Flat Kos Rendah Sesuai Ke Untuk Pelaburan?

flat kos rendah

Flat kos rendah biasanya tertakluk kepada sekatan kerajaan negeri di mana hanya golongan yang mempunyai pendapatan tertentu sahaja boleh membelinya. Tujuannya diwujudkan flat kos rendah adalah untuk memberikan mereka yang berpendapatan rendah mempunyai tempat tinggal di dalam kawasan bandar.

Namun ada orang cakap sekatan kerajaan negeri tu kurang ketat bagi flat kos rendah yang dijual secara subsale dan lelong. Yang ni saya belum pernah nampak lagi, tapi pernah dengar orang cakap. Malaysia kan.. apa pun boleh.

Berbalik kepada soalan, adakah flat kos rendah sesuai untuk pelaburan?

Jawapan saya satu je. Kalau gaji pada tahap layak memiliki flat kos rendah dan ada modal untuk membeli, why not? Kita layak, jadi tak ambil hak sesiapa. Mungkin tempat tu sangat bagus dan bagi pulangan ROI yang tinggi. Jadi boleh improve cashflow dan pada masa yang sama dapatkan capital appreciation.

Cuma kalau melabur dalam flat kos rendah, capital appreciate mungkin terhad sebab ada sekatan ni dan saya tak rasa sekatan ni akan dilupuskan sebab sekarang pun kerajaan sibuk nak tambahkan rumah mampu milik. Jadi kalau lupuskan syarat ni, dah bertentangan dengan polisi sekarang.

Untuk flat kos rendah, pegang sekajap 2-3 tahun je. Ada untung sikit boleh jual. Masa tu gaji dah naik dan loan pun sekarang up to 70% untuk rumah ketiga. Rugi kalau kapasiti untuk loan rumah 90% habis kat rumah kos rendah padahal bila gaji dah naik, kita mampu untuk membeli hartanah dengan potensi yang lebih besar.

Jadi untuk menjawab soalan sesuai ke tak, pada saya sesuai kalau mula kerja dengan gaji kecil. Ramai kat luar tu macam saya dulu. Takpe, start small. Bila harga naik, upgrade. Paling penting, cash flow pun dah mula dapat daripada property ni.

— Iklan —

Disebabkan saya dah masuk fasa upgrade, saya nak let go apartment low cost seksyen 7 saya dengan keluasan 657 sqft, tingkat 4 (highest floor tingkat 5) kepada sesiapa yang nak mulakan langkah pertama dalam pelaburan hartanah ni.

Potensi hartanah ni sangat besar, Hospital Besar Shah Alam dah pun dibuka, LRT dah confirm, i-City semakin pesat membangun, cukup untuk menjadikan Seksyen 7 Shah Alam ni sentiasa sibuk dan sesak. Takde masalah nak cari penyewa.

Sayang nak let go sebab daripada apartment inilah saya dapat cukupkan apa yang tak cukup masa gaji kecil dulu. Lebihan refinance buat tampung kos perkahwinan. Tapi memikirkan matlamat saya adalah untuk raise cash untuk investment seterusnya, keputusan ini terpaksa dibuat.

Market value RM170,000 daripada BSN. Asking price RM160,000. Sekarang disewakan kepada couple RM700/bulan, agreement tahun lepas. Sewa satu kepala bermula dari RM150 seorang kat sini, jadi kalau satu unit 6 orang dapatlah RM900. Cukup untuk cover loan dan dapat lebihan sikit. Of course dengan potensi yang ada pada kawasan ini, kadar sewa susah nak jatuh.

Syarat untuk memiliki rumah kos rendah di Selangor:

  1. Warganegara Malaysia
  2. 18 tahun ke atas
  3. Bermastautin / bekerja di Selangor
  4. Satu keluarga satu permohonan sahaja
  5. Pemohon belum memiliki rumah (kerajaan / swasta)
  6. Pendapatan bulanan (bujang / kahwin) kurang daripada RM5,000

Yang berminat boleh contact saya di 014-6278868.

 

Flat Kos Rendah Sesuai Ke Untuk Pelaburan?Entri ni khas untuk yang belum memiliki hartanah. Yang dah ada hartanah…

Posted by Ariff Shah on Monday, November 9, 2015

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

11 Comments