First Class Facility, Second Class Mentality

Saya rajin ke perpustakaan sekarang untuk menyiapkan projek saya. Dateline hujung bulan ni. Kadang-kadang, hujung minggu pun duduk di perpustakaan.

Perpustakaan Raja Tun Uda ni memang best. Perpustakaan baru lengkap dengan pelbagai kemudahan. Nak buat kerja senang dan pemandangan pun cantik. Boleh nampak masjid Shah Alam, ada tasik dan hutan yang menghijau.

Di sebalik kemudahan dan pelbagai kelebihan yang ada, banyaklah jugak golongan dengn mentaliti kelas kedua datang ke sini. Antaranya:

  • Mereka yang jawab phone dalam perpustakaan. Ya, sekarang ni zaman canggih. Manusia dengan handphone tak boleh dipisahkan. Tapi kalau phone berbunyi (dah la tak silent), pandai-pandailah jawab phone tu di luar.
  • Dating. Biasanya student yang konon-kononnya tak nak keluar dating macam couple lain tapi datang ke library atas alasan nak study tapi dua-dua tahu sebenarnya pergi library sekadar nak dating. Hipokrit. Datang library, bawak laptop lepas tu buat apa entah dan termasuk buat bising. Kerja tak jalan.
  • Tidur. Aircon memang best kat library ni. Pernah nampak ada yang pakai glove duduk dalam library. Feeling macam kat overseas pulak kan.. Sebab aircon kat sini best, ada yang menggunakan kemudahan yang ada itu untuk menjadikan perpustakaan ini sebagai tempat tidur. Betullah dia guna kemudahan tu, cuma cara pengguaannya salah.
  • “Study group”. Datang satu group, susun buku banyak-banyak atas meja kasi nampak gigih nak study. At the end, masa dihabiskan untuk berborak, bergosip, bergurau dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Biasanya group macam ni perempuanlah paling banyak.

Selalu ada guard yang kadang-kadang lalu lalang untuk kawal keadaan. Tapi itulah, sepatutnya tak perlu ada. Sepatutnya kalau dah masuk library tu tukar terus mindset yang anda kini berada di library. Sila diam. Kalau tak diam, sila pulang. Saddened with the fact that we have first class facilities but our mentality is still faraway behind.

Comments

    • Ariff says

      Kat library yang saya pergi tu memang dia jaga supaya orang tak makan dalam library. Cuma kadang-kadang masalah bising tu tetap ada

    • Ariff says

      I agree. Kita sediakan banyak kemudahan baru, tapi kita tak mendidik rakyat tentang bagaimana menggunakan kemudahan tadi sebetulnya.

  1. says

    Zaman sekrang dah x sama macam dulu.. Kalu dulu orang perpustakaan senyap jer.. kita nak bercakap pun segan takut org dengar.. tapi skrang.. manusia dah berubah..

  2. says

    Jujurnya..,
    saya pun sudah lama tak ke ‘library’..
    ‘Syok’ lagi pergi kedai kedai buku – Popular, MPH,Times, Kino ( sekadar memberi beberapa nama). Buku pun baru-baru..kalau tak habis, datang lagi besok sambung baca :D . Kalau memang berkenan saya akan beli.

    Notak kaki: teringin juga mahu pergi ke library raja tun uda tu..bila ya

    • badehsan says

      apahal pulak ni tiba2 ada kait dgn malaysia boleh..low class mentality..cheit…

    • Ariff says

      Takde didikan tentang kesedaran sivik dalam masyarakat kita. Tu sebab jadi agak bermasalah

  3. Nisa says

    Agreed. Ssh sgt nk ubah mentalitit masyarakat skrg dr pelbagai faktor. Sinonim sgt dgn “tipikal pemikiran melayu”. Just my thought.

  4. says

    tak best langsung dating kat perpustakaan.. aku penah try.. rasa macam harommm.. hahaha.. rakyat sini masih kurang kesedaran sivik.. 2nd class mentality rasanya tak berapa sesuai.. mungkin 3rd class atau 4th class lagi sesuai dengan gaya pemikiran orang2 seperti yg ko senaraikan tu.. puiii..
    Entri terbaru Anarm >> Ayam Sedap Radix Fried ChickenMy Profile

    • Ariff says

      Betul. Memang tak best. Tapi kalau kat Russia, kat reading hall pun boleh jadi port lepak cium-cium kering-kering. hahahaha

    • Ariff says

      Kalau nak buat kerja atau study, aku lagi suka pegi library daripada duduk rumah. Dari dulu lagi macam ni

  5. shatilla says

    Yes, setuju sangat. Last time masa study kat UM, kat library UM biasanya, most of the time, masa study week akan duduk kat library start dr bukak sampai lah tutup. Kebanyakkannya mmg akn bercakap tapi 95% yang menganggu adalah org arab.yg dari middle east.pergh.dowang punye berborak mmg kuat xhengat.kat bahagian tu mmg dgr suara dowang jelah. Makhluk y paling xpaham bahasa. Sbb dlm library UM ada Zon Biru(Silent) and Zon hijau(Boleh bercakap but moderately).Jd even kat Zon biru pun dowang mmg akn bising.jwb call pun kuat gila.haih.so, everytime pergi library mmg akan elakkan dari duduk bdekatan budak2 arab ni.

    • Ariff says

      Ada budak arab kat UM? Course apa ya?

