
Sebagai pelajar aliran sains di sekolah dulu, subjek yang paling saya benci semasa di sekolah adalah Pendidikan Seni. Serius! Kalau boleh nak ponteng je kelas seni. Tangan ni memang kayu habis lebih-lebih lagi kalau diberi assignment lukisan atau benda art yang lain.
Tapi itu semua cerita lama. Sekarang ni rasa macam syok pulak dengan Fluid Art Movement ni. Nak hasilkan karya seni anytime je dan boleh ditunjukkan kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia.

Fluid Art Movement Launch at Sunway Pyramid
Lagi best, karya seni saya akan dipaparkan sebaris dengan karya pelumba F1 terkemuka dunia Michael Schumacher dan Nico Rosberg. Tak ketinggalan, karya pelumba Petronas tempatan: Dominic Ang, Melvin Moh, Fariqe Hairuman dan Hafizh Syahrin. Penyertaan mereka adalah tanda sokongan kepada inisiatif ini.
Fluid Art Movement adalah inisiatif daripada Petronas untuk mengenang kembali 100 tahun inovasi dalam bidang teknologi pelinciran. Untuk pengetahuan semua, teknologi pelinciran ni bukan setakat digunakan dalam sukan permotoran sahaja malah dalam setiap aspek kehidupan kita sekarang.
Sebagai contoh, jentera yang digunakan untuk memproses makanan dan menuai padi menggunakan minyak pelincir dalam enjin mereka. Tanpa teknologi pelinciran, adalah mustahil untuk menggunakan jentera-jentera ini kerana enjin tidak dapat berfungsi lama dan cepat rosak. Ini akan membantutkan sektor pengeluaran makanan kerana jentera tidak dapat lagi digunakan untuk mengeluarkan hasil yang banyak.

I think mine is better than Dominic’s
So you see, it’s not just about motorsport sahaja. Pengeluaran makanan pun dibantu oleh teknologi pelinciran.
Sempena memperingati 100 tahun inovasi dalam teknologi pelinciran, Petronas Lubricants International telah melancarkan sebuah laman web interaktif yang membolehkan pelawat menghasilkan karya seni berdasarkan sifat cecair atau fluid (minyak pelincir dicipta berdasarkan sifat semulajadi cecair/air).
Saya dah try buat fluid art ni, siap record video secara live lagi untuk menunjukkan kepada anda betapa mudahnya untuk menghasilkan karya anda sendiri. Percayalah, benda ni memang menyeronokkan! Sampai satu tahap boleh ketagih pun ada.
Apa yang menarik ialah, pemenang dengan karya seni terbaik akan menerima hadiah berupa percutian selama 7 hari 6 malam untuk dua orang untuk menyaksikan Grand Prix America 2013 yang berlangsung di New Jersey, Amerika Syarikat. Pemenang juga akan diberikan wang tunai sebanyak US$1200 untuk perbelanjaan sepanjang percutian tersebut.
Masih lagi mencari idea untuk menghasilkan karya yang layak dipertandingkan. Teringin sangat nak pergi US dan sebagai peminat sukan permotoran, memang dream come true kalau dapat menang percutian ini.
Banyak lagi hadiah yang disediakan. Pemenang mingguan akan menerima LCD 24″ sebagai hadiah utama. Tak susah pun, hasilkan karya anda dan ajak orang lain vote. Awal-awal ni senang sangat nak menang.

Idea di sebalik karya ini ialah gambaran saya terhadap Petronas ketika melakukan aktiviti eksplorasi mereka di tengah lautan. Kat dasar lautan memang gelap. Walaupun begitu, ia tak menghalang mereka untuk mencari sumber petroleum dan menghubungkan sumber tadi dari bawah lautan sehinggalah kepada pengguna seperti anda dan saya.
Cubalah sendiri dan sharekan dengan pembaca lain di sini. Nak tengok jugak korang ni semua kreatif ke tak :P
For more info, sila lawati website:
- 100 tahun inovasi teknologi pelinciran – A Century of Fluids Innovation
- Hasilkan karya agung anda di Fluid Art Movement
hehe…student engineering lagi hebat sebenarnya dalam art…

