Fresh Graduate Pun Boleh Apply Loan Kereta

Laptop bag je?

Saya tak tau bila sebenarnya benda ni diperkenalkan, tapi tak sangka pulak Bank Negara boleh benarkan skim seperti ini. Macam tak wajar bila fresh graduate yang baru bekerja sebulan dah dibenarkan untuk membuat pinjaman untuk beli kereta.

Kenapa saya kata tak wajar? Sebab benda ni menggalakkan mereka yang belum mempunyai aset untuk memiliki liabiliti. Pada saya kereta adalah satu liabiliti. Kereta baru yang keluar daripada kedai je dah jatuh harga. Satu kesilapan sebenarnya pada mentaliti orang ramai bahawa memiliki adalah simbol kejayaan seseorang. Kalau baca buku WTF 23 Properties by 30, penulisnya sendiri memiliki kereta lambat, selepas umur 26 kalau tak silap tapi pada masa tu dah memiliki 10 buah rumah! Dalam kehidupan sekarang ni, gaya bukanlah pengukur kesejahteraan kewangan seseorang.

Walaupun begitu, kereta adalah keperluan di Malaysia ni. Malang sekali sistem pengangkutan kita tak mampu memberikan perkhidmatan yang menyeluruh dan menyebabkan majoriti daripada rakyat perlu memiliki kenderaan sendiri untuk urusan seharian. Mungkin dah jadi cara hidup yang tak boleh berubah di negara ni.

Cuma kalau dah takde pilihan tu dan anda terpaksa memiliki kereta sendiri untuk kegunaan harian, saya sarankan supaya anda tidak membeli kereta menggunakan skim ini. Tunggu 3-4 bulan bekerja dulu, kumpul downpayment sikit (atau pinjam dengan family) dan beli kereta dengan pelan hire purchase biasa daripada bank (bukan skim untuk graduan).

Skim pembelian kereta untuk fresh graduate ni walaupun dah boleh apply lepas sebulan bekerja mengenakan kadar faedah yang tinggi sedikit berbanding loan kereta biasa. Dalam jangkamasa panjang, dapatlah jimat sikit. Sikit tu sebenarnya ribu-ribu gak, kira banyak la untuk fresh graduate kan? Cakap nak saving duit untuk kahwin..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

36 Comments

  • Ekspresi Ruang

    1 August, 2012 at 12:05 am

    selalu tekankan perkara ni kt wife. tp last2 terpaksa mengalah utk biar dia beli first car dulu sbg kepuasan diri, then lps ni nk ajak dia berjinak2 dlm properties especially commercial

  • Am

    28 July, 2012 at 11:39 am

    Setuju sangat entry ni, benda yang kita kene terapkan dalam minda anak muda ni yang kereta bukan asset dan status symbol, memang betul memang wajib kita ada kereta dengan keadaan public transport kita yang masih di tahap pra-matang.

    Ramai kawan-kawan saya awal-awal beli kereta memang seronok, tapi lepas 2 tahun baru mula nampak yang kereta ni la yang makan majoriti duit gaji diorang tiap-tiap bulan. Kos tersembunyi macam servis, parking, tol dengan minyak tu sampai boleh amek 50% gaji sebulan macamtu aje.

  • azydy

    13 July, 2012 at 1:12 am

    kena celik kewangan sikit..tak salh beli kereta..tapi biarlah ansuran bulanannya kecil..supaya tak membebankan diri sendiri.. kereta tu liabiliti..baik beli apartment..dah tentu boleh jugak duduk dan boleh dapat cash lepas 5 tahun..macammana caranya..jom singgah

  • Harry

    12 July, 2012 at 10:52 am

    hmmmm… ada elok nya kumpul duit dulu sebelum membuat pinjaman…. bulan2 byr sket… tak yah ler nk bergaya dulu… belajar ler susah2 dulu…

  • Denaihati

    11 July, 2012 at 3:58 pm

    Kena sangat berhati2 juga, laporan baru2 ni banyak kes banyak berhutang dan muflis. kalau kereta kecik mungkin kurang membimbangkan kot. pengalaman dulu, motorsikal menjadi pilihan.

  • wanabe

    11 July, 2012 at 2:26 pm

    sekarang kbykn bank or salesman akan cube bagi pinjaman kt student bru pas grade utk bli kete..lgpn bank ni ada target utk cari customer bulan2..saya keje leasing pn dpt bli kete dlu..

  • Ikhtiar Shah

    10 July, 2012 at 11:44 pm

    yaa sokong kata2 mu..
    liabiliti seperti kereta tidak lah prlu tergesa2 untuk memilikinya.
    bina dulu pendptan n keyakinan untuk menampung liabiliti tersebut,kemudian baru lah miliki liabiliti sperti kereta.

