinaan (under-construction), tapi keburukan hartanah under-construction sekarang adalah harga yang anda beli adalah harga masa depan. Jadi anda akan dapat hartanah yang lebih kecil berbanding hartanah yang dibeli di kawasan yang sama pada harga yang sama.

Kalau beli subsale, anda perlukan strategi supaya dapat mengurangkan komitmen bulanan membayar hartanah tersebut. Yelah, dah beli rumah, dah ada kerja, mesti fikir nak kahwin, beli kereta dan sebagainya.

Apa-apa pun, bila bercakap tentang lokasi, dua video ini tentang laluan LRT3 dan MRT2 boleh dijadikan panduan untuk anda membeli. Pada pendapat saya, harga hartanah di kebanyakan kawasan dalam laluan ini masih lagi di paras mampu milik untuk fresh graduate.

Tak sabar nak lihat Lembah Klang 5-6 tahun lagi macam mana..

LRT3

MRT2

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

4 Comments