Entri terbaru Melastik Bintang >> Karya di Fluid Art Movements
yang hitam ngan ijau tu la hasil art ariff ni eh? memang abstract sungguh..hee
Entri terbaru pinkbubblegumprincess >> BE Oktober dah mula menyinggah.. yeay!!
kalau dibuat secara vertical, mungkin lebih kena lg dgn tujuan art yg Ariff hasilkan tu. btw good luck. Ariff masuk apa2 contest pon, sentiasa ada peluang utk menang punya, insyaAllah
Entri terbaru Ekspresi Ruang >> Google Data Centers Di Seluruh Dunia Dipertontonkan Buat Kali Pertama
melihat video yang ariff lukis tu sy tak faham apa sebenarnya..tapi lepas baca keterangan dibwah..baru lah fhm apa yang ingin ariff sampaikan..anyway menarik sgt..hehehe
Entri terbaru Hafizul >> Wordless Wednesday #30 – Penawar Racun Sekiranya Ketiadaan Air Kelapa
wohooooo, saya memang suka art :D
Entri terbaru azriMy >> Kenapa Samsung Galaxy S3 Lebih Baik Daripada Apple iPhone 5?
Gila la…. Jenuh nak fahami apa yang ingin disampaikan melalui karya Ariff
Entri terbaru Bro Framestone >> Biar Satu Dunia Melihat Karya Anda di Fluid Art Movement
Abstrak sangat kan. hehe
memang berbakat… JURUTERA memang serba boleh
Entri terbaru wanayu >> Final Piala Malaysia 2012 Tanpa Ghaddar
yang nih surrender la,,memang kayu pun. tak reti nak main-main dengan benda nih.
Entri terbaru eiela >> Rujukan Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
payah sedikit nak melukisnya, tapi saya tetap berusaha hasilkan karya sendiri. Yosh!
Entri terbaru iAwani >> Model iPad Mini Muncul Di China
dah cuba lukis .. masih tak dapat bentuk yang dikehendaki .. =(
Entri terbaru anastasyea >> Daftar Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM 2.0 Online
Manusia semuanya dilahirkan serba boleh.. cuma yang paling penting.. kena belajar..
Penasaran pengen lihat hasil karya mas bro, pasti keren banget ni..
Entri terbaru Ramzi >> Cara Memasang Artikel Terkait / Related Posts Gambar Dengan Linkwithin
JURUTERA memang serba boleh, ramai juga yang jadi jurugambar perkahwinan sekarang ni.. :)
jual kek pun ramai..
Entri terbaru cmratu >> Extra Moist Chocolate Cake (EMCC)
oke..lepas tengok vid arif tu mcm menarik pulak design art guna fluid ni..nak try!! hehe..
Entri terbaru cik sha >> ~Bonus oh Bonus!~
Kalau suruh lukis mengunakan berus dan warna. Mahu ‘masak’ jadinya. :-)
Entri terbaru akubiomed >> Guna Hoya CIR Polarizing pada drama Adam dan Hawa
Hehe. Samalah kita. Boleh hancur kertas
Sama la kita dulu sekolah memang tak minat langsung dengan seni. Tapi sekarang seni tu pun berguna juga. Kena cuba ni walaupun tak berseni, manalah tau kot2 dapat pi US juga.
Entri terbaru Naziman >> SEO blog? Blogger tolong jangan belajar SEO
Try jangan tak try. Yang ni tak kisah tangan kayu ke tak, boleh jadi lawa punya
“I think mine is better than Dominic’s”
typical ayat ariff shah
Well you are a DESIGN engineer, tangan jangan macam kayu, yelah…you bukan design kotak2 je
best jugak layan fluid art ni
Entri terbaru Shahrul >> 8 Aplikasi Rangkaian Sosial Terbaik
lepas ni engineer semua bertangan seni dan memang nak kena berseni pun tangan engineer.. hehehe.. nak try la art fluid ni.. mcm best..


Entri terbaru Syaz >> Antara Ego Dan Siapa Salah
terjebak 10 minit main art tu hehehe…susah juga nak buat art sebab cair sgt ink nya.
Cuba rendahkan fluidity. Lagi tinggi, lagi cair