Bagaimana Mendapatkan Free Business Class Upgrade Daripada Emirates?

Entri yang dinanti-nantikan oleh semua. Pertama sekali, cara yang saya nyatakan di sini adalah low cost dan sesuai untuk pelajar Malaysia yang sedang menuntut di luar negara. Lebih sesuai kalau anda pulang ke tanahair setiap tahun. Disebabkan ini adalah cara paling murah, maka cara ini tidak memberikan jaminan Business class untuk anda, sebaliknya hanya meningkatkan peluang anda untuk mendapat complimentary upgrade. Ada faham? Tiada jaminan tapi peluang lebih cerah berbanding orang lain. Now let’s start.

1. Jadi ahli Skywards

Kalau bukan ahli, memang jangan harap la nak dapat keistimewaan. Kat mana-mana pun, kalau anda jadi ahli sesebuah persatuan, memang mudah untuk mendapat keistimewaan. Alah.. macam tak biasa pulak. Kat Moscow tu rasanya yang join kelab UMNO pun sebab duit banyak. Tiap-tiap tahun ada buat aktiviti jalan-jalan dan makan-makan.

Pendaftaran untuk menjadi ahli Skywards adalah percuma dan boleh dilakukan sebelum atau selepas flight anda. Kalau selepas flight, rasanya dalam tempoh 3 hari selepas flight boleh claim lagi miles tu. Miles adalah poin yang dikumpulkan untuk setiap penerbangan. Kalau Moscow – KL pergi balik, jumlah poin yang dapat dikumpulkan adalah 10-12 ribu.

2. Sekarang, saya andaikan yang anda telah mengumpul poin yang cukup untuk upgrade flight Dubai-KL anda. Untuk Moscow, poin yang diperlukan adalah 32,500 atau lebih kurang 3 kali penerbangan pergi balik.

Penerbangan Emirates biasanya akan transit di Dubai. Mana-mana destinasi di utama dunia adalah kurang 8000 batu nautika dari Dubai. Ini bermaksud, hanya satu transit diperlukan iaitu Dubai untuk terbang ke mana-mana destinasi dunia.

Gunakan poin tadi untuk upgrade seat anda dari economy ke business untuk penerbangan dari Dubai. Alasannya mudah. Anda akan mendapat complimentary invitatoin ke Emirates Business Lounge bila berada di sana. Kalau apa-apa terjadi sekalipun, anda adalah pemegang tiket Business class dan mempunyai kebarangkalian yang lebih besar untuk mendapat layanan yang lebih baik.

Sebolehnya lakukan kerja upgrade ni online di rumah supaya masa check in nanti boleh guna kaunter business class untuk check in. Biasanya kaunter business class akan dibuka juga untuk merekah yang dah check in online. Smarter people always check in online supaya tak perlu beratur, especially kalau naik economy class. Ingat ye, flight ke Dubai anda tetap lagi economy class masa ni.

3. Sekarang. Macam mana nak dapat free upgrade untuk flight ke Dubai tadi? Pertama, bila penjaga kaunter tu tengok kita anda siap pilih seat dan check in, kerja dia jadi lagi senang. Tak payah key in apa-apa. Peluang dah naik sikit.

Kedua, bila dia nampak flight untuk sektor kedua anda (flight dari Dubai) dah ada Business class, secara automatik peluang tadi dah jadi lebih tinggi sebab keutamaan untuk complimentary upgrade diberikan kepada mereka yang travel dalam Business class.

Ketiga, buat muka hensem, jangan buat muka penyangak. hahaha. No. Ketiga, tawakal jelah banyak-banyak. Tapi biasanya kalau ada kekosongan dalam Business class, anda memang akan dapat. Seelokknya, check in seawal mungkin untuk mengelakkan orang lain yang mendapat complimentary upgrade tadi.

4. Kalau dapat free upgrade, hand luggage anda mestilah kurang daripada 16kg. Dalam economy orang tak kisah sangat sebelum ni, tapi dalam Business berkira pulak. Tapi jangan takut. Bila dapat complimentary upgrade, segala excess luggage pun complimentary. Hari tu dapatlah 14 kg excess luggage sebab hand luggage tadi dia tak bagi bawa masuk dalam cabin. Kalau ikut kos sebenar, mencecah beratus Euro.

5. Jangan lupa minta lounge access untuk flight ke Dubai. No, bukan minta, tanya. “Can I use the business lounge here?” Kalau nasib baik, memang dah dicetak atas tiket “Invitation to Business Lounge”. Kalau takde tapi mereka nak bagi, they will print out another boarding pass. Kalau tak dapat, takpe. Anda dah pun dapat free upgrade tadi.

6. Bila ada tiket Business class, immigration checkpoint pun guna Business class. Kalau siapa selalu terbang dari Domodedovo Moscow, taulah macam mana punya leceh nak beratur kat immigration checkpoint. Untuk pengguna di Business class, checkpoint takde orang langsung. Like a boss.

7. Jangan lupa show off kat Facebook/Twitter. Benda mahal yang free beb. Wajib show off. Kalau anda berjaya setelah mengikuti tutorial ini, nanti bolehlah belanja saya Starbuck’s frappucino. Malaysia ni memang panas…

8. Lagi satu. Untuk Business class, baru saya tahu akan ada orang yang asingkan beg kita dari tempat ambil beg di KLIA. Tak payah tunggu tepi, terus je ke depan tempat beg tu keluar. Nice.

 

Comments

    • Ariff says

      kalau berkumpulan memang impossible la nak dapat complimentary upgrade. Biasanya kekosongan tu tak lebih daripada 10 pun. Based on siapa cepat, dia dapat.

  1. says

    Noted. Good tips. BUt one query though, I do check-in online but still I have to line-up to check-in my luggage..is it because I am travelling on economy?

    • Ariff says

      Usually airlines will provide a different check in counter for those who have checked in online, regardless of the class you’re flying. Most of the time, the counter used is also for business class passengers.

  2. says

    oh ok..masa kat shanghai aku mati2 ingat luggage aku dah dekat tepi sbb ada org salah amek luggage..cuak aku sampai aku bukak luggage aku tgh2 alam nak tgk ada drugs ke apa..shanghai kot..rupanya derg yg keluarkan..tp depends jgak ariff..kalau last destination kau airport kecik2, kau kena beratur jgak amek sendiri luggage..dasar betul..
    Entri terbaru Yuyu >> of being unfortunate..My Profile

    • Ariff says

      kalau lebih 4 jam punya flight, memang rasa tak selesa dah dalam ekonomi tu nak nak orang yang kaki panjang macam aku

  3. says

    mantap!
    tapi malangnya zaman berulang-alik naik flight oversea ni dah abes dah.
    terpaksa la tunggu zaman ulang-alik bisnes meeting intercontinental nampaknya……..insyaAllah.
    huhu