  • wanG

    10 July, 2012 at 10:52 pm

    ada baik dan buruknya..dan para graduan kalau tak terdesak tu, toksah lah beli kereta sebab nak bergaya…nanti tiap bulan pening kira duit nak bayar segala hutang piutang..;-)

  • jeff

    10 July, 2012 at 7:53 pm

    Penting jugak skim ni. Kalau laki bolehla cakap tak penting sebab laki ada alternatif-motosikal. Tapi pompuan takkan naik motosikal.Pengangkutan awam bukan efisen pun.Kerjaya yang perlukan banyak bergerak ke site atau jumpa pelanggan pun perlukan kereta.

  • Norfa

    10 July, 2012 at 2:36 pm

    fuh, sapa yang jenis pikir pendek mesti akan terus smbar kereta pakai skim ni,,,nafsu semata2..patot nya kukuhkan kewangan dulu baru beli kereta.. tak perlu buat pinjaman..

  • Myra Jay

    10 July, 2012 at 10:20 am

    Sesetengah merasakan untung dapat memiliki kereta terutama yang baru mengorak langkah untuk bekerja. Padahal ianya kesan jangka panjang-membebankan dan mungkin merugikan..

    Tp pelik macam Myra yang dah hampir 7tahun kerja, nak apply CAR LOAN, sebulan seksa menunggu jawapan, pelbagai rintangan dan syarat kena kemukakan, baru lepas..

    Tapi freshie macam diberi peluang pulak.

    • Ariff

      10 July, 2012 at 1:05 pm

      Sebab freshie ni takde komitmen lain lagi (belum kahwin, belum beli rumah), jadi risiko untuk tak bayar pun rendah.

  • hafiz

    10 July, 2012 at 9:58 am

    setuju..sekarang ni senang sangat nak beli kereta..tetapi lepas beli, mesti akan menyesal..please pikir 100 kali sebelum fikir nak beli kereta..adakah disebabkan keinginan ataupun keperluan.

  • khairil

    10 July, 2012 at 3:22 am

    lepas graduate kena bayar hutang ptptn,lepas tu dah beli kereta kena berhutang lagi.nak kahwin pun ada yg berhutang.memang lepas graduate semuanya cari kerja semata-mata nak membayar hutang.kalau ada yg pakai kad kredit lagi parah.hmm

  • topo

    10 July, 2012 at 3:17 am

    Aku suka baca forum-forum aorang jual beli kereta, walaupun nampak macam mengarut skim ni tapi ramai jugak yang ambil sebab mungkin kurang pendedahan tentang skim ni dan kesan jangka masa panjang dia.
    Kalau tanya jurujual kereta tu memang sah-sah la dia suruh ambil skim tu.. Tak payah bayar duit muka kot terus boleh ambil kereta je.. Siapa taknak hahaha

    • Ariff

      10 July, 2012 at 7:50 am

      Jurujual memang cakap macam tu sebab nanti dia akan dapat komisen daripada kereta yang dijual dan jumlah loan yang orang ambil. Dua kali komisen, ribu-ribu untung.

      • Myra Jay

        10 July, 2012 at 10:23 am

        Masa nak beli kereta ari tu ada gak tanya mengenai pakej untuk student, memang ‘muka’ tak kena bayaq, tapi interest tinggi jadi bulanan konpom mahal kan.

        So dia tak advice Myra untuk ambik pakej student, tapi cara biasa

  • boni kacak

    9 July, 2012 at 11:12 pm

    aku setuju bro… kereta ni sebenarnya tak penting pun. tapi aku rasa ini adalah salah satu cara utk menarik minat pembeli kereta. yelah. budak2 belajar, apa yang dorang fikirkan? bagi dorang ada kereta dah kelihatan sangat bergaya.. aku yakin, dengan adanya skim ni, ramai pelajar2 yang akan pakai kereta

  • izat

    9 July, 2012 at 9:49 pm

    Salam,kadang yang x faham kenapa fresh grad kena ada kereta sbb diorang bnyk keja dlm pejabat,as for my friends and me yg keja engineering that have to go to site,wajib ada kereta..sometime ulang alik johor kl in one day..skim nie bnyk jugak membantu fresh grad yg selalu kena turun ke site.

  • halif

    9 July, 2012 at 9:49 pm

    Setuju, bank kadangkala agak tamak dalam mengejar keuntungan. Mereka tak fikirkan nasib orang lain bila dah start berhutang. Yang mereka tahu, bila ada peminjam, mereka dapat untung dengan faedah yang dikenakan. Ada yang kata keuntungan. Istilah je yang berubah. Memang benar bank adalah ALONG berlesen. Hmmpp.. kapitalis.

  • akubiomed

    9 July, 2012 at 9:49 pm

    Lepas habis kolej dahulu saya tidak begitu ghairah untuk membeli kereta. Kalau ada motorsikal untuk ke tempat kerja pun sudah okay. Saya mengambil lesen memandu selepas tamat kolej