Macam Mana Nak Dapat Free Pizza Dominos?

hehe. Kaedah ini agak bersifat trolling orang but it worked for me, unintentionally. Sekadar perkongsian. Try this at your own risk. Kalau pizza tak sampai, jangan salahkan saya.

  1. Order pizza Dominos anda online. Tapi sebelum tu, kat profile tukarkan no. hp anda kepada no. lama. In my case, I change numbers. So number dalam profile tu memang no. lama.
  2. Order pizza macam biasa.
  3. The magic happens when delivery guy nak hantar pizza. Mungkin delivery guy akan call kita dulu untuk confirmkan. Tapi orang lain yang angkat phone sebab mungkin telco dah circulate number tu.
  4. Akan berlaku kekeliruan di situ. Delivery guy akan confirmkan balik dengan call center. Masa banyak dihabiskan. At last, delivery guy akan hantar jugak ke registered address.
  5. Bila pizza sampai, 30 minit jaminan penghantaran tadi dah terlepas. Anda akan menerima kupon regular pizza percuma.
  6. Profit.

Kalau korang try, kongsikan hasilnya di sini. hahaha

Comments

  1. says

    Hehehe… kompom sampai lambat. Dulu pernah kerja sebagai manager dekat dominos. Selalunya yang buat trick macam ni, student-student foreigner. Diorang tukar siap-siap no telefon bila order online. Bila rider pizza hantar dan call no telefon, orang lain yang angkat. Sure akan peninglah kepala rider nak mencari alamat. Kena pulak yang hantar tu rider pizza yang baru masuk kerja.
    Entri terbaru Sobri Mansor >> Info lelaki kacak yang perlu anda tahuMy Profile

  2. says

    ooo, mengelat ek!
    haha…

    but it did happen to our family, bukan sengaja…delivery boy tu sengal tak jumpa jalan pastu dia leh pulak called kami then marah2 ckp kami kasi alamat salah…hampeh kan…

    terus bos dia mintak maaf then kami dpt semua free, byk lak tu…kami oder 5 large pizza sbb celebrate besday…so semua FOC…best gile..hehe
    Entri terbaru Noriz >> Wheel on fortune @ WednesdayMy Profile

      • aisyah says

        setiap kali order mesti dapat punya. kira berbaloi la..outlet dekat pun boleh terlepas jugak 30 min? untung la.. :)
        tempat saya kalau tak jumpa alamat baru diorang call

  3. says

    Aku ni boleh kata regular customer Dominos pizza. Dia orang tak de call kalau dah selalu hantar. Aku rasa 1st time je kot dia call. Trick yg aku jumpa, order masa hujan lebat. Tapi kena tahan lapar sikit la sbb biasanya hujan lebat ni order akan meningkat (orang lapar) dan kesukaran untuk delivery boy tu hantar dgn pantas. hehe.

    Tp peringatan! kalau dpt kupon kat atas tu, make sure keratan kecil warna biru muda tu still ada. Kadang2 delivery boy ni sengaja menipu bagi customer kupon yg dah redeem (keratan kecik tu dah kena tanggal). Kalau order pakai phone, dia boleh bagi kelonggaran untuk korang redeem kupon tu balik. Tapi kalau online, dia mmg tak bagi redeem lansung. Aku ada byk baca kes macam ni dan awal tahun ni aku pulak terkena. =.=”
    Entri terbaru mrkay >> Wordless Wednesday – Remote Control A BossMy Profile