      Tapi pak arab ni semua memang suka buat kepada sendiri. Pernah dulu dalam flight selamba dia je ntah dari seat mana datang kat seat depan saya lepas tu berborak kuat-kuat. Orang sekeliling dah fed up. Last2 kena steward halau dia balik ke seat sendiri.

  6. its maey says

    Dah lama tak masuk library since blaja kat UiTM dlu… Tp bila ingat balik masa sekolah dulu tiap-tiap minggu nk buat study group kat Library negeri. Ambil buku 4 5 buah..lastly baca pun tidak..hihihi…sbb kusyuk tgk karenah org dating..
    Entri terbaru its maey >> Panduan Sebelum Sertai Skim Pelaburan EmasMy Profile

    • Ariff says

      Betul. Dalam masjid pun sibuk lagi main phone masa dengar khutbah Jumaat, kalau masuk library nak respect sangat ke? I don’t think so

    • says

      pernah ke tak pernah pegi ke sama je rakyat malaysia ni. bila kembali kepada yang asal akan hilang mentaliti yg bagus tu

  7. says

    setuju dengan entry ni, sebab dah selalu sangat2 nampak perkara yang sama,walaupun xpernah jejak kaki lagi dekat library RTU tue, same things happens to others library…

    berdating, tak silent phone mmg one of annoying act yg sy selalu nampak..tp perkara2 mcm nie susah nak bendung, kesedaran sepatutnya atas diri msg2
    Entri terbaru Iyliana >> Yawww…happens to me before…My Profile

  8. says

    ooooo ariff…kak jie pun mcm banyak komen kalau pergi perpustakaan. Kak Jie yg dah tua² ni memang suka membaca kat perpustakaan, anak² pun sama. Kalau melancong kat mana² tempat, kami pilih perpustakaan awam tempat tersebut – mcm kat Kuala Berang baru² ni masa cuti sekolah.

    Perpustakaan Negara tu juga lokasi popular kami anak beranak.

    Pasal mentaliti – sedih …sedih jugalah.

    Kat Perpustakaan Negara ada satu ruang utk perpustakaan kanak-kanak. Memang nama pun kanak-kanak kita boleh terima sikap mereka yang berlari, bercakap kuat atau tidak fokus.

    Masalahnya ibubapa yang menemani anak-anak. Ada yang lepaskan anak-anak, mak bapa tidur dipenjuru yang tersorok. Malah ada yang tidur di meja yang disediakan., tidur di sofa-sofa saiz kanak-kanak.

    Dimana saja , tanggungjawap ibubapa mengawal dan mendisiplinkan anak-anak itu perlu. Kalau kita tak beritahu perlu senyap, hormat orang lain…siapa lagi yang nak anak ajar anak² kita? Budak² berlari, bergurau, bercakap kuat kerana mereka tidak tahu itu satu perlakuan tidak elok di dalam perpustakaan.

    membaca itu elok, bagus bawa anak-anak ke perpustakaan, tetapi mendidik anak-anak faham situasi, suasana itu juga penting. Kena bagitau tempat itu adalah umum, berkongsi dengan orang lain jadi hormati orang lain yang betul-betul datang untuk menjadi info dan belajar.

    kan…….. kak jie dah mula membebel!
    Entri terbaru Kujie >> We Grill C-A-M-P-E-O-N Bersama Macho Kai Nando’s MalaysiaMy Profile

    • Ariff says

      Saya tak pernah lagi sampai perpustakaan negara tu. Tapi faham jugaklah keadaan yang dialami kak Jie. Memang boleh dilihat di mana-mana. Kebanyakan rakyat Malaysia secara umum masih lagi kurang kesedaran sivik.

      Bila kita cakap kebanyakan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum masih mempunyai mentaliti kampung, ada yang marah, ada yang rasa macam kita menghina dan ada yang cakap kita tak sedar diri tapi hakikatnya macam tulah. Kita mahu kemudahan macam yang ada di negara maju, tapi tak reti menghargai dan menggunakannya macam orang di negara maju gunakan kemudahan mereka.

      Sangat menyedihkan kadang-kadang. Tak taulah bila benda macam ni akan berubah.

  9. says

    Wah!
    Seriously cantik :)

    Aku tak faham kenapa orang nak date dekat library. Since aku sekolah sampai aku habis universiti (dan dah kerja), aku masih tak faham tengok orang date dalam library. Certain people boleh je. Tapi yang banyaknya, Duduk berdua berdepan2, kerja tak buat, bising, kaki bertolak2 bawah meja, tangan main cuit2 bagai, hoish. Stress.

    =.=”
    Entri terbaru Lord Zara >> 30 Perkara Wanita Perlu Ada Dan Tahu Menjelang Usia 30.My Profile

  10. says

    kekadang terfikir jugak, kenapa students yg pegi library ni malas betul nak silentkan phone. kadang tu bukan pegi library je tak silent phone, masuk kelas pun tak silent phone. alasannya…… tak tau ada orang nak call dia masa dia kat library or dalam kelas.

    Sabar jelahhh
    Entri terbaru Siti Safiyyah >> Hadiah Istimewa.My Profile

  11. says

    huhu.. biasa la tuh kalau study group.. tapi mungkin silap tempat kalau mulut lagi kuat dari belajar.. yang tak leh blah, memang paliing ramai yang dating… port terbaik punya… mata orang lain pun terbaik mengumpat bila nampak..
    Entri terbaru Norfa >> Promosi Biolyn Hair Spa Hanya RM10My Profile