Fraud Click @SAYSdotMY

Ingat tak entri dulu bertajuk Tips Penting Contest iPad 2? Dalam entri tu aku ada tunjukkan satu kaedah untuk redirect trafik dengan hanya melalukan mouse pada link/banner yang dipasangkan code tersebut. Setelah berhubung dengan pihak Says.my, mereka mengesahkan bahawa kaedah ini tidak dibenarkan sama sekali untuk digunakan pada kempen-kempen mereka.

Disebabkan sekarang ni musim contest dan banyak penganjur yang menawarkan hadiah iPad 2, maka ada pihak yang kemaruk sangat nak menang dan sanggup menggunkan kaedah yang tak adil seperti ini. Cuba fikirkan, kalau semua trafik ke blog kita dihantar terus ke link-link tertentu demi mendapatkan kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menang, maka laman web yang mempunyai trafik yang tinggilah yang paling senang menang tanpa pemilik laman web tersebut perlu berusaha keras untuk mempromosi  link-link tadi.

Apa-apa pun kalau anda ternampak mana-mana pihak yang menggunakan teknik kotor ini, laporkan kepada pihak Says.my melalui contact form mereka. Benda ni bukan sahaja berlaku untuk kempen di Says.my, malah di mana-mana sahaja.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

28 Comments